30 September 2014

Polis dedah gambar suspek godam ATM

SHAH ALAM – Polis hari ini mendedahkan gambar-gambar suspek dalam siri insiden kehilangan wang dari beberapa buah mesin ATM di negara ini.

28 September 2014

Kalau bukan kerana mereka, Khalid mungkin masih MB

PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).

26 September 2014

PAS 'menang boo, jawatan tergadai'

PAS tidak percaya kemerosotan undinya di Pengkalan Kubor angkara tiada sokongan Pakatan Rakyat. Bagi pemimpinnya Tuan Ibrahim Tuan Man, penambahan majoriti BN disebabkan gula-gula politik dan pengundinya dari luar daerah yang tidak kembali ke Kelantan.

BN menang besar di Pengkalan Kubur

Barisan Nasional menerusi calonnya Mat Razi Mat Ail berjaya mempertahankan kerusi Pengkalan Kubur dalam pilihan raya kecil hari ini dengan majoriti lebih besar berbanding majoriti diraih calon BN dalam pilihan raya umum lalu 1,736.

Kuota exco PAS dikurangkan ke 3, 2 exco lama gugur

Kuota empat kerusi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan menjadi tiga.

Dua exco senior PAS, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dalam barisan baru kepimpinan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. Mereka digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Kini exco PAS hanya Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus ‎Hairi dan Mohd Zaidy. Azmin mengumumkan 10 barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru‎. Kompisisi exco adalah 4 PKR, 3 PAS, 3 DAP. Elizabeth Wong Keat Ping Dr Da‎royah Alwi Nik Nazmi Nik Ahmad Amirudin Shari Datuk Teng Chang Khim Ean Yong Hian Wah V Ganabatirau Iskandar Abdul Samad Dr Ahmad Yunus Hairi Zaidy Abdul Talib – TMI

Komposisi Exco berubah, PKR ambil empat kerusi

SHAH ALAM - Komposisi barisan Exco Selangor akhirnya terjawab pagi ini apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai yang baharu dengan mengurangkan kuota Exco Pas.

Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.

"Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Senarai terbaru yang diumumkan Azmin sebentar tadi ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Amirudin Shari (PKR), Dr Dorayah Alwi (PKR) juga Elizabeth Wong (PKR).

Sementara barisan Exco Pas, Azmin mengekalkan nama Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi dengan satu muka baharu, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

24 September 2014

JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali

KLANG: Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) sedia memulakan jalinan kerjasama dengan Menteri Besar baru Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam usaha mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di negeri ini.

23 September 2014

Pemilihan exco Selangor dijangka selesai Khamis ini, kata Azmin

Pemilihan barisan exco kerajaan Selangor yang baharu akan selesai selewat-lewatnya Khamis ini sebelum majlis angkat sumpah jawatan itu berlangsung Jumaat, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata perbincangan akan dibuat untuk melihat, antara lain, kesesuaian komposisi exco daripada Pakatan Rakyat (PR) sejajar dengan titah Sultan Selangor supaya perkara itu diselesaikan segera.

Ditanya sama ada kedudukan 4 exco PAS dalam pentadbiran sebelum ini dikekalkan, beliau berkata sebarang keputusan mengenainya bergantung kepada perbincangan itu. "Kita akan cuba selesaikan rundingan dalam masa satu atau dua hari dan kita harap satu keputusan dapat dicapai sebelum Khamis, sebelum majlis angkat sumpah," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah di Klang, hari ini.

Azmin, 50, sebelum itu mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di istana berkenaan. Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, mengambil alih jawatan menteri besar daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerajui Selangor lebih 6 tahun bermula 2008.

Sallehen: Jangan label exco PAS pengkhianat

Bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi tidak mahu DAP mendakwa yang keempat-empat Exco PAS dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai “pengkhianat” kerana mereka bekerja untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, empat Exco PAS itu telah jelas menyatakan kedudukan mereka sebelum ini dan memohon Setiausaha Agung Lim, Guan Eng agar melihat kembali tindakan dan ucapan beliau dalam pentadbiran Pulau Pinang yang turut berkepentingan untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas apakah kenyataan Guan Eng tersebut.

“Jangan label Exco PAS sebagai pengkhianat.

Azmin Seorang Yang Berprinsip - Isteri

AMPANG: Shamshida Taharin menggambarkan suaminya, Azmin Ali yang baharu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebagai seorang yang berprinsip, profesional, sabar serta penuh semangat.

Shamshida,49, yang telah berkahwin dengan Azmin sejak 26 tahun, berkata: "Azmin seorang yang penuh semangat dan amat mengambil berat terhadap parti serta rakyat. Parti menjadi keutaamaannya dan dia mahu bekerja untuk rakyat.

"Ketika ditemuramah di rumahnya pada Isnin, Shamshida berkata, suaminya sangat teliti, teratur dan mahu menjadi sesuatu perkara itu selesai dengan yang dikehendaki".

Aktivis direman dakwa dipukul warden penjara, buat laporan polis

Aktivis Ali Abd Jalil, yang kini dalam tahanan reman selepas didakwa dengan hasutan, mendakwa dipukul seorang pegawai penjara pada malam pertama dibawa ke penjara Sungai Buloh.

Laporan polis yang dilihat The Malaysian Insider dibuat pada hari Sabtu oleh abangnya di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. Ali sebelum ini memaklumkan kepada keluarganya berkenaan dipukul apabila mereka melawatnya di penjara Sungai Buloh. Beliau dibawa ke penjara pada 8 September dan mendakwa dipukul seorang pegawai penjara yang mempunyai loghat Pantai Timur.

