30 April 2017

(Video) Aliran Tunai Masuk ke Program2 Pas


(Video) HANCUR PERJUANGAN PAS!! Umno JINAKKAN Pas Dengan Isu RUU355 Dan Sentimen Melayu Islam


Hadi wajar jadi penasihat Agong


Perwakilan PAS dari Johor hari ini mencadangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dipilih sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Mohd Nazari Mokhtar berkata, pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah satu rahmat daripada Allah SWT.

"Seorang yang mencerminkan akhlak seorang Islam, seorang yang beramal, mempunyai akidah tinggi dihantar Allah untuk menjadi ketua di Malaysia.

"Jadi kita sama-sama mendoakan supaya tuanku mendapat seorang penasihat yang wataknya juga serupa dengan baginda," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden PAS sempena Muktamar PAS ke-63, di Alor Setar.

Sultan Muhammad V ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun mulai pada 24 April lalu.

Mohd Nazari sempat memetik kata-kata Abdul Hadi bahawa parti itu bukanlah sangat berkeinginan ke Putrajaya, sebaliknya mahu menjadi penasihat kepada ulil amri (pemerintah).

‎"Tuanku pakai jubah pergi masjid, agak-agak siapa yang sesuai jadi penasihat? Ulama yang paling sesuai. Jadi saya mahu petik ucapan Datuk Seri presiden, kita bukan nak ke Putrajaya sangat, yang kita nak adalah menjadi penasihat kepada ulil amri.

"Siapa pemerintah nombor satu negara kita, seri paduka baginda.

"Jadi penasihat yang paling sesuai kepada baginda ialah presiden kita, pemimpin ulama nombor dua di dunia," katanya yang disambut laungan takbir para perwakilan.

Tambahnya, latar belakang Abdul Hadi sebagai salah seorang pemimpin ulama dunia‎ sentiasa mendapat perhatian umum.

"Apabila seorang pemimpin ulama nombor dua berbangsa Melayu, bercakap dalam bahasa Melayu, bukan saja difahami oleh kita dalam dewan ini, tetapi seluruh nusantara.

"Saya nak mengingatkan setiap patah yang keluar daripada presiden PAS adalah perkataan seorang ulama dan perkataannya dianalisa setiap insan yang boleh berbahasa Melayu," katanya. - Mkini

Henti rugikan parti, kata perwakilan


Seorang perwakilan menggesa PAS berhenti menyerang atau menghina kaum bukan Melayu serta bukan Islam sebaliknya bergerak secara profesional membawa gagasan sendiri.

Abu Zarim Abdul Rahman berkata kedudukan Melayu dan Islam mempunyai tempat istimewa dalam perlembagaan namun ia bukanlah lesen untuk menyerang pihak lain.

"Lebih baik kita bersifat profesional dengan gagasan yang kita bawa, dengan menghalakan peluru (serangan) kepada puak yang membuat kesalahan tersebut.

"Tak perlulah kita salahkan kaum lain atau agama lain," katanya semasa membahas ucapan dasar presiden hari ini.

Perwakilan Negeri Sembilan itu menambah beliau mendapati berlaku peningkatan serangan berbentuk perkauman di media sosial yang dipercayai dilakukan penyokong PAS.

Katanya, walaupun kebanyakan serangan itu menggunakan akaun palsu namun ia memberi imej buruk kepada parti.

"Marilah kita sama-sama hidup dalam suasana aman dan harmoni tanpa perlu saling menyalahkan antara satu sama lain, daripada melayan nafsu marah kita," katanya.

Secara umum Abu Zarim juga berkata serangan terhadap parti lain juga perlu dihentikan sesuai dengan suasana semasa yang kian menghampiri pilihan raya.

Katanya, serangan terhadap parti pembangkang lain hanya akan merugikan PAS sendiri.

"Kita perlukan undi (penyokong parti lain). Bagaimana masyarakat nak mendakati kita, sedangkan kita mencaci maki hamun parti mereka?" katanya.

Turut ditegur Abu Zarim ialah perbuatan sesetengah pemimpin atasan parti yang gemar memuat naik gambar percutian mereka di luar negara.

