10 December 2022

Ikon permotoran ditahan polis kerana ugut sebar gambar lucah bekas kekasih


GOMBAK: Seorang pemuda yang juga ikon permotoran ditahan polis kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, ketika mengesahkan tangkapan itu, berkata suspek ditahan untuk siasatan selepas selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber berita : Berita Harian

No comments:

Post a Comment