Akhbar terkemuka Amerika Syarikat The New York Times (NYT)
menyelar kerajaan Malaysia kerana secara berleluasa menggunakan Akta
Hasutan 1948 selepas janji-janji pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
Dalam catatan sidang pengarang versi cetaknya hari ini, NYT berkata,
akta itu terlalu luas dan “mengundang penyalahgunaan kuasa secara
autoritarian”
Tambahnya,
pentadbiran Najib juga “menggunakan sepenuhnya undang-undang itu untuk
memburu pengkritik” sejak pilihan raya umum ke-13 lalu walaupun berjanji
memansuhkannya sebelum itu.
“Tindakan keras Najib itu sebuah serangan menyedihkan terhadap kebebasan bersuara dan ancaman serius pada demokrasi".
“Beliau kelihatan memahami bahaya itu apabila berjanji untuk memansuhkan
Akta Hasutan. Beliau patut lakukannya segera,” kata NYT.
Dalam beberapa bulan terakhir, dua ahli akademik, peguam, ahli politik,
aktivis dan seorang wartawan disiasat, ditahan atau dituduh di mahkamah
bawah akta itu. - Mkini
No comments:
Post a Comment