Sebaliknya, kata beliau, pemimpin terbabit wajar mula turun ke padang dan membantu masyarakat. - Mkini

Ribut landa kawasan Muktamar PAS, 19 dilapor cedera





Seramai 19 orang dilaporkan cedera selepas ribut melanda khemah utama di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, kawasan berlangsung Muktamar tahunan PAS ke-63 malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, kejadian pada pukul 7.25 malam itu membabitkan khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki).

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Naim Mat Jaaffar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.43 malam, lapor Bernama.

Seramai 13 daripada mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah termasuk seorang yang tidak sedarkan diri dan dirawat di zon merah. Manakala enam mangsa yang lain dirawat di lokasi kejadian.

Sementara itu, Hambali Ahmad, 35 yang menjual minuman di luar kawasan kejadian, berkata ramai yang masuk ke dalam khemah untuk mencari perlindungan apabila hujan mulai turun.

"Masa kat dalam dengar macam khemah runtuh. Saya dengar orang menjerit dan nampak ada yang cedera di kepala dan luka," katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Basaruddin Hashim, 60, yang berniaga jubah memberitahu angin bertiup kencang sekitar lima minit, disusuli hujan lebat.

"Masa tu tengah azan Maghrib. Jadi ada yang pergi sembahyang Maghrib. Masa tulah jadi (ribut)," katanya kepada Malaysiakini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakruddin Sheikh Fakhrurazi dalam kenyataan lewat malam tadi berkata pihak panitia Muktamar PAS melahirkan simpati ke atas mangsa kejadian.

"Pihak Panitia Muktamar serta PAS Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, pegawai kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Medic Papisma dan St. John Ambulance yang telah membantu mangsa di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, semua aturcara program muktamar yang tidak melibatkan tapak ekspo berjalan seperti biasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengucapkan takziah kepada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

"Saya berharap semoga semua rakyat negeri Kedah, khususnya ahli-ahli PAS yang berkampung sempena muktamar agar bertenang dan saya berdoa semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat.

"Kepada mereka yang mengalami kecederaan, semoga mereka akan pulih dan kembali sihat seperti sedia kala," ujarnya.

Pengerusi Parti AMANAH Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dalam ucapan takziahnya berharap semua mangsa yang cedera dapat dirawat, manakala khemah-khemah yang roboh dapat dibaiki segera.

"Didoakan agar muktamar dapat diteruskan seperti dijadualkan oleh panitia muktamar," katanya. - Mkini

29 April 2017

(Video) MAHFUZ TERUS TERANG!! Pas Pasti KALAH 60 Daripada 80 Kerusi Bertanding


“Kau Kutuk MB Selangor Tapi Nak Kekal Jadi Exco”

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengecam tindakan PAS mengutuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetapi masih terus memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu.

Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kayat berkata, niat PAS mahu terus mengekalkan jawatan exco kerajaan Selangor juga tidak boleh diterima kerana mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

“Kau kutuk Menteri Besar Selangor, kau hina Naib Presidennya, kau putuskan hubungan dengan partinya. Tapi tiba bab kuasa di Selangor kau mahu kekal jadi exco. Susah orang bawah nak pertahankan hujah pemimpin macam ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli antara yang dikecam hebat oleh barisan pimpinan dan akar umbi PAS dalam muktamar Ke-56 parti itu sejak beberapa hari lalu.

Dewan Ulama PAS dan Pemuda PAS malah meluluskan usul untuk memutuskan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dengan PKR yang dilihat terlalu cenderung kepada DAP.

Suhaizan dalam pada itu menasihati PAS supaya tidak bertanding banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana parti itu tidak akan menang dikebanyakan kawasan yang mahu ditandinginya.

