20 October 2014

Berita Culik 7 Kanak - kanak adalah PALSU!!!!

Pelajar dakwa diculik akan didakwa

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Johor akan didakwa kerana membuat laporan palsu kononnya diculik tiga individu tidak dikenali pada Jumaat lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, pelajar wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
  
Beliau berkata, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu didapati mereka-reka cerita diculik ketika berada di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang, setelah tertekan kerana gagal menyiapkan tugasan kursusnya.
  
"Menerusi siasatan lanjut  malam tadi, kita dapati kenyataan pelajar berusia 20 tahun itu bercanggah dan dia mengaku membuat laporan palsu.
 

17 October 2014

PAS perlu presiden baharu?

Hadi punca gagalnya impian Putrajaya Pakatan, kata penganalisis

Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mampu menawan Putrajaya selagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menerajui PAS sebagai presidennya, kata penganalisis, mengaitkan pemimpin konservatif itu dengan tembok kepercayaan yang runtuh akibat cara beliau menangani hubungan dengan DAP dan PKR. Profesor James Chin dari Universiti Monash menyifatkan Hadi sebagai halangan utama PR untuk mara ke Putrajaya.

 "Tidak akan ada kepercayaan (antara sesama parti dalam PR) selagi Hadi menjadi presiden PAS. PR tidak akan maju ke depan selagi Hadi tidak diganti," katanya kepada The Malaysian Insider. Pandangan ini dipersetujui penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang berkata Hadi bersikap tidak matang dalam menangani kemelut menteri besar Selangor.

Kritik Umno boleh. Kritik PAS tidak boleh?

Jangan tumpang nama parti, kata PAS Terengganu kepada PasMa

PAS Terengganu mencabar Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk keluar daripada parti Islam itu dan menubuhkan parti baharu jika terus menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform mengkritik parti. Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, dengan meninggalkan PAS, NGO berkenaan dapat membuktikan sejauh mana PasMa dapat berdiri teguh dengan aliran baru yang dibawa kepada ahlinya.

 “Kita cabar dia keluar PAS, buat parti baharu supaya orang boleh lihat kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama PAS tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama. “Kewujudan PasMa menyeleweng daripada NGO yang membantu PAS, kerana boleh memecahbelahkan PAS,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

15 October 2014

Ahmad Izzat meninggal dunia

ALOR SETAR - Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 11.10 malam semalam, selepas lebih tiga minggu menerima rawatan akibat komplikasi kencing manis.

10 October 2014

Cuepacs tuntut kenaikan gaji 30 peratus

Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam bagi menghadapi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Timbalan presiden I Cuepacs Zainal Ismail berkata kesatuan itu menuntut kenaikan sebanyak 30 peratus untuk semua peringkat penjawatan.

Kenaikan itu melibatkan kenaikan sebanyak RM300 bagi penjawat awam bergaji RM900 sebulan, katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kakitangan berkenaan diberikan dua bulan bonus.

Katanya, tuntutan itu munasabah keraja gaji penjawat awam tidak pernah dikaji semula sejak 2007.

09 October 2014

Dewan Ulama PAS bantah Oktoberfest

Dewan Ulama PAS turut membantah keras Oktoberfest yang dijadualkan berlangsung 10 hingga 12 Oktober ini di Bandar Utama, Petaling Jaya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mendesak semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan mengambil tindakan ke atas penganjur yang mempromosikan festival itu secara terbuka walaupun tiada kebenaran mahupun permit dikeluarkan.

08 October 2014

Kiraan detik rayuan terakhir Liwat II di FB Anwar

Ketika waktu berlalu menjelang rayuan terkhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan tuduhan liwat terhadapnya - satu kiraan detik telah bermula di  laman Facebook ketua pembangkang itu - yang menurutnya, tinggal 21 hari lagi.

Akhbar Amerika kritik PM guna akta hasutan

Akhbar terkemuka Amerika Syarikat The New York Times (NYT) menyelar kerajaan Malaysia kerana secara berleluasa menggunakan Akta Hasutan 1948 selepas janji-janji pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

01 October 2014

Azmin beku peruntukan kawasan Parlimen dan DUN Khalid, kata Faekah

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didakwa membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Faekah Husin. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.

"Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin," katanya dalam kenyataan hari ini. Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin. "Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.

Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen

Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.