08 October 2014

Kiraan detik rayuan terakhir Liwat II di FB Anwar

Ketika waktu berlalu menjelang rayuan terkhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan tuduhan liwat terhadapnya - satu kiraan detik telah bermula di  laman Facebook ketua pembangkang itu - yang menurutnya, tinggal 21 hari lagi.

Rayuannya dijadualkan untuk didengar selama dua hari, mulai 28 Oktober, di mana ahli parlimen Permatang Pauh itu akan mengetahui nasibnya sama ada akan menjalani hukuman penjara atau akan dibebaskan.

Pada tahun 2004, Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat pertamanya oleh Mahkamah Persekutuan selepas menghabiskan masa enam tahun di dalam penjara.

Kes Liwat II terhadap Anwar bermula sebaik selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding kerusi Permatang Pauh pada Ogos 2008 selepas tamat tempoh larangan lima tahun berpolitik.

Kerusi itu dikosongkan oleh isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur antara jam 3 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Seperti tuduhan yang pertama, Anwar mendakwa ia diada-adakan oleh musuh politik beliau. Namun beliau memenangi kerusi Permatang Pauh, kerusi yang disandangnya selama 17 tahun ketika beliau dalam Umno. - Mkini

No comments:

Post a Comment