“Apa guna bertanding banyak kerusi? Contohnya parlimen Pulai Johor, pengundi cina 41 peratus. Terimalah hakikat pengundi Cina menolak PAS. Kalau PAS bertanding pun tak boleh menang. Lebih baik beri pada Pakatan Harapan yang mempunyai lebih banyak kelebihan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tiga pelajar mati lemas ketika menyertai kem perkhemahan sekolah

BEAUFORT - Tiga pelajar ditemui lemas di kawasan tali air ketika mengikuti aktiviti kem perkhemahan di sebuah pusat peranginan di Membakut di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Runzee Abd. Thani berkata, mangsa ialah Hafiz Hamizan Rahman, 16; Daniel Norman,16 dan Khuzaimi Zakaran,17. Kesemua mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan.

Menurut Runzee, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 9.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kesemua pelajar telah diselamatkan sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

"Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Runzee berkata, seramai 120 pelajar dari SMK Putatan mengikuti aktiviti perkhemahan itu bersama 30 guru pengiring.

"Operasi tamat pada 10.40 pagi selepas kita yakin tiada pelajar lain yang terlibat dalam insiden lemas di kawasan itu," katanya. - K! ONLINE

Benjy ditangkap sorok dadah di Medan

KUALA LUMPUR 20 April - Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim sekali lagi ditangkap selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam duburnya.

Memetik laporan portal Detikcom, anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu diberkas setelah dua paket syabu berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang berkenaan menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

“Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015,” ujarnya.

Laporan berkenaan turut menyebut, Benjy kini ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana. - UTUSAN

AMANAH: Jika PAS ada maruah, tarik diri dari kerajaan Selangor

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil berkata jika PAS mempunyai maruah, ia harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor selepas berusaha untuk memutuskan hubungan dengan PKR, yang memimpin kerajaan negeri itu.

"Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai," tambahnya.

Beliau mengingatkan PAS bahawa Sultan Selangor yang melantik ahli-ahli PAS dalam kabinet negeri.

Faiz mengingatkan demikian selepas Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata ahli exco parti itu dalam kerajaan Selangor tidak akan meletak jawatan walaupun PAS memutuskan hubungan dengan PKR kerana menurutnya, mereka dilantik oleh PAS, bukan PKR.

Faiz menyifatkan kenyataan Muhammad Khalil sebagai "begitu naif" tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang.

"Lantikan exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

"Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu menteri besar dalam konteks perlantikan exco," katanya.

Justeru, katanya, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga exco tersebut dilantik oleh menteri besar dan bukannya PAS.

"Atas dasar inilah, empat orang exco PAS dikurangkan kepada tiga orang setelah Datuk Seri Azmin dilantik sebagai menteri besar dan tiada bantahan oleh PAS ketika itu," katanya. - Malaysiakini

Isu 'Jahanam Pan': Umno saja Pas tak maki

KUALA LUMPUR - Laungan 'Jahanam Pan' yang ditujukan kepada Amanah menunjukkan Pas sudah hilang identiti sebagai parti berakhlak.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, lebih mengejutkan apabila perkataan itu diungkapkan di Muktamar Dewan Ulamak Pas yang merupakan dewan paling dihormati dalam Pas.

"Bagi kita, ungkapan itu boleh dianggap melampau dan biadab. Amat mendukacitakan apabila ia diucapkan oleh salah seorang perwakilan dan disambut pula dengan laungan takbir.

"Jika Dewan Ulamak yang paling dihormati boleh menggunakan perkataan kasar begini, sudah tentu pengikut di bawah akan mengikuti. Kalau ulama pun cakap begitu, ini menunjukkan keseluruhan Pas sudah diracuni dengan budaya tidak baik," katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, istilah 'Jahanam Pan' dilaungkan sebelum Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir memulakan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak Pas.

Sebelum itu, Mohd Rejab meminta semua perwakilan berdiri kerana mahu mengetuai bacaan ikrar.

Bacaan ikrar yang disampaikan dalam bahasa Arab itu disusuli laungan takbir sebanyak tiga kali, sebelum  Mohd Rejab  menyebut 'Jahanam Pan' sebaik ia berakhir.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, beliau menjangkakan Muktamar Pas yang berlangsung ketika ini akan menjadi medan untuk memaki hamun.

"Mereka akan caci maki Amanah dan DAP, cuma satu saja mereka tidak akan maki iaitu Umno," dakwanya.

