16 December 2008

Salah guna kanak-kanak, polis bertindak terhadap Dr. Jeyakumar

SHAH ALAM 16 Dis. – Polis akan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar kerana menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen “Berbasikal Untuk Perubahan” anjuran kumpulan tidak berdaftar Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) di Rawang malam semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mereka yang berusia 18 tahun ke bawah ditakrifkan sebagai kanak-kanak mengikut Akta Kanak-kanak 2001 dan Dr. Jeyakumar akan diambil tindakan mengikut Seksyen 32 akta yang sama kerana menyalahgunakan kanak-kanak dalam perhimpunan haram itu.

Semasa ditahan, Dr. Jeyakumar mengaku beliau yang menganjurkan kempen itu, katanya mengulas mengenai penahanan Dr. Jeyakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei dan 28 yang lain yang berumur 18 tahun ke bawah kerana terlibat dalam kempen itu malam semalam di Rawang. – Bernama

* Kurang kerjakah Datuk?

No comments:

Post a Comment