30 April 2010

Blog Tidak Diupdate Sementara Waktu

* Harap maklum bahawa blog ini tidak diupdate buat beberapa hari kerana Admin sedang melancong di Colorado Springs...

28 April 2010

Peluru habuan rompak datuk

ALOR GAJAH - Gara-gara cuba merompak rumah Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), dua daripada empat perompak cedera ditembak dengan senapang.

Demi melindungi nyawa ahli keluarga, ahli perniagaan, E Lai Choon, 60, nekad melepaskan tembakan ke arah empat perompak berkenaan dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi di rumahnya yang terletak di sebuah pusat peranginan.

Perompak bukan sahaja mengalami kecederaan akibat tembakan itu, malah ‘berputih mata’ kerana tidak sempat merompak barang-barang di rumah itu.

Salah seorang perompak yang cedera ditembak dan cuba melarikan diri berjaya ditangkap polis jam 12 tengah hari semalam, di Kilometer 214.2, Lebuh Raya Utara Selatan menghala arah utara, dalam keadaan mengerang kesakitan di dalam semak.

Lai Choon berkata, ketika kejadian, dia dan isteri tidur di tingkat atas banglo selepas pulang menghadiri pertandingan karaoke di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, lebih kurang jam 2 pagi.

Anak lelaki, menantu dan cucu lelaki berumur 2 tahun turut berada di dalam rumah.

“Saya terdengar cucu menangis dengan kuat diikuti suara lelaki berbahasa Melayu di dalam bilik anak lelaki di bahagian depan.

"Saya terdengar suara lelaki itu mengarahkan anak dan cucu saya supaya tidak melawan dan mengugut akan membunuh mereka jika berdegil," katanya.

Ahli perniagaan itu berkata, tanpa berfikir panjang, dia terus mencapai senapang berisi empat butir peluru di bawah katil.

“Dalam keadaan gelap, saya melepaskan empat das tembakan rambang sebagai amaran tetapi mengena dua perompak yang berada di luar,” katanya.

"Bunyi tembakan mengejutkan dua lagi perompak di dalam bilik anak saya, lalu mereka melarikan diri dengan terjun melalui tingkap bilik," katanya.

Katanya, empat perompak itu dipercayai sudah lama berada di dalam rumah serta sempat minum air dan minuman keras di dapur.

“Sebelum saya lepaskan tembakan, dua perompak sedang menghunus pisau ke arah anak lelaki dan menantu saya yang diikat dengan wayar seterika manakala dua perompak menunggu di luar bilik,” katanya.

Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner I Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Suspek yang berjaya ditangkap berasal dari Jawa Timur, Indonesia, dan dipercayai ditinggalkan tiga rakan di sebuah kawasan hutan kira-kira 250 meter dari lebuh raya serta dia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan.

“Kami masih memburu dua lagi perompak dipercayai bersembunyi di kawasan hutan berhampiran manakala seorang berjaya melarikan diri," katanya.

Rodwan berkata, 60 anggota terlibat dalam operasi berkenaan, selain mengharapkan kerjasama polis di kawasan sempadan Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

“Mana-mana klinik atau hospital yang menerima pesakit lelaki mencurigakan diminta menghubungi polis dengan segera," katanya. - Sinar Harian

* Untung dia ada senjata api...

Wanita bantah sah nikah

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sebuah universiti di United Kingdom mendakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dirinya dipukau dan disihir supaya bernikah dengan seorang peniaga kain warga Pakistan tahun lalu.Sehubungan itu, Yani Yuhana Mohd. Zamri, 24, dari Terengganu membantah sekeras-kerasnya permohonan Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, untuk mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah syariah di sini.

Yani selaku responden dalam permohonan tersebut juga mendakwa pemohon (Muhammad Kamran) berniat untuk memuaskan nafsunya saja.

“Saya dibawa lari ke Pakistan tanpa kerelaan dan tidak sedar ketika berkahwin,” katanya semasa disoal peguam syarie, Ainon A. Rahman.

Dia juga memohon supaya pasport yang disimpan oleh Muhammad Kamran dipulangkan kembali kerana ingin meneliti dakwaan dia ke Pakistan.

Ainon mewakili Muhammad Kamran manakala peguam syarie, Amli Embong yang sepatutnya mewakili Yani telah menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.

Terdahulu, Muhammad Kamran, selaku saksi pertama yang memberi keterangan berkata, dirinya sebelum ini telah berkahwin dengan seorang wanita dari Kelantan dan dikurniakan enam orang anak.

Pada tahun 2007, pemohon yang juga menganut mazhab Hanafi mendakwa telah dipertemukan dengan responden di pasar raya Giants di Batu Caves dekat Selayang oleh adik responden yang bekerja di kedai tekstilnya. - Kosmo

27 April 2010

'Adik bukan penjenayah'

KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.

“Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.

“Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya.

Ibu mangsa gagal ditemuramah berikutan terlalu sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Menceritakan kejadian itu, Nor Azura berkata, ia berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya cuba memecut laju kereta untuk pulang ke rumah.

Katanya, Aminulrasyid keluar rumah melalui pintu belakang kira-kira jam 12 tengah malam tanpa disedari sesiapa sebelum memandu Proton Iswara milik adiknya.

“Mungkin dia pergi tengok perlawanan bola sepak. Sebelum ini dia jarang keluar malam, kalau keluar pun hanya berjalan kaki.

“Tapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia keluar senyap-senyap dan ketika itu semua ahli keluarga saya sudah tidur,” katanya yang tinggal di TTDI Jaya, di sini.

Nor Azura berkata, ketika keluar rumah, adiknya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di sini, tidak membawa kad pengenalan sekali gus menyukarkan polis mengesan ahli keluarga.

“Kejadian ini saya tahu pagi tadi (semalam) ketika hendak menghantar anak ke rumah ibu sebelum ibu telefon bertanyakan adik berada di rumah saya atau tidak kerana dia tak pulang.

“Kira-kira jam 8 pagi, ketika saya sampai di rumah emak di Jalan Makyung 11/2G, dia beritahu ada kejadian jenayah berlaku dekat kawasan rumah dan melihat seolah-olah kereta yang ditarik itu macam kereta adiknya. Tetapi polis tidak benarkan sesiapa pun mendekati kenderaan itu,” katanya yang kemudian membuat laporan kehilangan adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Dia bersama ahli keluarga diarah ke Rumah Mayat HTAR sebelum terkejut melihat dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, berdasarkan penjelasan pegawai polis, adiknya cuba melarikan diri dengan memecut kereta dari bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala rumahnya dan sebaik tiba di tempat kejadian, kawan adiknya bergegas keluar kereta dan melarikan diri.

“Saya tak tahu siapa kawannya itu. Tapi kejadian ini amat tragis dan memilukan,” katanya, menambah kali terakhir berjumpa adiknya minggu lalu ketika menghadiri majlis hari jadi seorang sanak saudaranya.

Turut berada di Rumah Mayat HTAR, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin dan timbalannya, Superintendan M Chandra.

Jenazah Aminulrasyid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, selepas solat Maghrib. - Mymetro

* Keluar senyap-senyap jam 12 malam?

Johor henti jual air dari loji Skudai kepada Singapura tahun depan

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata Johor akan menghentikan penjualan air mentah dari sebuah loji di sini kepada Singapura apabila perjanjian mengenainya tamat tahun depan.

Katanya, perjanjian itu membabitkan penjualan air dari Loji Skudai, di Johor Bahru, yang diuruskan oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura.

"Sekarang ini di peringkat rundingan untuk pulangkan (Loji Skudai kepada kerajaan Johor)," katanya pada sidang media sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini, hari ini.

Satu lagi perjanjian bekalan air di antara Johor dan Singapura akan hanya tamat pada 2061.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr Yaacob Ibrahim, sebagaimana dipetik oleh media republik itu berkata, Singapura tidak akan memperbaharui kontrak air dengan Malaysia apabila perjanjian itu tamat tahun depan.

Berucap di Parlimen Singapura, katanya, republik itu mempunyai bekalan air yang mencukupi. - Bernama

Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

Peristiwa polis menembak mati pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia adalah rentetan perbicaraan terbuka rakyat terhadap pasukan keselamatan negara di bawah Musa Hasan.

Sepanjang perkhidmatan Musa Hasan sebagai ketua Polis negara terlalu banyak kes melibatkan kematian di tangan polis. Siapa yang bersalah masih tiada jawapan.

Kes terbaru melibatkan pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia mengejutkan kerana pelajar itu tidak memiliki senjata api. Ia di bawah umur.

Tiada bukti selain dakwaan anggota polis pelajar tersebut menyerang. Jika betul serangan dengan senjata parang, mengapa perlu ditembak hingga mati sedangkan dari laporan , anggota polis terbabit melebihi dua orang.

Atas apa alasan sekalipun, pembunuhan pelajar bawah umur tanpa senjata api sangat memilukan. Berbagai persoalan timbul, apakah pelajar terbabit memiliki kes jenayah sebelum ini hingga satu tindakan kejam begitu dilakukan?

Apakah tiada cara lain selain menembak? Apakah polis yang cekap tidak mampu menangani pelajar 15 tahun yang hanya dikatakan bersenjata parang panjang?

Lebih menimbulkan persoalan ialah dakwaan rakan pelajar terbabit bahawa pihak polis telah menembak kereta mereka ketika memotong MPV polis. Rakan pelajar terbabit mendakwa polis membelasahnya beramai ramai dan beliau sempat lari.

Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita amat sedih dengan apa berlaku. Lebih memilukan ia berlaku terhadap seorang pelajar melayu di bawah umur. Tindakan kenyataan pihak polis ketika siasatan masih dijalankan juga suatu tindakan diluar peraturan.

Kita amat berharap agar siasatan yang telus dijalankan serta memberi keadilan . Jangan ada usaha menutup kesalahan terutama pihak polis. Jika rakyat meragui siasatan tersebut, kesannya amat besar.