Bagaimanapun, kata Mujahid, Amanah tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas Pas kerana perkara itu di luar kawalan mereka.

"Amanah tidak terjejas apa-apa. Cuma saya harap Pas dapat gunakan cara yang lebih baik dan bersaing secara sihat, bukannya dengan pendekatan hinaan dan caci maki sebegini," katanya. - SH

28 April 2017

Tak serik, janda dicekup kali kedua dengan suami orang

Jitra: Tidak serik dicekup berkhalwat, sepasang kekasih ditahan kali kedua kerana melakukan perbuatan sama oleh anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), awal pagi semalam.

Mereka masing-masing berusia 25 dan 27 tahun baru ditangkap pada 10 April lalu jam 2.20 pagi di rumah sama di Kampung Aman, dekat sini, yang disewa wanita berstatus ibu tunggal beranak satu itu.

Bagaimanapun, perbuatan mereka sekali lagi terbongkar selepas anggota PADKP menerima maklumat awam dan membuat serbuan, jam 1.35 pagi semalam.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, tangkapan disertai lima anggotanya yang diketuai Muhammad Ihsanuddin Mohd Azahar dan mendapati pasangan itu berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, mereka adalah sukarelawan di sebuah agensi penyelamat di negeri itu dan mengaku sudah lama tinggal bersama di rumah itu.

“Lebih mengejutkan, mereka baru ditangkap lebih dua minggu lalu kerana melakukan perbuatan sama sehingga menimbulkan syak dalam kalangan masyarakat setempat.

“Lelaki itu masih berstatus suami orang dan gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka pasangan suami isteri, namun sebelum ini, mereka sanggup menipu jiran berhampiran kononnya sudah berkahwin untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa,” katanya, semalam.

Radzi berkata, ketika serbuan, hanya mereka berdua berada dalam rumah berkenaan manakala anak wanita itu dikatakan tinggal bersama ibunya di tempat lain.

Katanya, ketika itu lelaki berkenaan hanya berseluar pendek tanpa baju manakala pasangannya memakai seluar pendek paras paha serta berkemeja-T.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Radzi berkata, kes mereka dibicarakan serta-merta semalam dan dikenakan ikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan penjamin.

“Lelaki terbabit membayar jaminan manakala wanita itu gagal berbuat demikian dan dihantar ke Penjara Pokok Sena sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 2 Mei depan,” katanya. - HMetro

Norway negara paling gembira di dunia

NEW YORK: Norway mengatasi Denmark apabila muncul sebagai negara paling gembira di dunia dalam laporan terbaru yang mengkehendaki semua negara membina kepercayaan sosial dan kesamaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat

Menurut Laporan Kebahagiaan Dunia 2017 yang dikeluarkan oleh Jaringan Penyelesaian Pembangunan Lestari (SDSN), sebuah inisiatif global yang dilancarkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012

Negara sub Sahara di Afrika, termasuk Yaman dan Syria dikategorikan sebagai negara paling tidak gembira dari 155 negara yang disenaraikan dalam laporan kali kelima itu

Pengarah SDSN dan penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB, Jeffrey Sachs dalam satu wawancara berkata, negara paling gembira memiliki keseimbangan dari aspek kemakmuran dan modal sosial iaitu kepercayaan tinggi dalam masyarakat, keyakinan terhadap kerajaan serta bersikap adil

"Objektif utama laporan ini adalah untuk menyediakan kaedah yang boleh diguna pakai oleh setiap kerajaan dalam membantu negara mereka menjadi lebih sejahtera," katanya

Selain Norway, menduduki senarai teratas adalah Denmark, Iceland, Switzerland, Finland, Belanda, Kanada, New Zealand, Australia dan Sweden. Sudan Selatan, Liberia, Guinea, Togo, Rwanda, Tanzania, Burundi dan Republik Afrika Tengah pula menduduki senarai paling bawah

Jerman berada di tangga ke-16 diikuti United Kingdom (19) dan Perancis (31). Amerika Syarikat (AS) pula turun satu anak tangga kepada kedudukan ke-14 berbanding 13 tahun sebelumnya