Pegawai penjara didakwa menumbuk, menampar dan memukul Ali menggunakan baton dan paip getah di dalam bilik kosong. Ali bagaimanapun berkata, pukulan itu tidak meninggalkan sebarang tanda atau kecederaan pada tubuhnya.

22 September 2014

MB: Azmin pilihan sultan

PETALING JAYA - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa esok.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor dijangka akan diadakan esok di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi.

Sementara itu, surat pelantikan bertarikh 22 September yang dikeluarkan pihak istana menamakan Adun Bukit Antarabangsa itu sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir  Bani dan telah menyerahkan surat pelantikan kepada Mohamed Azmin.

21 September 2014

'Bukan saya yang jadi MB Selangor' - Iskandar

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menafikan namanya 'naik' untuk menjadi Menteri Besar Selangor baharu yang akan diumum Selasa ini.

Katanya, dia difahamkan nama calon lain sudah diperkenan Istana Alam Shah untuk jawatan tersebut.

"Saya difahamkan bukan saya.

"Yang saya tahu nama orang lain sudah naik. Sudah jadi 'open secret'," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Iskandar mengulas kemungkinan bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu selain dua calon lain yang disebut-sebut iaitu ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Saifuddin: Tiada kompromi isu MB

PKR terus menafikan dakwaan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkompromi dan memberi persetujuan kepada calon lain sebagai menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan laporan bahawa Anwar bersetuju memberi laluan kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali sekiranya dipilih sultan Selangor Selasa ini, tidak tepat.

"Sebagai menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu pelantikan menteri besar Selangor yang baru, saya menegaskan bahawa PKR berpegang teguh kepada keputusan parti yang telah dibuat sebelum ini termasuk seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat Biro Politik minggu lalu.

Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah



Selepas dua hari muktamar ke-60 PAS yang hangat dengan perdebatan yang tegang, sebahagian besar pemimpin hari ini, memilih untuk merapatkan saf parti dengan gesaan bersatu dalam ucapan penggulungan mereka.

Namun, bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang terakhir berucap, beliau menggunakan peluang berkenaan membidas PKR yang didakwa mencuri dua barua PAS bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar. - Mkini Video

20 September 2014

Islam UMNO, Pas kongsi matlamat

MUHYIDDIN Yassin (kanan) beramah mesra dengan sebahagian jemaah dalam Majlis Jamuan Rakyat selepas solat Jumaat di Masjid Hidayatul Mustaqim, Tumpat, Kelantan, semalam.
TUMPAT 19 Sept. - Perbezaan pendapat dan ideologi politik merupakan perkara lumrah yang berlaku di mana-mana, namun tidak sepatutnya menjadikan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

'Berdoa waktu bahas, lepas ini kita baca talkin'

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyindir perwakilan Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin yang membacakan doa dalam ucapan untuk mengecam beliau dan dua ADUN Selangor semalam.

15 September 2014

UPSR: Guru besar antara empat individu direman

Empat suspek ditahan semalam dengan kaitan kebocoran kertas soalan UPSR dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 September, 2014.
PUTRAJAYA - Seorang guru besar, dua guru dan seorang ejen insuran direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

11 September 2014

Tahanan reman 11 pegawai kastam dilanjut

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam memperoleh kebenaran Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk melanjutkan tempoh reman ke atas 11 pegawai kastam pelbagai pangkat bagi membantu siasatan kes berkaitan penyeludupan barang-barang yang tidak dibayar duti kastam.

Semalam, mahkamah juga membenarkan tahanan reman selama tujuh hari ke atas seorang lagi pegawai kastam yang ditahan semalam. Dia ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Enam daripada 11 pegawai kastam dilanjutkan reman selama tujuh hari termasuk seorang "Datuk" dan empat lagi disambung reman sehingga esok.

09 September 2014

Hadi langgar perlembagaan parti, kata biro undang-undang PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

 Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara. Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

05 September 2014

Kecewa dengan Azmin, Hadi calonkan sendiri 3 Adun PAS

Kecewa dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah sendiri mencalonkan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor. Hadi mengambil tindakan itu selepas Azmin yang menjadi calon pilihannya menolak secara terbuka kerana mahu memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lebih mengecewakan Hadi apabila PKR dan DAP juga menolak mentah-mentah keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat 17 Ogos lalu melalui keputusan bersama Pakatan Rakyat pada hari yang sama. Keputusan itu diambil PR walaupun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (juga dikenali sebagai Mat Sabu) turut berada dalam mesyuarat itu mewakili parti Islam itu.

"Dia sudah malukan PAS, jadi takkan hendak letak nama Azmin lagi? PAS pun ada maruah," kata sumber daripada kerajaan negeri. Sumber itu turut mengesahkan semua tiga nama Adun terbabit adalah daripada PAS dan tidak ada seorang pun daripada PKR. Katanya, Hadi menghantar surat pencalonan itu kepada istana pada 2 dan 3 September atas keputusannya sendiri tanpa pengetahuan AJK PAS Pusat dan PAS negeri.

Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baharu' Dalam PAS

Bagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun.
 
Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam.
 
Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.

01 September 2014

Saya akan terus bersuara pertahan imej Islam, kata Khalid Samad

Pertama, ahli Parlimen Shah Alam itu menimbulkan kemarahan Sultan Selangor selepas mencadangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dibendung dan didakwa mengikut Akta Hasutan kerana kenyataannya itu.

“Sudah tentu saya ketakutan. Sudah tentu saya bimbang bagaimana reaksi orang ramai dan apa yang mereka fikirkan tentang saya,” kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider. Walaupun beliau berkemungkinan besar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, Khalid berikrar tidak akan mengalah dan mengorbankan prinsipnya.