Hilang kepercayaan kepada pihak polis akan menyebabkan kesan yang serius. Kita adalah negara yang mempunyai undang undang dan BUKAN NEGARA POLIS! - Harakahdaily

Jangan gelar dia penyamun, kata ibu remaja yang ditembak polis

SHAH ALAM – Norsiah Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati awal pagi semalam ketika didakwa cuba melanggar beberapa anggota polis, meminta supaya Allahyarham anaknya tidak digelar penyamun atau penjenayah kerana beliau lebih mengenali siapa sebenarnya anaknya itu.

"Sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkannya. Saya sangat terluka dan mohon supaya jangan gelarkan arwah anak saya sebegitu rupa. Tidak adil menuduh anak saya sebegitu tanpa pengesahan,” katanya kepada pemberita di rumahnya ketika dikunjungi Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Norsiah, 61, berkata, beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna, namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

"Saya tidak sangka sikapnya yang manja berlebih-lebihan dengan mencium dan memeluk saya saban hari sejak akhir-akhir ini menjadi kenangan yang ditinggalkannya. Malah dia beria-ria mahu membersihkan kubur arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2004 tetapi itu tidak kesampaian,” katanya.

Norsiah berkata, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini malam tadi.

Aminulrasyid, 15, dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.

Menurut polis sebilah parang ditemui dalam kereta itu. – Bernama

ADUN Bukit Assek calon Pakatan di Sibu

KUALA LUMPUR, 27 April — DAP menamakan ketua parti itu di Sarawak, Wong Ho Leng (gambar) sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, 16 Mei ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ADUN Bukit Assek itu akan bertanding semula di kubu kuat Barisan Nasional (BN) tersebut.

Sibu merupakan pilihan raya kecil ke-11 sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew awal bulan ini.

Lim mengumumkan bakal calonnya itu pada satu majlis makan malam di Sibu yang dihadiri pemimpin-pemimpin komponen PR.

Komponen PR diwakili oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zainal Abidin dan Johnny Wong dari SNAP yang menganggotai PR.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis makan malam kutipan sumbangan derma parti. Turut hadir pemimpin-pemimpin masyarakat Iban.

Wong, 50, merupakan seorang peguam yang menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup pada April 1986 di mana beliau buat pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Miri tetapi tewas kepada Datuk Peter Chin Fah Kui.

Pada tahun berikutnya beliau tewas dalam pilihan raya negeri di tangan Timbalan Ketua Menteri Dr George Chan.

Wong buat kali pertama bertanding di Sibu pada pilihan raya umum 1995 dan kemudian pada 2004 tetapi tewas tiga kali kepada Lau.

Beliau merupakan ketua DAP Sarawak sejak 2001 dan naib pengerusi sejak 2008. - MalaysianInsider

MCA: Gesaan MP Pasir Mas hasutan, mahu BN jauhi Perkasa

KUALA LUMPUR, 27 April — MCA menyelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur “perkauman menebal” yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan anggota Parlimen Pasir Mas itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai “tidak berterima kasih” dan “tidak menghargai” amat dikesali.

“Kenyataan itu juga berunsur hasutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim membuat kenyataan itu semalam berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika Barisan Nasional mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau dipetik Bernama.

“Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.

“Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi,” katanya. - TheMalaysianinsider

* Apa kata MCA masuk Pakatan...

Koc Komuter khusus untuk wanita bermula esok

KUALA LUMPUR, 27 April — Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan “Wanita Sahaja Sepanjang Masa” boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

“Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain,” menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. — Bernama

Thamrin Ghafar sertai Pakatan?

KUALA LUMPUR, 27 April — Anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Thamrin Ghafar dilaporkan telah menyifatkan sudah tiba masa bagi beliau menyokong Pakatan Rakyat setelah “kecewa” dengan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) selama lebih 50 tahun mentadbir negara.

Akhbar PKR, Suara Keadilan memetik Thamrin berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan banyak dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Saya dah mula sedar bahawa banyak isu yang saya sendiri tidak boleh terima tentang dasar Umno dan Barisan Nasional. Saya rasa sudah sampai masanya saya terpaksa mengubah sikap,” kata Thamrin yang juga adalah bekas Pengerusi Mara.

Thamrin dilaporkan menghadiri dua kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor minggu lalu.

Beliau pertama kalinya hadir pada majlis Pidato Perdana anjuran Pemuda Pakatan Rakyat di Sungai Buaya dan juga ceramah perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baru bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat pada Sabtu lalu.

Thamrin tidak berceramah sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin gabungan pembangkang itu.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Thamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.

“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu… waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datu Seri Anwar Ibrahim dipetik media minggu lalu.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan akan diambil ke atas beliau kerana Thamrin tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Bagaimanapun kata Tengku Adnan, terserah kepada jawatankuasa pengurusan Umno untuk mengambil tindakan yang difikirkan sesuai ke atas bekas Exco Pemuda Umno itu.

Thamrin juga merupakan Naib Presiden II Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Pakku) yang baru ditubuhkan. - TheMalaysianInsider

Menteri bawa kes kematian Aminulrasyid ke kabinet esok

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya. - Malaysiakini

* Percayalah, hanya dengan mempolitikkan kejadian remaja ditembak polis ini, pembelaan akan dapat dibuat...

'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.

Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

Laporan polis

Sementara itu, kira-kira jam 2 petang tadi, Norsiah turut membuat laporan di ibupejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat ibu pejabat polis Bukit Aman sendiri.

“Saya meminta supaya suatu siasatan yang bebas dijalan oleh polis daripada ibu pejabat persekutuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman ke atas semua pihak polis yang terlibat termasuk pegawai atasan yang membenarkan insiden ini berlaku,” dakwanya dalam laporan tersebut.

Beliau ditemani beberapa pemimpin PKR dan aktivis peguam ketika membuat laporan tersebut. Turut hadir ialah ketua penerangan PKR Latheefa Koya, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Aktivis peguam pula yang menawarkan diri sebagai peguam keluarga terbabit N Surendran dan Puspawati Rosman, turut hadir.

Norsiah bagaimanapun enggan bercakap panjang kepada media kerana sudah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di sebelah pagi.

“Saya mahukan pembelaan (arwah) untuk anak saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, dalam laporan polisnya petang ini, yang salinannya ditunjukkan oleh Latheefa, Norsiah mempersoalkan kenapa kereta yang dipandu anaknya tidak ditahan atau dihalang sahaja kerana “Tiada ada apa-apa sebab munasabah kenapa pihak polis perlu menembak”.

"Saya ingin menegaskan anak saya tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak pernah terlibat dalam apa jua kes jenayah termasuk rompakan,” dakwanya dalam aduannya itu.

Ibu tunggal kepada lapan anak itu mendakwa, berdasarkan tembakan yang dilepaskan dari belakang, anaknya bukan satu ancaman kepada keselamatan pihak polis.

* Sebelum ini polis tembak ibu tunggal sekarang tembak remaja. Kes ibu tunggal, menteri suruh rakyat tutup mulut, sampai sekarang tidak dapat pembelaan. Sekarang menteri yang sama suruh rakyat tutup mulut...

MP: Kes Aminulrasyid patut diselesai segera

Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkara polis patut menyelesaikan dengan cepat kes seorang remaja berusia 15 tahun - Aminulrasyid Amzah - yang ditembak mati oleh polis awal pagi semalam.

Gobind bertindak sebagai peguam pihak saksi – rakan Aminulrasyid – yang berjaya melarikan diri dalam insiden tersebut.

“Kes ini boleh diselesaikan dengan cepat. Kes ini cukup jelas, kita ada saksi kejadian,” katanya ketika menziarahi keluarga Aminulrasyid di Seksyen 11 Shah Alam pagi ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana menurutnya kes tersebut masih disiasat.

“Saya minta Bukit Aman mengendalik kes ini. Kita tidak mahu ia berlaku lagi di masa depan.” katanya.

Ahli parlimen Puchong itu juga berhasrat menemui Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berhubung kes tersebut.

Sementara itu, seorang lagi aktivis peguam, Latheefa Koya menyelar tindakan pihak polis yang didakwa menyifatkan remaja 15 tahun yang ditembak mati sebagai mungkin terlibat dalam kes jenayah.

Beliau mendakwa bahawa berkata tindakan itu adalah "kenyataan sebelum siasatan".

"Kami ada saksi, kami akan 'follow up' isu ini. Kes sebegini tidak boleh berulang lagi," katanya yang turut menawarkan diri sebagai peguam keluarga Aminulrasyid.

Bercakap dalam sidang media selepas menemai ibu Aminulrasyid membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam petang ini, Latheefa berkata, pihaknya akan terus memantau tindakan kes tersebut bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah exco Selangor Yaakub Sapari, setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya, aktivis peguam N Surendran dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Sementara itu, seorang lagi aktivis peguam, N Surendran turut menawarkan diri membantu kes tersebut.

Katanya, beliau tidak dapat menerima alasan yang diberikan yang membolehkan pihak polis menembak remaja berkenaan. - Malaysiakini

* Polis kata jumpa parang. Parang siapa ya? Harap jawatankuasa yang dilantik siasat samada polis yang meletak parang itu untuk melepaskan diri...

Panel khas siasat kes polis tembak mati remaja

Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel khas itu akan diketuai oleh Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun, justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.

"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian," katanya kepada pemberita di Kajang hari ini.

Hishammuddin berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.

"Masih terlalu awal untuk menentukan siapa salah dan siapa yang betul, biarkan kami membuat siasatan dahulu, siasatan bersandarkan prinsip kebenaran bagi mengelakkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, terutama yang membabitkan kes tindakan polis," katanya.

Justeru beliau meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi dan tuduhan melulu hingga mengeruhkan lagi keadaan.