Sachs berkata, kedudukan AS merosot satu anak tangga berikutan ketidaksamaan, rasa tidak percaya dan rasuah yang berlaku dengan berleluasa

Pendekatan ekonomi yang dilaksanakan Presiden Donald Trump ketika ini akan memburukkan keadaan, katanya

"Saya mahu semua negara mencontohi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain yang melantik Menteri Kegembiraan. Saya mahu kerajaan negara lain bincangkan aspek ini dengan serius dan sedar kesalahan yang mereka lakukan," katanya. - BHarian

Surat terbuka balas cabaran Pemuda PAS

Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda PAS terhadap PKR, terutamanya saya dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Secara khusus, perwakilan Pemuda PAS dari Selangor iaitu Mohd Sukri Omar (bawah, kanan) dilaporkan mencabar saya supaya "berani menjadi anak jantan" dan bertanding sekali lagi di Parlimen Pandan.

Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Lagi pun saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atau 67 peratus undi popular).

Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS.

Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat Parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad yang bertanding di DUN Cempaka di dalam parlimen saya.

Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi PAS.

Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!

Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT.

Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.

Malah, saya mengikuti laporan serangan Pemuda PAS terhadap saya dari kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen 8, Mahkamah Shah Alam atas pertuduhan berhubung pendedahan saya mengenai skandal NFC dahulu.

Kalaulah ada anak-anak muda dan pemimpin Pemuda PAS yang sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan dan rasuah besar yang membabitkan pentadbiran Najib, mungkin di sebelah saya di dalam kandang tertuduh adalah anak-anak muda pimpinan Pemuda PAS ini.

Mungkin juga tugas itu dapat diagih-agihkan supaya tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada anak muda pimpinan Pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan rasuah pemerintah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Malangnya ada pimpinan PAS (dulu dan kini) yang lebih selesa menerima wang rakyat terus dari perdana menteri, atau lagi selesa menyertai rombongan ke luar negara bersama pimpinan kerajaan, atau lebih selesa hadir dalam majlis Kelab Umno di United Kingdom, atau lebih selesa tidak mengundi di Parlimen bila mana belanjawan yang mengutip GST dan menekan rakyat dibentangkan Najib.

Saya ingat tindakan Pemuda PAS masih belum menyaman saya atau membuat laporan polis mengenai akuan berkanun saya menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang yang melalui akaun Najib adalah kerana mereka tidak mahu saya hilang kelayakan bertanding agar mereka dapat berdepan dengan saya dalam PRU14 di Pandan nanti.

Begitulah agaknya (bersangka baik).

Mencabar saingan politik kita dengan pelbagai gelaran dan ugutan bukanlah lambang keberanian. Lambang sebenar keberanian ialah berkata benar kepada pemerintah yang berkuasa sepenuhnya dan akan memenjarakan kita kerana kita berkata benar.

RAFIZI RAMLI adalah Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR.

Pas perlu lepas jawatan di Selangor

SHAH ALAM - Sekiranya Pas memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad, semua ahli Pas yang mempunyai jawatan dalam Kerajaan Selangor  wajar meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak logik bagi Pas memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor.

"Di mana logiknya memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP (sebelum ini) dan kini mahu memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor?

"Sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri (termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi PKR) sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang disandang di Selangor," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama turut melahirkan rasa kesal berhubung serangan dan kritikan kasar terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh perwakilan Dewan Ulama Pas semasa perbahasan semalam.

"Saya ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama Pas dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar Pas pada hari ini.

"Pas juga menzahirkan secara jelas tanpa berselindung untuk memimpin beberapa negeri termasuk Selangor yang kini diterajui PKR.Sebarang keputusan Pas yang bakal diambil adalah hak Pas dan PKR akan menghormatinya," katanya lagi.

Perwakilan Dewan Ulama Pas Selangor semalam memberi 'nasihat' kepada Mohamed Azmin agar tidak bermulut celupar dengan menghina ulama.

