LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

28 April 2017

Tak serik, janda dicekup kali kedua dengan suami orang

Admin | 8:51 PM |
Jitra: Tidak serik dicekup berkhalwat, sepasang kekasih ditahan kali kedua kerana melakukan perbuatan sama oleh anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), awal pagi semalam.

Mereka masing-masing berusia 25 dan 27 tahun baru ditangkap pada 10 April lalu jam 2.20 pagi di rumah sama di Kampung Aman, dekat sini, yang disewa wanita berstatus ibu tunggal beranak satu itu.

Bagaimanapun, perbuatan mereka sekali lagi terbongkar selepas anggota PADKP menerima maklumat awam dan membuat serbuan, jam 1.35 pagi semalam.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, tangkapan disertai lima anggotanya yang diketuai Muhammad Ihsanuddin Mohd Azahar dan mendapati pasangan itu berdua-duaan dalam rumah berkenaan.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, mereka adalah sukarelawan di sebuah agensi penyelamat di negeri itu dan mengaku sudah lama tinggal bersama di rumah itu.

“Lebih mengejutkan, mereka baru ditangkap lebih dua minggu lalu kerana melakukan perbuatan sama sehingga menimbulkan syak dalam kalangan masyarakat setempat.

“Lelaki itu masih berstatus suami orang dan gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka pasangan suami isteri, namun sebelum ini, mereka sanggup menipu jiran berhampiran kononnya sudah berkahwin untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa,” katanya, semalam.

Radzi berkata, ketika serbuan, hanya mereka berdua berada dalam rumah berkenaan manakala anak wanita itu dikatakan tinggal bersama ibunya di tempat lain.

Katanya, ketika itu lelaki berkenaan hanya berseluar pendek tanpa baju manakala pasangannya memakai seluar pendek paras paha serta berkemeja-T.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Radzi berkata, kes mereka dibicarakan serta-merta semalam dan dikenakan ikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan penjamin.

“Lelaki terbabit membayar jaminan manakala wanita itu gagal berbuat demikian dan dihantar ke Penjara Pokok Sena sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 2 Mei depan,” katanya. - HMetro

No comments :

Post a Comment