BAGHDAD: Wartawan stesen tv Iraq yang melempar kasut ke arah Presiden George W Bush, pernah pernah melalui pengalaman getir apabila diculik oleh kumpulan militan serta ditahan tentera Amerika, menurut keluarganya hari ini.
Muntadhar al-Zeidi, berusia 28 tahun dan belum berkahwin adalah seorang pengikut Syiah, dikatakan amat membenci penaklukan tentera Amerika menawan Iraq serta campur tangan Iran di negaranya.
Tindakan Al-Zeidi semalam dikatakan sebagai transformasi kebencian rakyat Iraq yang bosan dengan kehadiran tentera Amerika di bumi negara itu yang berlarutan kira-kira enam tahun.
Mereka juga bimbang Iraq akan terus dikuasai Iran selepas Amerika keluar dari negara itu kelak.
Berikutan tindakan Al-Zeidi itu yang dianggap 'hero' rakyat Iraq, beribu penduduk keluar berdemontrasi di Banghdad dan bandar lain meminta pembebasannya.
Malah, perbuatan Al-Zeidi itu menjadi buah mult orang ramai di kedai kopi, pejabat malah di sekolah.
Malah, satu tabung ehsan dilancarkan oleh anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gadhafi untuk memberi sokongan moral kepada Al-Zeidi, serta meminta kerajaan Iraq membebaskannya. - AP
No comments:
Post a Comment