Beliau turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak dan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian itu termasuk dengan menjadikannya sebagai isu politik sehingga mengelirukan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata setiap saksi dalam inkues kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock diberi jaminan keselamatan sepanjang prosiding itu berlangsung.

Beliau mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima oleh pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap keterangannya kelmarin.

"Kalau cakap fasal ugutan, saya pun pernah terima ugutan malah Ketua Polis Negara pun dua hari lalu dapat ugutan juga. Setiap ugutan yang diterima, kita siasat dan dalam kes Dr Venezis ini kita juga sedang membuat siasatan. Dr Venezis tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa memberikan perlindungan kepadanya selagi beliau berada di negara ini," katanya.

Hishammuddin juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang menjadi saksi penting keluarga mendiang tetapi sehingga ke hari ini tidak muncul memberi keterangan sehingga mengganggu prosiding.

"Dia minta kita beri jaminan keselamatan tetapi bila kita sudah beri, dia pula buat hal dan tidak juga datang. Apa masalah dia yang sebenarnya," katanya.- Bernama

* Harap ada pihak yang mendesak Ketua Polis Selangor meletak jawatan...

Pakar Forensik British Dapat E-Mel Ugutan

SHAH ALAM 27 Apr - Pakar Forensik British Prof Dr Peter Vanezis membuat laporan polis malam Isnin selepas menerima e-mel berupa ugutan berikutan keterangannya dalam inkues kes kematian Teoh Beng Hock.

Ugutan terhadap Dr Vanezis juga dilaporkan oleh ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa kepada inkues yang disambung pada Selasa.

Abdul Razak berkata e-mel itu "menakutkan dan mengancam keselamatan" pakar British itu yang memberi keterangan untuk kali pertama pada Isnin.

Dr Vanezis tidak senang dengan e-mel ancaman terhadap beliau dan keluarganya itu, kata Abdul Razak.

Laporan polis dibuat di balai polis Seksyen 11 Shah Alam pada pukul 11 malam.

Dr Vanezis, yang dilantik SPRM dan pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, telah menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh yang digali semula dari kubur pada November tahun lepas.

Pada Isnin, beliau memberitahu inkues bahawa Teoh berada dalam keadaan sedar semasa jatuh dan beliau tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah dicekik sebelum kematiannya.

Dr Vanezis, pada Selasa dijadual disoalbalas oleh peguambela Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh.

Pada 17 Julai tahun lepas, Teoh ditemui mati di koridor di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor di pejabat suruhanjaya itu yang terletak di bangunan yang sama, berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri. - Bernama

BN tidak beli undi – PM

PUTRAJAYA 26 April – Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan parti pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi menggunakan dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Sebaliknya, tegas Perdana Menteri, apa yang dilakukan dalam kempen pilihan raya kecil itu adalah kerajaan menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat di kawasan tersebut.

“Kita tidak membeli undi tetapi kita menyelesaikan masalah sebenar rakyat yang tidak ditangani dalam sesuatu tempoh masa yang lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

“Bukannya BN pergi ke sana ke sini dan beritahu tengok sini kami beri itu dan ini, tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 anjuran bersama Landskap Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Perbadanan Putrajaya di sini.

Najib yang juga Pengerusi BN mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek dalam usaha meraih undi semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Dalam pilihan raya kecil itu, BN menerusi calonnya, P. Kamalanathan berjaya menumbangkan PKR yang diwakili Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang baginya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan tersebut.

“Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek itu dan ia dilaksanakan oleh PLUS (PLUS Expressways Bhd), bukannya dana awam.

“Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan mampu memendekkan tempoh perjalanan antara 60 hingga 90 minit. Apa yang dilakukan BN adalah menangani masalah sebenar yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menganggap kejayaan BN dalam pilihan raya kecil itu bukan sekadar ‘kemenangan yang baik’ malah ia perlu menjadi landasan ‘kemenangan yang mapan’ kepada parti itu.

“Kemenangan yang mapan iaitu kita akan terus mengekalkan kemenangan dengan memahami apa keperluan yang perlu dilakukan untuk jangka masa panjang.

“Kita tidak boleh hanya mendapat satu kemenangan tetapi perlu membangun dan menguatkan apa keperluan yang mesti dilakukan oleh BN untuk menjadi parti masa depan,” katanya.

Beliau memberitahu, kejayaan merampas kerusi tersebut daripada PKR menaikkan semangat dan memberikan harapan baru bagi memperkukuhkan BN untuk masa depan.

“Kita boleh bina (masa depan) berasaskan kejayaan itu dan kita bersikap positif,” katanya.

Malah, beliau berkata, trend sekarang jelas menunjukkan ia menyebelahi BN walaupun berdepan dengan perlawanan dalam sebuah negeri yang diperintah oleh parti pembangkang.

Justeru, katanya, BN akan melakukan analisis terperinci dan mendalam ke atas keputusan pilihan raya kecil itu.

Ini, katanya, bagi membolehkan BN mengambil tindakan yang diperlukan untuk muncul sebagai sebuah parti yang lebih kuat pada masa akan datang.

“Ujian terakhirnya sudah tentu adalah pilihan raya umum, kerana pada pilihan raya kecil membabitkan isu nasional dan tempatan.

“Tetapi saya berasa suatu menggalakkan, dengan sokongan rakyat, saya harap kita dapat tunjukkan lebih banyak hasil yang dikehendaki oleh rakyat. Kita begitu komited untuk memastikan pelaksanaan dilakukan,” tegasnya. - Utusan

'Bedah siasat' pengundi Cina sokong pembangkang

KUALA LUMPUR 26 April - Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu 'bedah siasat' bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana parti itu telah melakukan banyak perkara bagi membela nasib penduduk di Hulu Selangor termasuk kaum Cina sendiri.

Malah tegas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan penduduk di kawasan tersebut.

''BN menang tetapi majoritinya tidaklah seperti yang sepatutnya. Ini agak jelas dan kita nampak sokongan yang kurang daripada pengundi Cina.

''Bagaimanapun sokongan kaum Melayu dan India meningkat dan membolehkan BN mencapai kemenangan.

''Kita kena buat bedah siasat dan analisis supaya kita tahu apa masalahnya yang menyebabkan kita menang tetapi dengan majoriti yang tak seperti dijangkakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada perbincangan "China Yang Kukuh - Implikasi dan Cabaran" anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam, calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi apabila memperoleh 24,997 undi.

Mengulas mengenai kemenangan di Hulu Selangor, Dr. Mahathir berpendapat Najib telah berjaya menukar pandangan penduduk dan daya kepimpinannya kini diterima oleh segenap lapisan rakyat.

Beliau turut menegaskan, kempen-kempen parti yang dikaitkan dengan perkauman sudah tidak lagi memberi kesan kerana dalam tempoh berkenaan mereka boleh bercakap apa sahaja.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, biarpun ada yang berpendapat bahawa politik berasaskan kaum akan berkurangan selepas pilihan raya umum lalu namun jelas bahawa ia semakin kuat berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau percaya, harapan untuk melihat BN menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti tetap ada.

''Ini kerana keputusan Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana parti BN tetapi kerana orang tertentu yang rakyat tidak suka,'' katanya lagi. - Utusan

Kakak, rakan yakin remaja ditembak polis bukan penjenayah

SHAH ALAM, 26 April — Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis dalam kejadian awal pagi ini, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.

Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.

“Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

“Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11,” katanya di sini hari ini.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

“Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita,” katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

“Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali,” katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

“Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari Internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri,” katanya sebak.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini. — Bernama

Kes tembak remaja: Empat peronda polis ditukarkan serta-merta

SHAH ALAM, 26 April — Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.

(gambar:Keadaan kereta dipandu Aminulrashid yang mati ditembak di Shah Alam)

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kesemua mereka ditukarkan ke “desk duty” sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.

Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya Berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek.”Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun,” katanya.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat. – Bernama


* Kalau tidak dipolitikkan, kes ini akan dilenyapkan sehari demi sehari. Janganlah harap jika polis siasat polis...

Jins: Gugur kerakyatan individu hina Sultan, Raja

KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang anggota Dewan Negara hari ini mencadangkan supaya kerajaan menggugurkan kerakyatan individu yang menentang dan menghina Sultan atau Raja-Raja Melayu.

Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin berkata perbuatan itu adalah bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Kalau zaman dahulu, sebelum ada mahkamah dan polis, kalau ada orang yang menghina dan menentang Raja akan dihukum pancung, tapi sekarang ini kita tidaklah melaksanakan (hukuman) pancung kerana kita ada undang-undang, mahkamah dan polis.

“Oleh itu, saya cadangkan kerajaan gugurkan kerakyatan mereka yang menghina dan menentang Sultan dan Raja-Raja Melayu kerana tidak ada gunanya rakyat yang tidak menghormati pemerintah negara,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, yang dibentangkan Senator Datuk Azian Osman di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, Azian melahirkan perasaan sedih, malu dan amarahnya apabila titah ucapan Tuanku Mizan dipertikaikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebahagian besar Anggota Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata perkara itu berlaku hanya kerana Yang di-Pertuan Agong memuji dan menyifatkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang perlu dicontohi.

“Lebih memalukan lagi, dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, titah ucapan Tuanku Mizan terpaksa diluluskan dengan (undi) belah bahagi, saya berharap di dalam dewan yang mulia ini tidak akan berlaku perkara ini.

“Kita perlu hormat titah ucapan Tuanku kerana ia adalah hak Tuanku, dan jangan merendahkan Tuanku, jika ada deraf daripada mana-mana pihak, Tuanku akan membacanya terlebih dahulu dan jika Tuanku rasa tidak bercanggah, Tuanku akan perkenankan,” katanya.

Azian berkata mutakhir ini, Sultan dan Raja-Raja Melayu dilihat kerap mengeluarkan kenyataan berupa peringatan kepada rakyat berdasarkan perkembangan semasa tanah air.

