11 December 2022

Anwar arah Menteri Pendidikan siasat isu buli, rasis di sekolah


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan menyiasat isu buli dan rasis melibatkan seorang pelajar sekolah.

Tindakan tersebut dikeluarkan selepas Anwar menerima sepucuk surat daripada seorang pelajar dikenali sebagai Tejess Kanakaraju yang mendakwa menjadi mangsa buli sekumpulan individu di sekolah.

Menerusi surat itu juga, Tejess turut mendakwa gurunya bersifat rasis dan dia mahu Anwar menghentikan budaya rasis tersebut.

“Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya Tejessh Kanakaraju. Hari ini sekumpulan orang telah membuli saya dan guru telah berlaku rasis terhadap saya.

“Saya menulis surat ini kerana saya mahu anda hentikan rasis,” tulisnya pelajar berkenaan.

Susulan itu Anwar menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap surat pelajar berkenaan.

Jelas Perdana Menteri, beliau akan mengarahkan Menteri Pendidikan untuk menyiasat perkara tersebut dengan segera.

“Terima kasih anakanda. Saya akan mohon Kementerian Pendidikan yang kini dikepalai YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera,” tulis Anwar.

Sumber berita : Kosmo Online

No comments:

Post a Comment