Menurut Nik Bakri Nik Mat, beliau berkata demikian sebagai merujuk tindakan Azmin sebelum ini yang menggelar seseorang sebagai 'tok lebai yang kalah tersungkur'. - SH

27 April 2017

Bimbang negara bertukar jadi kerajaan sekular sosialis

ALOR SETAR - Pas bimbang Malaysia bakal diterajui parti yang berpaksikan kepada perjuangan sosialis sekiranya kerajaan sedia ada tumbang pada PRU14.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob berkata, tiada gunanya menjatuhkan kerajaan sekarang, namun pada masa sama menyebabkan parti sekular sosialis memerintah.

"Apa yang dibimbangkan, sebuah kerajaan sekular nasionalis dijatuhkan tetapi diganti pula dengan kerajaan sekular sosialis. Jika  itu berlaku, Pas perlu ambil masa 60 tahun lagi untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam.

"Saya harap semua memahami tuntutan semasa yang memerlukan kita buat persiapan secukupnya," katanya, ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-56, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad mahu ahli parti bekerja keras bagi menjadikan Pas sebagai parti pemerintah.

"Ahli Dewan Ulamak perlu mengambil peranan di posisi masing-masing berdepan PRU14 bagi menentukan siapa yang berkuasa di negara ini.

Menurutnya, perbahasan ulama wujud apabila negara  Islam yang disekularkan oleh penjajah Barat seperti nasionalisme dan sosialis telah menyempitkan ruang pemerintahan Islam.

"Taktik baru perangi Islam dan lemahkan gerakan Islam adalah mencipta dua versi Islam, iaitu  versi ekstremis dan liberal bagi memburukkan Islam  pada pandangan masyarakat dunia," katanya. - SH

26 April 2017

Mohamad Thaqif 'pulang' diiringi Yasin

Pelajar sebuah madrasah tahfiz swasta di Johor Bahru, yang dipercayai dipukul oleh seorang pembantu warden dilaporkan meninggal dunia ketika dibacakan Yasin hari ini.

Memetik kenyataan bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, Bernama melaporkan, keadaan pelajar berusia 11 tahun itu sedang tenat.

"Mohamad Thaqif Amin yang tenat meninggal dunia ketika kami sekeluarga sedang membacakan surah Yasin kepadanya," lapor agensi berita itu.

Beberapa media melaporkan Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang dijadual menjalani pembedahan tangan pagi ini tetapi ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

Dia disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, pada jam 2.05 petang tadi.

Mohd Gaddafi, 43, berkata beliau berharap semua pihak mendoakan yang terbaik untuk anaknya.

"Saya berharap semua pihak mendoakan yang terbaik ke atas anak saya, mendoakannya menjadi anak yang soleh," katanya.

Mohd Gaddafi yang adalah bekas pemain bola sepak Selangor berkata beliau sekeluarga reda dengan pemergian anak ketiganya daripada lima beradik itu.

Beliau berkata jenazah anaknya akan dibawa pulang ke Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi untuk dikebumikan di tanah perkuburan Felda berkenaan selepas bedah siasat selesai.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan tidak putus-putus berdoa terhadap kejadian yang menimpa anaknya.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Rabu lalu susulan dipukul oleh pembantu warden asrama madrasah itu yang berusia 29 tahun.

Semalam, keluarga Mohamad Thaqif memaklumkan tangan kanan pelajar itu mungkin terpaksa dipotong pagi ini kerana sudah bertukar hitam hingga ke paras siku.

Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong.

Sementara itu, portal Berita Harian Online memetik Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman, sebagai berkata, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan perintah reman ke atas pembantu madrasah tahfiz itu dilanjutkan sehingga Sabtu ini.

"Permohonan melanjutkan penahanan reman diluluskan tiga hari dari esok sehingga Sabtu ini oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi pagi tadi," katanya.

Ahad lalu, Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan polis menahan reman pembantu madrasah tahfiz sehingga esok bagi membantu siasatan kes pukul Mohamad Thaqif. - Malaysiakini

24 April 2017

Kenyataan Pas gambarkan parti bongkak: Mahfuz

SHAH ALAM - Kenyataan Pas yang mengarahkan pembangkang berundur dan memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding sendirian menentang Umno di menggambarkan parti itu sombong dan bongkak.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan daripada pengundi.