Contohnya, pada 23 Mac lalu, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta rakyat menolak pemimpin yang ditaja oleh pihak luar bagi mengelakkan negara dijajah oleh pihak asing.

Pada 22 April lepas, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri itu supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda turut bertitah agar mana-mana pihak tidak menderhakai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu ketika memberi perkenan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Pada 23 April lalu, Azian berkata pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah bertitah bahawa kuasa mutlak Raja-Raja Melayu dalam urusan agama Islam dan adapt istiadat Melayu hendaklah terus dipertahankan serta dipatuhi.

“Malah baginda mengingatkan bahawa kuasa mutlak Raja-Raja Melayu terhadap kedua-dua perkara itu tidak pernah diserahkan kepada mana-mana pihak lain termasuk ketika penjajahan British dan Jepun,” katanya.

Menurut Azian lagi, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan meminta polis mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid sebagai gelanggang politik untuk berkempen pada pilihan raya

kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, katanya titah Sultan Sharafuddin itu tidak dihiraukan oleh pembangkang yang terus menggunakan masjid sebagai medan politik. — Bernama

* Raja pun kena tunduk pada undang-undang...

Pakatan Rakyat Sarawak Adakan Majlis Solat Hajat

Kuching 26 Apr - Satu majlis solat hajat dan bacaan doa sempena Pilihanraya kecil Sibu telah diadakan di pejabat parti KEADILAN Cabang Stampin yang melibatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat Sarawak minggu lepas.

Kira-kira 50 orang termasuk orang yang bukan Islam hadir menjayakan majlis yang bersejarah itu.

Aktiviti tersebut merupakan acara pertama melibatkan semua parti selepas pengumuman rasmi kemasukan SNAP sebagai komponen Pakatan Rakyat di Sarawak dan bertujuan untuk menguatkan lagi jentera pilihanraya pada pilihanraya kecil bulan depan.

Dalam pada itu, aktiviti yang dijalankan akan mengeratkan silaturahim antara ahli parti dan secara tidak langsung memperkemaskan Pakatan Rakyat selain dapat mengadakan perjumpaan dan berbincang masalah rakyat.

Ketua Cabang Stampin yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak See Chee How
berkata lebih banyak lagi aktiviti melibatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat negeri Sarawak akan diatur tanpa mengira agama dan fahaman politik agar kami lebih bersatu.

"Ini telah membuktikan agama bukan penghalang untuk bersatu apabila seorang pemimpin yang bukan beragama Islam menganjurkan aktiviti untuk orang Islam," kata Chee dalam majlis yang julung kali diadakan itu. - SK

Teoh Dalam Keadaan Sedar Semasa Jatuh, Tidak Dicekik, Kata Pakar Forensik British

SHAH ALAM, 26 Apr- Bekas pembantu politik Teoh Beng Hock berada dalam keadaan sedar semasa beliau jatuh dan telah cuba menahan dirinya daripada jatuh dari tempat tinggi, kata pakar forensik British Profesor Dr Peter Vanezis semasa memberi keterangan pada inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh di sini hari ini.

Dr Vanezis, yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah dicekik sebelum kematiannya.

Pada 17 Julai tahun lepas, Teoh ditemui mati di koridor di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor yang pejabat suruhanjaya itu terletak di bangunan yang sama, berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.

Dr Vanezis dan pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, telah menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh yang digali semula dari kubur pada November tahun lepas.

"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengkategorikan sama ada atau tidak si mati telah ditolak keluar dari tingkap secara fizikal semasa beliau berada dalam keadaan sedar," kata Dr Vanezis yang memberikan keterangan buat pertama kali pada inkues itu.

Beliau memberitahu inkues itu bahawa kaki Teoh mencecah lantai terlebih dahulu berdasarkan corak keretakan pada pelvis, paha dan betis.

Kecederaan pada betis menunjukkan Teoh telah cuba menahan diri daripada jatuh, kata Dr Vanezis.

Pakar patalogi British itu yang turut serta dalam penyiasatan punca kematian Puteri Diana, berkata beliau mendapati tiada tanda-tanda kekejangan pada badan Teoh.

"Tidak terdapat tanda-tanda kekejangan dilihat pada badannya. Bagaimanapun adalah mungkin seseorang itu mengalami kekejangan tanpa kesan bengkak ditemui, ia bergantung kepada cara dan paksaan yang digunakan dalam keadaan seumpama itu," katanya.

Berdasarkan pemeriksaannya, Dr Vanezis berkata tiada bukti menunjukkan bahawa leher Teoh telah dicekik.

Kesan bengkak pada bahagian leher merupakan sebahagian daripada kecederaan menyeluruh akibat jatuh itu, katanya.

Inkues itu dikendalikan Koroner Azmil Muntapha Abas. - Bernama

26 April 2010

"Siasat Najib atas kesalahan pilihanraya"

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan dua kesalahan rasuah dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, kesalahan pertama ialah apabila Perdana Menteri cuba merasuah 1,500 pengundi Rasa supaya mengundi calon P Kamalanathan dengan meluluskan RM3 juta untuk membina semula sekolah rendah Cina dengan satu syarat.

Najib secara terbuka mengumumkan “Jika kami menang pilihanraya kecil ini, kamu boleh datang pada hari berikutnya untuk bertemu saya.

Saya secara peribadi akan menulis surat untuk meluluskan wang dan ia akan dipindahkan ke akuan lembaga sekolah. Jika kita kalah, kamu tidak perlu datang," katanya.

Lim berkata, kesalahan kedua ialah semasa Najib melawat Kampung Hassan di mana beliau berjanji kepada majoriti pengundi Cina bahawa kerajaan BN akan membina 200 unit rumah kos rendah jika Kamalanathan menang.

"Apa yang SPRM akan perkatakan," kata Lim dalam blognya. - Freemalaysiatoday

* Pakatan tiada pilihan lain melainkan lawan SPR sebelum lawan UmnoBN...

Pakatan tenangkan penyokong di Hulu Selangor

Walaupun tewas dalam pilihan raya kecil parlimen Selangor, Pakatan cuba menenangkan penyokongnya dengan mengadakan perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru malam ini.

Bagaimanapun majlis yang bermula pada jam 9 malam tadi hanya dihadiri oleh 200 penyokong tegar mereka.

Sebelum itu, lebih 1,000 penyokong PKR berkumpul di padang stadium berkenaan ketika mengikuti perkembangan proses pengiraan undi.

Majlis tersebut dihadiri ramai tokoh utama Pakatan hadir, termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Ucapan pemimpin- pemimpin tersebut diselangseli dengan laungan 'takbir', 'lawan tetap lawan', 'reformasi' dan 'hidup rakyat' oleh penyokong yang hadir.

Wajah pemimpim Pakatan itu jelas kelihatan sugul dan sedih. Malah Zaid sendiri kelihatan sebak, ketika pengarah strategik PKR Tian Chua memberi ucapan.

Manakala anak gadis Zaid - yang turut hadir bersama ibunya - turut kelihtan menangis di pentas sambil ditenangkan oleh seorang pemimpin Wanita PKR.

Sementara itu, Zaid dalam ucapannya berkata: "Kita tewas kerana membeli undi itu halal dalam negara ini".

Dalam nada yang keadaan tenang dan kelihatan reda, Zaid mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya.

Beliau berkata, politik Machiavelli yang diajar oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 23 tahun, telah terhenti sebentar.

Zaid turut memuji pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya cuba memberikan kebebasan dan reformasi yang menyebabkan keputusan pilihan raya 2008 memihak kepada rakyat.

"Walaupun terhad tetapi dia mencuba," katanya sambil meminta penyokongnya terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi." - Malaysiakini

* Kalau di Indonesia dan Thailand, rakyat sudah ke jalan raya menuntut pilihanraya yang adil dan bersih...

25 April 2010

Pulang Untuk Turun Kembali Dalam Medan Juang

KUALA KUBU BARU kini mulai dtinggalkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Yang datang dari Utara bergerak untuk pulang ke Utara, dari Selatan akan pulang ke Selatan, manakala dari Timur akan pulang ke Timur. Yang datang dari Selangor mereka akan pulang ke rumah berihat setelah bertungkus lumus selama lebih seminggu di Hulu Selangor dalam rangka memancing rakyat untuk melakukan perubahan.

Perjalanan penyokong di Utara, Selatan dan Timur tidak semeriah sewaktu datang semasa hari penamaan calon. Kalau semasa datang untuk meraikan calon mereka penuh bersemangat, bersorak sorai dan melaungkan takbir Allahuakbar. dengan penuh yakin akan menggapai kemenangan. Tetapi perjalanan pulang malam ini dalam keadaan lemah longlai dan hilang semangat. Mungkin ada yang lemah jantung dan malas untuk bergerak pulang.

Kejutan dengan kekalahan calon PKR, Zaid Ibrahim dengan kekurangan lebih 1,500 undi dalam keadaan tidak terduga menjadikan sesetengah penyokong hilang semangat. Mula sebelum menjelang malam semuanya bersemangat dan yakin PKR akan menang. Apa lagi terdengar desas desus kemenangan itu dengan majoriti besar.

Mereka kebanyakan membuat andaian melalui pandangan mata kasar dan bukan firasat politik ternyata tertipu oleh keyakinan sendiri. Parahnya juga mereka mempercayai kepada analisa dan kajian badan-badan NGO yang profesional. Saya dari awal lagi tidak mempercayai analisa dan dapatan badan berkenaan kerana ia dibuat dengan penuh akademik dan bukan berdasarkan pengalaman.

Bagi mereka yang mempercayai kepada berita dan tidak tahu membaca riak dan alun ombak politik tentu akan merasa kecewa dan terkejut dengan kekalahan itu. Tetapi mereka yang membaca dan tidak mudah terpengaruh dengan psywar akan terperagah dengan apa yang berlaku.

