14 December 2022

Ezam kini timbalan presiden PRM


Bekas ahli PKR dan Umno Ezam Mohd Noor dilantik sebagai timbalan presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Pelantikan Ezam diputuskan sebulat suara oleh jawatankuasa pusat parti itu pada 11 Dis.

PRM dalam satu kenyataan berkata, parti itu berharap pengalaman dan kepimpinan Ezam akan membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Sejak kali terakhir menang kerusi parlimen pada 1959, walaupun PRM sentiasa aktif berpolitik namun parti itu gagal mendapat sebarang kerusi pada setiap pilihan raya umum berikutnya.

Ezam, 55, bekas aktivis era reformasi meninggalkan PKR dan menyertai semula Umno semasa pentadbiran Najib Razak.

Pada 2016, dia keluar Umno buat kali kedua.

Semasa pilihan raya 19 Nov lalu, Ezam antara 16 calon PRM untuk bertanding di kerusi parlimen. Semua calon PRM hilang deposit. - Malaysiakini

 

No comments:

Post a Comment