"Kenyataan sebegitu tidak membantu untuk bina keyakinan masyarakat terhadap Pas. Sebaliknya ia semakin menjarakkan hubungan Pas dengan masyarakat dan pengundi yang bukan terdiri daripada ahli Pas.

"Ahli tegar Pas mungkin akan rasa seronok. Tetapi Pas kena ingat yang kemenangan Pas terdahulu bukan bergantung kepada undi dan sokongan ahli Pas semata-mata," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Pas dilaporkan 'mengarah' parti pembangkang supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas arah pembangkang jangan tanding 80 kerusi pilihan]

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.

Menurut Mahfuz lagi, kenyataan yang dibuat Mohd Khairuddin juga seolah-olah​ menggambarkan rasa cemas Pas untuk mendepani PRU akan datang.

"Pas patut berundinglah (dengan Pakatan Harapan). Bertanding tak sampai 80 kerusi dahulu pun Pas tak pernah menang," katanya lagi. - SH

18 April 2017

Didakwa masukkan botol dalam kemaluan pelajar lain

BANDARAYA MELAKA - Empat pelajar perempuan sekolah pemulihan akhlak Tunas Bakti dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, atas pertuduhan memasukkan botol pewangi ketiak ke dalam kemaluan seorang penghuni lain.

Keempat-empat tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan objek iaitu sebotol pewangi ketiak ke dalam kemaluan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan.

Tindakan itu dilakukan kira-kira jam 5 petang di bilik Melor Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Tanjung Kling di sini pada 9 April lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dengan sebat.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd. Rawi memohon jaminan tidak dibenarkan dengan alasan bimbang salah seorang tertuduh akan menghilangkan diri kerana akan tamat tempoh perintah sekolah pemulihan akhlak pada Mei ini manakala tiga yang lain pada tahun depan.

Beliau bagaimanapun mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 setiap seorang dan syarat tambahan dikenakan sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara.

Peguam Andrew Lourdes yang mewakili keempat-empat tertuduh kemudian memohon tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan alasan kesemua berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Tambahnya, sekiranya jumlah tinggi dikenakan, tertuduh yang tidak mampu membayar akan di hantar ke Penjara Sungai Udang dan keadaan itu tidak sesuai bagi kesemua mereka yang masih muda.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di Sekolah Tunas Bakti sehingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Tertuduh juga diperintah untuk diasingkan daripada mangsa dan saksi-saksi perbicaraan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei depan untuk laporan perubatan. - SH

02 April 2017

‘Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk’

PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu hubungan dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin kini sudah rapuh.

"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya yang dipetik laporan mStar Online, hari ini.

Menurutnya, beliau kecewa kerana mahukan hubungan tersebut kekal abadi, namun beliau turut mengakui tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.

"Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, ALLAH adalah sebaik-baik perancang-Nya," katanya.

Mengenai punca perpisahan mereka, beliau memberitahu dirinya belum bersedia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah. - SH

01 April 2017

Ibu kuat merokok menyesal anak disah sakit jantung berlubang

Mikhael sakit jantung berlubang. FOTO ihsan Ita
Kuala Lumpur: Seorang ibu yang juga perokok diselubungi perasaan bersalah apabila anak ketiganya yang dilahirkan pada November lalu disahkan sakit jantung berlubang.

Mahu dikenali sebagai Ita, 30, dia menyesal kerana anaknya, Mikhael yang kini berusia empat bulan terpaksa menanggung akibat daripada perbuatannya yang merokok ketika mengandungkan anaknya itu.

Permit batal: Dialog Tun M, Nazri tidak jadi

Hussamuddin memaklumkan pembatalan dialog berkenaan.
SHAH ALAM - Sinar Harian sebagai penganjur kepada dialog antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, mengumumkan pembatalan program terbabit yang dijadualkan pada 7 April depan susulan pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis petang tadi.