Lemah gumulai seluruh tubuh badan. Mata, kepala, kaki, tangan dan segala anggota badan yang lengguh dan lemah selama berkempen, menjadi semakin lemah dan longlai apabila menerima berita sedih kekalahan.

Tetapi duhai para pejuang sejati, pulanglah ke rumah masing-masing dengan tenang dan penuh keinsafan. Jangan mudah mengaku kalah dengan kekalahan. Kalah sekali bukan bermakan kalah selamanya. Kekalahan adalah ujian dan Allah hanya menguji orang-orang yang beriman dan sabar saja.

Hakikatnya PKR tidak kalah atau apa-apa perjuang tidak boleh diiktiarfkan kalah kalau perjuangan itu menentang kemungkaran dan untuk menegakkan kebenaran. Perjuangan sejati bukan kemenangan tetapi masih mampu meneruskan perjuangan dalam keadaan ditekan dan ditindas oleh lawan itulah kemenangan dalam perjuangan. - www.msomelayu.blogspot.com

* UmnoBN tahu kelemahan rakyat iaitu mudah cair jika diberi rasuah. Pakatan Rakyat tidak perlu 'beri muka' lagi kepada kuda-kuda tunggangan UmnoBN jika hendak menang pada masa yang akan datang.

Berita Tidak Rasmi: Calon BN Menang Dengan Majoriti 1,035 Undi

KUALA KUBU BARU: Laporan yang diperolehi daripada para wartawan mStar Online di pusat pengiraan undi di sini ialah calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan memperolehi 21,617 undi berbanding calon PKR, Zaid Ibrahim 20,582 undi.

Ini bermakna calon BN menang dengan majoriti 1,035 undi.

Sebelum itu pada lebih kurang jam 7.51 malam, selepas 40 daripada 137 peti undi dikira, P. Kamalanathan memperolehi 5,946 berbanding Zaid Ibrahim (PKR) 6,552.

Dan ketika berita ini dimuatnaikkan pada jam 8.45 malam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kamalanathan dilaporkan tiba di pusat perjumlahan undi. - Mstar

Rayuan ditolak, Naib Canselor UUM didenda RM5,000

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi membayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempoh dua minggu atau menjalani hukuman penjara dua bulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkan perintah itu selepas menolak rayuannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Pada 3 Februari lalu, Dr Nordin didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuat Mahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkan program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA). Dr Nordin, yang tidak hadir di mahkamah hari ini dan UUM diwakili peguam K Valen.

Perintah injunksi itu diperoleh syarikat penganjur program MBA dengan UUM, KIC Management pada 8 Julai tahun lalu.

Peguam C V Krishnadevan yang mewakili KIC Management, berkata UUM gagal mematuhi perintah injunksi itu, menyebabkan pihak syarikat memfailkan waran komital pada Oktober tahun lalu.

Pengarah Urusan KIC Management, Azahar Abdul Rahman, berkata syarikat memohon injunksi itu selepas UUM, melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan pihanya bagi mengendalikan program tersebut mulai 1 Jun tahun lalu.
"Mengikut perjanjian itu yang ditandatangani pada 1 September 2008, pihak yang mahu menamatkan kontrak mesti memberikan notis bertulis enam bulan lebih awal dan selepas pelajar sesi terakhir menamatkan pengajian mereka," katanya. - Bernama

Jumlah keluar mengundi setakat 2 petang adalah 64%


2.30 Petang: Sehingga pukul 2 petang, jumlah keluar mengundi ialah 41,112 orang atau 63.74 peratus.

CheGuBard Diserang Dengan Parang Oleh Penagih Dadah Upahan Umno

SG BUAYA 25 Apr - Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) diserang oleh seorang penyokong Barisan Nasional yang membawa sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya hari ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengahari selepas beliau dan beberapa petugas keluar dari pusat pengundian di tempat tersebut.

"Ketika kami keluar sekumpulan penyokong BN yang menaiki motorsikal menendang pintu kereta dan dan salah seorang mengeluarkan parang ke arah kami. Menurut penduduk di situ penyerang itu adalah penagih dadah.

"Saya berjaya meredakan keadaan tetapi ketika kami mula bergerak semula penyokong BN yang berparang itu menendang pintu belakang menyebabkan salah seorang petugas kami tersepit," CheGuBard menerangkan.

Beliau kesal sikap anggota polis yang tidak mahu menghentikan kenderaan ketika kejadian berlaku.

"Saya terkilan kerana sikap anggota polis yang tidak peduli walaupun kami memberi isyarat meminta pertolongan.

"Malah saya pula ditahan dan pemandu serta penumpang yang tersepit diambil kad pengenalan mereka dan di bawa ke balai polis. Yang peliknya pihak polis tidak pula menahan penyerang tersebut dan kami ada bukti gambar," katanya lagi.

Menurut CheGuBard pemandu serta penumpang kini berada di Balai Polis Serendah untuk siasatan. - SK

* Polis UmnoBN VS Rakyat?

KPI majoriti BN 6,000 undi, kata Muhyiddin

HULU SELANGOR, 25 April — Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran petunjuk utama prestasi (KPI) majoriti lebih 6,000 undi dapat dicapai, sekali gus merampas balik kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini.

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya meletakkan sasaran itu dengan mengambil kira majoriti yang dicapai di peringkat ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri dua tahun lalu.

“Dua tahun lalu, kita dapat sekitar 6,000 undi dari ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri, jadi kita meletakkan sasaran KPI kita di paras yang sama,” kata beliau pada sidang media ketika proses pengundian pilihan raya kecil ini sedang berlangsung.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, ada satu peti undi dua tahun lalu BN memperolehi majoriti 100 undi.

Bagaimanapun kata beliau, perkiraan kasar hari ini menunjukkan ada peluang untuk mendapat majoriti 300 undi. “Ini satu contoh,” katanya.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi kira-kira 56 peratus sudah keluar mengundi.

Pengundian ditutup 5 petang ini. - Mstar

Amitabh Bachchan Hidap Masalah Hati

NEW DELHI, 25 April (Bernama) -- Bintang Bollywood Amitabh Bachchan mendedahkan kepada para peminatnya bahawa beliau menghidap sirosis hati yang berpunca daripada pemindahan darah, yang dijalaninya pada tahun 80-an.

Aktor berusia 67 tahun itu menulis dalam blognya bahawa 25 peratus daripada hatinya telah rosak akibat pemindahan darah yang dilakukan pada 1982, selepas kemalangan yang berlaku ketika beliau sedang menjalani penggambaran filem.

"Lapan tahun lepas, ketika melakukan MRI (Imbasan Magnetik Resonan), mereka dapati 25 peratus daripada hati saya telah pun rosak. Oleh itu, saya, secara teknikal atau dalam istilah perubatan, adalah seorang pesakit secara tidak sengaja.

"Seorang pesakit telah menghidap sirosis hati, iaitu keadaan yang lazimnya dikaitkan dengan orang yang suka minum minuman keras. Jadi, inilah saya... seorang yang bukan kaki botol, seorang yang tidak meminum minuman keras, dengan penyakit yang menjangkiti saya menerusi pemindahan darah daripada seorang penderma," Bachchan dipetik sebagai berkata dalam blognya itu.

Beliau cedera parah ketika melakukan penggambaran filem Hindi berjudul "Coolie" dan terpaksa menjalani pemindahan darah bagi menyelamatkan nyawanya. Bintang terkenal itu diberikan darah daripada seorang penderma tidak dikenali yang dijangkiti Hepatitis antigen Australia. Sejak masalah kesihatannya itu dikenal pasti, Bachchan mendapat penjagaan perubatan yang berterusan, katanya.

Bachchan merupakan aktor pujaan ramai peminat di India dan berlakon dalam lebih 100 filem, sebahagian besarnya muncul sebagai 'blockbuster', menjadikan beliau aktor yang terulung dalam industri perfileman India sehingga hari ini. - BERNAMA

Khutbah Jumaat Hasan Ali bersih politik: Jais

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menolak laporan akhbar mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa kelmarin berunsurkan politik.

Sebaliknya, khutbah yang dibaca Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Selangor itu lengkap dan mengikut peraturan serta syarat yang ditetapkan oleh Jais.

Pegawai Perhubungan Awam Jais, Nurhamizah Othman berkata, perkara itu telah disahkan oleh beberapa pegawai jabatan berkenaan yang ditugaskan membuat pemantauan di masjid itu.

“Tidak timbul isu beliau (Hasan) menggunakan mas- jid sebagai gelanggang berpolitik kerana Jais sendiri telah membenarkan beliau untuk menyampaikan khutbah di masjid tersebut.

“Malah, khutbah yang disampaikannya mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jais,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nurhamizah turut menolak dakwaan menyatakan Pesuruhjaya Pas Selangor berkenaan ‘terlupa’ membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang menjadi rukun khutbah solat Jumaat.

“Dakwaan itu tidak benar kerana menurut pegawai kita yang berada di sana, solat Jumaat sah ke- rana beliau telah mengikut semua rukun solat dengan lengkap. Jadi, saya tidak pasti kenapa timbul dakwaan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, beliau kecewa laporan akhbar yang telah menggunakan nama Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengesahkan dakwaan itu.

“Kenapa nama beliau turut dikaitkan sedangkan Datuk (Mohamed Khusrin) tidak pernah mengesahkan apa-apa mengenai dakwaan itu,” katanya. - Sinar Harian

57% Sudah mengundi setakat jam 1 petang


1.30 tengahari:Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

12.42tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

RM1,000 Untuk Setiap Warga Emas, Perkhidmatan Wifi Percuma Seluruh Negara Jika Pakatan Rakyat Berkuasa

KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggariskan tiga asas utama bagi pentadbiran sebuah kerajaan yang baik iaitu, mendengar suara rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan mengembalikan hak kepada rakyat.

