TEHERAN 12 Nov. - Iran hari ini menjalankan ujian generasi baru peluru berpandu darat ke darat yang menggunakan bahan bakar pepejal, menjadikannya lebih tepat daripada peluru berpandu terdahulu.
Menteri Pertahanan, Mostafa Mohammed Najjar berkata, peluru berpandu jarak jauh Sajjil itu dibina oleh Jabatan Aeroangkasa Iran di bawah Kementerian Pertahanan.
Ia boleh mengenai sasaran sejauh 2,000 kilometer.
Peluru berpandu bahan bakar pepejal adalah lebih tepat berbanding peluru berpandu bahan bakar cecair yang dimiliki oleh Iran sekarang ini.
Siaran televisyen Iran menunjukkan peluru berpandu tersebut dilancarkan dari sebuah tapak pelancaran di kawasan padang pasir.
Mostafa berkata, peluru berpandu Sajjil adalah senjata untuk mempertahankan diri dan bukan diuji sebagai tindak balas terhadap ancaman ke atas Iran.
Beliau tidak menyebut mana-mana negara tetapi Israel baru-baru ini mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Iran bagi menghalang Teheran daripada membina bom nuklear.
"Ujian peluru ini dijalankan dalam kerangka strategi pertahanan dan pencegahan dan secara khususnya dengan objektif mempertahankan diri," ujar Mostafa.
- AP
No comments:
Post a Comment