20 October 2014

Berita Culik 7 Kanak - kanak adalah PALSU!!!!

Pelajar dakwa diculik akan didakwa

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Johor akan didakwa kerana membuat laporan palsu kononnya diculik tiga individu tidak dikenali pada Jumaat lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, pelajar wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
  
Beliau berkata, berdasarkan siasatan polis, pelajar itu didapati mereka-reka cerita diculik ketika berada di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang, setelah tertekan kerana gagal menyiapkan tugasan kursusnya.
  
"Menerusi siasatan lanjut  malam tadi, kita dapati kenyataan pelajar berusia 20 tahun itu bercanggah dan dia mengaku membuat laporan palsu.
 

"Pada mulanya pelajar itu berbuat demikian untuk menipu rakannya dan tidak berniat memperbesar perkara itu namun sebaik tiba di Dungun, dia memaklumkan kepada ibunya bahawa dia diculik sebelum disuruh membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Daerah Dungun pagi semalam, pelajar itu mendakwa dia diculik bersama tujuh lagi kanak-kanak.
  
Wan Aziz berkata, susulan laporan itu, polis  menggerak semua unit dan melakukan Ops Tutup dan Ops Kesan di Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.
  
Menurutnya, remaja itu telah diserahkan kepada keluarganya dan akan didakwa dalam masa terdekat. - Bernama

No comments:

Post a Comment