"Sebagai contoh, pentadbiran yang baik, kita lihat negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau melunaskan janji untuk meluluskan permohonan tanah kepada rakyat, mewujudkan skim bekalan air percuma dan pelbagai kebajikan yang lain.

"Sekiranya kita memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor, ini bermakna laluan kita ke Putrajaya semakin cerah. Ini adalah azam kita untuk memberikan khidmat bakti kita kepada rakyat Malaysia," kata Guan Eng semasa berucap dihadapan lebih 30,000 penyokong pada ceramah perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu semalam.

Beliau turut membayangkan antara program kebajikan utama yang akan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menawan Putrajaya adalah pemberian saguhati sebanyak RM1,000 kepada semua warga emas.

Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang melaporkan jumlah terkumpul bagi ketirisan wang di dalam pentadbiran kerajaan untuk tahun 2009 berjumlah RM28 bilion.

"Sekiranya wang saguhati tersebut disalurkan kepada warga emas yang berjumlah 2 juta orang dinegara kita, jumlahnya tidak pun mencecah 10 peratus daripada jumlah ketirisan.

"Manakala untuk golongan muda, satu skim perkhidmatan wi-fi percuma diseluruh negara akan dilaksanakan," kata beliau lagi. - SK

* Wifi percuma seluruh negara? Jangan lebihlah Lim, negara maju pun tidak buat macam tu sebab tidak praktikal...

Calon Makan t/hari

12:30 Petang: Sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah keluar mengundi - 31,632 atau 49.04 peratus.

12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan Tak Laku Di Felda Sg Tengi

KUALA KUBU BAHARU 25 Apr - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dimalukan di Felda Sungai Tengi apabila pengundi wanita dan lelaki tidak mahu bersalaman dengan beliau.

Kejadian berlaku apabila beliau tiba di kawasan tersebut dan terus ke kumpulan wanita untuk bersalaman.

Beberapa pengundi enggan bersalam dengan Maslan atas alasan adalah haram bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Pengundi lelaki pula tidak mahu bersalam dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana mereka mendakwa tangan beliau kotor disebabkan menerima rasuah.

Secara keseluruhan pengundian bagi pilihan raya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar walaupun terdapat sedikit ketegangan di Batang Kali.

Cuaca setakat pukul 11.45 pagi kelihatan baik walaupun Jabatan Kaji Cuaca menjangkakan hujan akan turun pada lewat tengahari.

Timbalan Pengarah I Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil, Shuhaimi Shafiei berkata di Batang Kali keadaan agak tegang apabila petugas Barisan Nasional cuba merobohkan khemah petugas Pakatan Rakyat.

"Kita bukan dirikan pondok panas atau barong, hanya pondok untuk petugas kita berteduh dan berfungsi sebagai pusat penghantaran makanan dan minuman bagi petugas kita. Lagi pun penyokong kita di kawasan tersebut kurang daripada jumlah penyokong BN tapi alhamdulillah mereka masih bertahan di situ," kata

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Seri Muda.

Wartawan Suara Keadilan melaporkan penyokong BN bertindak liar sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hampir jatuh ditolak.

Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sekolah Kebangsaan Bandar baru batang kali kira-kira pukul 11 pagi dan hanya sempat melawat seketika sebelum meneruskan lawatan ke pusat pengundian lain.

Shuhaimi berkata laporan petugas di Dulu Selangor menyatakan pergerakan trafik agak lancar kecuali sedikit kesesakan ketara dilaluan Rasa-Batang Kali.

Tiga petugas Pakatan Rakyat juga dilaporkan hilang apabila tidak sampai di kawasan yang mereka ditugaskan di Ampang Pecah.

"Kekeliruan juga berlaku di Sekolah Menengah Datuk Kamaruddin kerana sekolah tersebut terdapat dua pusat pengundi dan pengundi agak keliru pada mula di mana mereka harus membuang undi," kata beliau.

Shuhaimi juga melaporkan dua khemah sewaan yang ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Batang Kali hilang kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Sementara itu keadaan dikatakan tegang di Sekolah Rendah Agama Kalumpang apabila jarak antara kumpulan penyokong Pakatan Rakyat dan BN dikatakan terlalu dekat.

Pusat mengundi di situ mempunyai 945 pengundi dengan tiga saluran.

Sebelum itu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan seramai 200 daripada 1,350 pengundi berdaftar telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kerling.

Di Kerling juga suasana panas apabila BN yang menggunakan remaja untuk mengejek penyokong Pakatan Rakyat yang lalu di kawasan tersebut. - SK

Peratus mengundi meningkat kepada 38% sehingga kini

11:40 Pagi: Sehingga pukul 11 pagi, jumlah keluar mengundi - 24,645 atau 38.21 peratus.

11:25 Pagi: Bekas calon bebas, VS Chandran tiba beri sokongan kepada BN di pusat mengundi SMK Ampang Pecah.

11:30 Pagi: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal meninjau pusat mengundi SMK Ampang Pecah.

Kemenangan Boleh Bertukar Tangan

PENGUNDIAN sedang berlangsung. Apa yang yang boleh dilakukan kini hanya menunggu sehingga pengundian tamat jam 5:00 petang nanti. Cuaca dilaporkan baik dan memberi peluang kepada pengundi keluar mengundi dengan selesa dan tenang. Sehingga tengah malam tadi sampai ke saat ini tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kalaupun ada sedikit yang tidak senang, apabila ada dakwaan mengatakan Orang Asli dari dua buah kampung cuba dihalang dari keluar mengundi. Adalah diharap polis akan menyelesaikan kes ini kalau ia benar berlaku.

Selain itu ada juga laporan mengatakan bas membawa pengundi dari luar kelihatan di Ampang Pecah. Sejauh mana kebenarannya masih boleh dipertikikan.

Startegi sulit BN seperti mana dibimbingi PKR, iaini pemberian wang, ugutan dan sebagainya tidak berlaku. Bukan bermakna tidak ada pemberian wang, tidak ada usaha atau rasuah politik lain dilakukan BN. Kalau melihat kepada kesungguhan Najib Razak, Mahathir Mohamad yang mahukan BN menang, tidak mustahil ada strategi jahat tersembunyi. Selalunya BN sering kali mengubah strategi dan juga tektik pada setiap pilihan raya kecil.

BN tidak pernah kekal dengan modus operandi sama untuk meraih undi. Apakah ia berlaku kali ini dan hanya tidak terkesan? Ada juga desas desus mengatakan BN akan menggunakan tentera untuk memastikan kemenangan. Dari maklumat yang diterima BN sangat bergantung kepada bantuan tentera. Macam mana bentuk dan caranya ia tidak disebut dan dijelaskan.

Semalam menurut laporan risik tentera, PKR masih mengatasi BN. PKR dikatakan mendahului BN dengan 42% berbanding dengan BN 38%. Manakala menurut maklumat itu sebanyak kira-kira 15 hingga 20% yang tidak dapat dipastikan menyokong pihak mana. Kumpulan yang belum menyatakan sikap inilah menjadi penentu.

Untuk melihat senerio pilihan raya ini sila lihat kepada 'kajian andaian' seperti mana berikut. Dari sini anda akan dapat membuat telahan sendiri berpandukan apa yang saya amati ini dan juga kesimpulan ringkas saya.

1. Jentera kempen: Jentera kedua-dua pihak seimbang. Dari segi poster dan bahan kempen BN mengatasi PKR. Bagaimana pun pada hari kedua, ketiga dan keempat kekuatan BN begitu menyerlah. Sebaliknya dari segi kekuatan kempen dan semangat pada hari ke kelima, keenam dan ketujuh PKR mengatasi BN sekitar 2% hingga 3% sahaja.

2. Jumlah kehadiran ceramah: ternyata berpihak kepada PKR. Mana-mana ceramah PKR mendapat sambutan hangat. Ceramah dua malam terakhir adalah bingkasan yang merangsangkan. Tetapi perlu diingat lebih 3/4 mereka yang hadir adalah orang luar dan juga pelancong politik. Keadaan ini tidak menjadi ukuran konkrit untuk PKR mengatakan mereka mengatasi BN dalam hal ini.

3. Calon: Zaid Ibrahim lebih popular dari Kamalanathan. Ternyata calon BN kali ini tenggelam terus. Kalau pemilihan dibuat berdasarkan calon PKR akan menang mudah. Isu arak, kuda dan sebagainya tidak memberi kesan secara menyeluruh, malahan serangan kecang BN menimbulkan simpati kepada Zaid dari kalangan atas pagar.

4. Sokongan: PKR mendapat sokongan padu dari rakan mereka DAP dan Pas dan pelancong politik. Sebaliknya BN berpecah di mana yang mendokong hebat Kamalanthan ialah Umno. BN juga tidak mendapat sokongan padu dari MCA. Seperti PKR tidak menaruh kepercayaan penuh kepada MIC, begitu dengan BN meragui akan undi MIC akan berpihak kepada mereka lebih 60%, ini kerana Kamalanathan bukan calon MIC.

5. Senjata sulit: Dalam hal ini PKR tidak mempunyai senjata sulit, di mana BN sudah mesti ada senjata sulit yang tidak dapat dikesan. Saya menganggarkan sekitar 3,000 hingga 5,000 BN sudah mendapat undi tunai hasil dari pemanipulasi senarai pengundian, undi pos dan undi polis dan tentera. Undi cash ini dikira mengancam kedudukan PKR.

6. Peluang kemenangan bergantung kepada peratus keluar mengundi. Sekiranya peratus keluar mengundi di bawah 65% ini bermakna PKR akan menang besar, mungkin melebihi 1,000 majoriti. Sebaliknya kalau peratus 70% hingga 80% menjadikan keadaan 50 - 50 tetapi dijangka masih berpihak kepada PKR tetapi dengan majoriti kecil. Sebaliknya kalau peratus keluar mengundi mencecah 85% ke atas kedudukan PKR agar membimbangkan dan tidak mengejutkan kalau PKR kalah. Kalau kemenangan tetap juga berpihak kepada PKR ini sesuatu mengejutkan.

