
Wanita berusia 79 tahun dan anak lelakinya berusia 49 tahun ditembak mati di wilayah Pattani petang kelmarin dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, kata polis.
Pada petang sama, seorang penoreh getah berusia 33 tahun maut dalam tembakan bermotosikal di wilayah ini sementara di tempat lain wilayah sama seorang lelaki berusia 28 tahun ditembak mati, kata mereka.
Lebih 3,500 orang terbunuh dalam serangan oleh kumpulan pemberontak samar-samar beroperasi di selatan Thailand dengan penduduk majoriti Islam sejak Januari 2004.
Srisompob Jitpiromsri, pengarah Deep South Watch kumpulan berpusat di Pattani, berkata walaupun keganasan turun ke paras terendah sejak lima tahun lalu awal bulan lalu, ia kini semakin hebat.
Pada 4 November lalu, suspek militan meletupkan dua bom di kawasan pasar sesak di sini mencederakan 74 orang dalam satu serangan terbesar ke atas orang awam sejak awal 2004, kata polis.
"Pada masa lalu kerajaan memfokuskan operasi tentera dan menumpaskan militan. Justeru, mereka kini cuba melakukan taktik baru untuk melakukan kemusnahan skala besar," katanya. � AFP
No comments:
Post a Comment