7. Nilai tambah untuk PKR dalam hal ini bergantung kepada seramai mana pengundi saluran 3 dna 4 orang-orang muda keluar mengundi. Kalau saluran 1 dan 2 yang keluar mengundi mengatasi saluran 3 dan 4 ini memberi peluang kepada BN.

Yang pastinya dalam pilihan raya Hulu Selangor ini dijangka ada kejutan yang sukar untuk dipercayai tetapi ianya haus diterima kerana itulah politik. - www.msomelayu.blogspot.com

Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi

Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.

Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.

Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini.

Difahamkan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sebahagian besar masyarakat Orang Asli mencenderung menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mengundi PKR hari ini.

Elizabeth berkata, beliau mahu polis bertindak segera membuang halangan di dua perkampungan Orang Asli terbabit. - Malaysiakini

* Polis dan SPR tidak kisah kalau yang halang UmnoBN, yang salah bila Pakatan yang buat...

Petugas media dihalang masuk pusat mengundi

KUALA KUBU BHARU: Petugas media dihalang polis daripada memasuki perkarangan pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pechah atas alasan keselamatan sebentar tadi.

Seorang jurugambar akhbar perdana yang enggan dikenali, berkata ia adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sebarang pilihan raya sebelum ini.

Keadaan itu menyukarkan pihak media menjalankan tugas pada hari pembuangan undi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Bharian

* Nak menipu ke SPR?

Jumlah keluar mengundi setakat ini 26%

10:50 Pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat mengundi di SMK Ampang Pecah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meluangkan masa lebih 10 minit berjumpa dengan penyokong BN.

10:40 Pagi: Timbalan Perdana Menteri melawat pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa.

Beliau melawat khemah BN yang terletak di seberang jalan pusat pengundiaan.

Muhyiddin turut ditemani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom.

10:30 Pagi: Sehingga pukul 10 pagi, jumlah keluar mengundi - 16,932 atau 26.25 peratus.

10:20 Pagi: Sepuluh trak polis simpanan melalui jalan daripada simpang Rasa menuju ke Batang Kali.

10:10 Pagi: Penyokong BN dan PKR berkumpul di hadapan pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa dan saling cuba menarik perhatian pengundi dengan penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah Barisan Kita' sementara PKR melaungkan slogan reformasi dan bertakbir.

Polis guna helikopter

10:00 Pagi: Pasukan PDRM membuat tinjauan udara menggunakan helikopter bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

9:45 Pagi: Pengundi muda di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa semakin meningkat.

Pusat ini mempunyai 1,300 pengundi dengan dua saluran mengundi

9:32 Pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek melawat pusat mengundi SRJK (C) Kalumpang di sini.

Suasana di pusat mengundi terkawal ketika ini.

Pembangkang Tidak Berdisiplin - SPR

KUALA KUBU BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan sikap pihak pembangkang yang mengingkari larangan supaya tidak mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan merobohkan barung panas berkenaan kerana melanggari Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Nampaknya parti pembangkang masih lagi tidak mengikut arahan, masih lagi mendirikan barung panas.

"Mereka tidak mengikut disiplin, kita akan ambil tindakan segera dengan merobohkannya," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khing Ming di sini sebentar tadi.

Sejak awal pagi tadi, penyokong pembangkang mendirikan barung panas sebagai kaunter semakan pengundi di luar kawasan pusat mengundi berkenaan dengan jarak kurang 100 meter.

Penyokong pembangkang juga masih lagi meraih undi dengan memegang bendera parti dan poster calon pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Selain itu Abdul Aziz berkata, beliau juga menerima beberapa laporan berhubung kesalahan berkenaan yang dilakukan pembangkang di beberapa pusat mengundi lain.

"Saya ada menerima laporan di tempat lain pun ada, ada yang sudah kita robohkan semalam.

"Tapi semuanya dilakukan pihak pembangkang, tak ada satu pun daripada pihak BN," katanya.

Bagaimanapun beliau bimbang, perbuatan pembangkang itu akan mengundang tindakan penyokong BN mengikut perkara yang sama bagi menunjukkan kekuatan mereka.

"Sekarang ini BN tak ada lagi, tapi kita bimbang lepas ini ada pula sebab nak berlawan (dengan pembangkang)," katanya. - Mstar

* SPR bukan lagi kuda tunggangan UmnoBN tetapi sudah menjadi monyet peliharaan...

Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan penyokong parti

9:00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melawat pusat mengundi di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Baru.

8:45 Pagi: Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti bertanding.

Penyokong PKR melaungkan laungan reformasi.

8:15 Pagi: Jalan-jalan utama pekan Kuala Kubu Baru mulai sibuk.

Anwar: Undi BN/Kamalanathan, Undi Bawa Kehancuran

SUNGAI BUAYA: Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jika pengundi mengundi calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan ia akan membawa ke arah kehancuran kerana beliau tidak mampu menjamin suara rakyat Hulu Selangor untuk perbahasan di Parlimen.

Menurutnya, dalam keasyikkan P. Kamalanathan berkempen, beliau telah terlupa bahawa keperibadian beliau dibeli dan bergantung dari rasuah-rasuah BN yang ditaburkan yang kononnya memberi kelebihan pada beliau dalam pilihan raya Hulu Selangor ini.


"Selama mana pemimpin-pemimpin BN akan ada dengan P Kamalanathan, lepas pilihan raya ini semua habis diabaikan kerana tukar haluan memfokus kembali mengaut keuntungan haram," kata Anwar pada ceramah perdana di sini semalam yang dihadiri lebih 10,000 orang.

"Kalaulah BN menang, itu pun kalaulah menang, Kamalanathan tidak akan mampu membela nasib warga Hulu Selangor kerana beliau akan diberi habuan peribadi seterusnya terlupa janji-janji yang ditaburkan," katanya.

Beliau berkata, rakyat Hulu Selangor akan kembali ke zaman bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang keterlaluan menyeleweng duit rakyat untuk kepentingan diri dan bukan untuk rakyat.

"Saya merayu pada seluruh Hulu Selangor agar tidak termakan dengan sumbangan sementara BN yang hanya bersandiwara seketika untuk memenangi pilihan raya.

"Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim adalah pemangkin suara rakyat yang akan menegakkan hak keadilan yang diinginkan rakyat tercapai di parlimen nanti," jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan palsu seperti BN tidak mungkin akan memandang masalah rakyat yang perlu difikirkan dan mereka ingin mengaut kekayaan bersama kroni masing-masing sehingga memudaratkan ekonomi negara.

"Kita janganlah terima rasuah yang bersifat sementara dari BN yang tidak menjamin kehidupan anak cucu kita kemudian hari dan perlu befikir jauh untuk perubahan.

"Dengan memberi kepercayaan pada Datuk Zaid dan Pakatan Rakyat (PR), negara akan membangun bersama rakyat tanpa memberi kelebihan pada kroni-kroni seperti BN," katanya.

Datuk Seri Anwar tiba ketika ceramah perdana sedang berlangsung bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Turut hadir menyampaikan ucapan ialah Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin (Ampang), Anthony Loke (Rasah) Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Saifuddin Nasution Ismail (Machang).

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dan timbalannya Fariz Musa turut berkempen bagi menyakinkan penduduk Hulu Selangor supaya mengundi Zaid. - FreeMalaysiaToday

Orang ramai mula masuk

8:10 Pagi: Tinjauan mendapati rata-rata pengundi yang keluar mengundi adalah daripada kaum wanita.

8:02 Pagi: Orang ramai mula masuk ke pusat-pusat pengundian bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

8:00 Pagi: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.

Surat terbuka buat Mufti Perak

Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan di dalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :

LINK

PENDAHULUAN

Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara

Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.

Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Salah satu protokolnya ialah:Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

PENDEDAHAN APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Dalam jawapan secara bertulis kepada YB Tian Chua (PKR Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa satu kontrak telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia dengan Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta setahun.

Syarikat Firma Perunding Perhubungan APCO Worldwide ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan “Strategi Komunikasi” dan “Membina Imej” Negara serta mengagongkan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak.

SIAPAKAH APCO?

Perkara ini telah didedahkan Ketua Pembangkang YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Parlimen yang mulia .

Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-

1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)

2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)

3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Peranan APCO di Negara-negara lain

1. Klien dan bekas klien APCO juga termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa menjadi Presiden Nigeria. Jeneral Sani Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

2. Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupakan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

3. Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

ISU DEMONSTRASI BANTAHAN HUBUNGAN KERAJAAN MALAYSIA DENGAN APCO DI PERKARANGAN MASJID SULTAN IDRIS SHAH II

1. Setiap muslim yang beriman pasti mahukan kemanisan iman. Terdapat tiga perkara yang menjaminkan seseorang mendapat kemanisan iman. Salah satu nya sebagaimana yang disebut dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim ialah seseorang itu membenci maksiat (kemungkaran) seperti ia benci jika di campakkan ke dalam api neraka. Oleh yang demikian, sebab itulah kita guna halaman luar masjid kerana ia berkaitan dengan iman kerana mempertahankan agama dari ancaman musuh laknatullah adalah wajib. Jesteru itu, Allah menjanjikan jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
2. salah satu cara membenci ialah seperti yang diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s sedang berjalan-jalan di suatu tempat, maka dia digoda iblis dan syaitan. Lalu, junjungan besar itu telah membaling batu ke arah iblis tersebut.

Tindakan peserta himpunan tempohari itu sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s.

Yahudi Zionis adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap pesrta himpunan hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah.

Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis.

Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati.

Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. maka bidapkah kami yang hanya membaling telur ke arah papan yang tertera lambang zionis.

3. Isu penggunaan telur busuk : ? Telur busuk itu hanyalah laungan dibibir kami sahaja, sesuai dengan Yahudi dan Israil yang lebih busuk dari telur busuk .Dalam demontrasi ini kami tidak gunakan batu sebab mungkin akan terkena kepada orang ramai dan ada yang tercedera, Telur adalah simbolik penentangan kami terhadap isu APCO. Disini juga kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak menggunakan telur busuk seperti yang didakwa dan hanya melibatkan 7 biji telur ayam yang baru dibeli dikedai berdekatan. kami juga menggunakan kasut sebagai ganti kepada batu yang boleh membahayakan orang ramai ke arah papan yang tertera lambang Israel dan Umno, peristiwa lontaran ini berlaku berdekatan pintu pagar luar masjid dan agak jauh dari org ramai. Perbuatan inikah yang menyebabkan Tuan Mufti kata kami biadab dan hukumnya haram. Dan yang peliknya kenapakah Tuan Mufti orang yang pertama menghidu bau telur busuk sedangkan kami peserta demonstrasi tidak dapat menghidu bau busuk tersebut.

4. Ulama meletakkan satu kaedah iaitu sesuatu perkara yang ingin dijadikan hukum, hakim atau mufti mesti terlebih dahulu ada gambaran sesuatu perkara itu, maknanya ia mesti ada gambaran dan suasana himpunan seperti di manakah himpunan itu diadakan, guna telur busuk atau tidak, apa tujuan mereka berhimpun , apakah objek yg mereka lontar dan sebagainya.

Para ulama menyebut kalau berhukum tanpa ada gambaran maka hukum itu salah seperti yang sabit dari hadis Nabi SAW bahawa hakim yang berhukum tanpa pengetahuan dan gambaran terlebih dahulu maka tempatnya di neraka

5. Berkenaan dengan perlantikan Ahli JawatanKuasa Masjid tanpa mengikut tatacara perlantikan yang betul dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini, adalah merupakan pencemaran terhadap masjid yang di lakukan oleh Parti UMNO dan Barisan Nasional. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak yang dilantik hanya mereka yg menyokong Parti UMNO sahaja. Terdapat di kalangan pengerusi masjid jarang- jarang datang ke masjid malahan ada yg tak pernah datang ke masjid. Dan yang paling memalukan mereka ini mempunyai masalah moral. Sebenar nya, inilah pencemaran yang paling besar pernah yang di lakukan umno pada masjid seterusnya membunuh peranan institusi masjid yang sebenar iaitu sebagai rumah ibadah dan gedung ilmu.

Mengapa pencemaran dan penghinaan terhadap masjid yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional tidak dikritik oleh SS Mufti, sedangkan ini adalah suatu yang lebih besar tidah dilihat oleh Mufti

Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah menceritakan, seorang murid yang belajar sepuluh tahun dengan seorang guru tetapi tidak pernah naik darjah. Suatu hari dia bertanya kepada gurunya. “ Tuan, saya telah belajar hampir sepuluh tahun tetapi kenapa tidak naik darjah?” maka tuan guru itu pun pergi dekat satu tembok lalu dia mengambil arang dan membuat titik pada tembok tersebut. Maka beliau bertanya kepada muridnya itu, “ apakah yang kamu nampak di hadapan kamu?” Jawab murid itu: “ Titik hitam” . “ Sebab itulah kamu tidak naik darjah, tembok yang besar kamu tidak nampak tetapi titik hitam yang kecil itu kamu nampak.”

Telur yang dilontar ke arah lambang zionis di luar masjid sekitar 5 minit dikritik hebat dan diiktiraf sebagai biadab. Pengerusi dan jawatankuasa masjid yang tidak berakhlak dan terlalu jarang datang masjid sehingga ada yang tak pernah peduli untuk meningkatkan peranan masjid tetapi masih dilantik untuk tempoh tiga tahun tidak dikritik dan tidak biadab

6. Sekiranya pihak Tuan Mufti merasakan bahawa dengan menyokong kami akan menjejaskan Tuan Mufti, maka diam adalah sebaik-baik jawapan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

“Sesiapa yg beriman dgn Allah dan hari akhirat maka berkatalah perkara yg baik atau diam”

(Hadis riwayat bukhari dan muslim)

Perjuangan kami ada fakta melalui hadis yang pernah diungkapkan oleh Junjungan besar Nabi SAW :

أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر

“Jihad yang paling afdhal perkataan yg benar di hadapan pemerintah yg zalim”

Persoalan jihad ini mesti didahulukan bagi yang mampu dan pihak kami mampu serta sanggup menerima ancaman dari pemerintah dan sama sekali tidak sanggup menerima ancaman Allah seperti firman Allah :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

(Surah Taubah ayat 24)

Dengan pendedahan yang telah dijelaskan di atas maka disini saya ingin bertanya kepada Tuan Mufti dan agar saya diberikan PENJELASAN secara Ilmiah dari pihak Tuan Mufti :

Pertama : Mengapakah Kerajaan Malaysia sanggup melantik sebuah Syarikat Firma Perunding yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Rejim Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal menyeksa dan menzalimi orang Palestin diberi peluang untuk membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO sebagai Firma Perunding kepada Kerajaan Malaysia, ini bermakna pengaruh Zionis, kini telah mula dibenarkan untuk menentukan hala tuju negara, serta mempunyai akses kepada semua kepentingan kerajaan termasuklah maklumat-maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Adakah ini tidak membimbangkan pihak Tuan Mufti?

Selain Israel dan Amerika Syarikat yang dapat mengakses maklumat-maklumat ini, perlu diketahui juga oleh pihak Tuan Mufti bahawa di antara pemimpin ASERO, satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng iaitu seorang bekas polis Singapura.

Kedua : Apakah Pendirian Tuan Mufti setelah mendengar penjelasan yang telah saya jelaskan di atas, adakah Tuan Mufti masih lagi menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak atau akan bersama-sama kami menentang kerjasama antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Firma Perunding APCO Worldwide. Dengan ini saya serta sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara Malaysia memohon Tuan Mufti untuk menyatakan pendirian Tuan Mufti. (Kenyataan ini disiarkan didalam Blog Dewan Pemuda PAS Negeri Perak : dppperak.blogspot.com).

KESIMPULAN

1. Keputusan Perdana Menteri untuk bekerjasama dan berganding bahu serta membuka ruang Malaysia kepada pengaruh rejim Zionis dan anti-Islam wajib dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

2. Perdana Menteri Malaysia mesti memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya yang cintakan keamanan dan prihatin pada rakyat palestin kerana telah bekerjasama dengan rejim Zionis.

3. Semua Ulama dan ahli fikir yg mengetahui tindakan Kerajaan Malaysia ini mesti memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang besar. Ada seorang datang bertanya kepada Sayyidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhu tentang hokum darah nyamuk yang terkena baju. Abdullah ibnu Umar Radiyallahu Anhu bertanya: “orang ini datang dari mana?“ mereka memberitahu bahawa dia datang dari Iraq. Kata Abdullah bin Umar: Darah Sayyidina Hussin Cucu Rasulullah SAW yang ditumpahkan dengan zalim kamu tidak tanya tetapi darah nyamuk yang terkena baju yang kamu tanya” Sepatutnya mufti jawab begitu kepada wartawan berita harian, kenapa tidak Tanya tentang APCO zionis busuk ceroboh Negara kita “ kamu datang dari akhbar yang besar untuk Tanya hokum telur busuk ?

4. Harapan kami agar mufti tegas dengan ilmunya seperti Imam Nawawi iaitu Penyusun Kitab Riadhus Solihin yang selalu Dato Mufti gunakannya ketika mengajar di Masjid dan Surau-surau. menurut riwayat bahawa apabila Baginda Sultan Az Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar(Monggol), timbul satu persoalan adakah diharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh. Lalu Baginda bertitah meminta fatwa dari Imam Nawawi. Imam NAWAWI telah memberikan penjelasan seperti berikut:-

“Ampun Tuanku

Adalah patik sememangnya mengetahui bahawasanya tuanku dahulunya adalah seorang tawanan yang tidak ada sebarang harta benda, tetapi dengan pertolongan Allah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku dengan dijadikan tuanku seorang raja.

Ampun Tuanku

Adalah patik telah mendengar bahawasanya tuanku ada memiliki seribu orang hamba, tiap-tiap seseorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 org khadam wanita milik tuanku, masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.

Andaikata tuanku sendiri membelanjakan semua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat”.

Kesimpulannya, beliau berfatwa bahawa baginda tidak dibenarkan mengambil harta rakyat selamamana kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda sultan Az Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga baginda mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari damsyik. Imam Nawawi menerima sahaja perintah pengusiran itu dengan girang hati. Lalu beliau pun keluar ke Nawa. Para ulama’ syam telah berusaha menjemput beliau balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan sambil berkata ‘ saya tidak akan balik ke Damsyik selagi baginda masih berkuasa”

5. Harapan kamai agar mufti tidak seperti Ali Abdul Raziq seorang ulama Azhar suatu ketika dahulu yang menulis buku memisahkan agama dengan politik pemerintahan islam. yang mahu meletakan agama di masjid sahaja tanpa melibatkan politik islam. Politik islam perlu disangkut dipintu masjid. Akhirnya Majlis ulama azhar telah menarik balik segala anugerah akademik dan gelaran yang diberi oleh Al Azhar. Ini menunjukkan betapa hinanya ulama seperti itu.

Rasul pernah mengecam mereka yang mengetahui sesuatu perkara tetapi menyembunyikannya dgn sabdanya :

من سئل عن علم يعلمه فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار

Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang diketahuinya maka dia menyembunyikannya nescaya pada hari kiamat kelak dia akan dikekang dengan tali kekangan dari api neraka.

(hadis riwayat ahmad)

Mohd Akmal Kamarudin,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Perak. - Harakahdaily