28 September 2014

Kalau bukan kerana mereka, Khalid mungkin masih MB

PETALING JAYA - Kalau bukan kerana tindakan dua Adun Pas yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, mungkin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal sebagai menteri besar.

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rashyakaran berkata, tindakan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib inilah yang mengubah haluan krisis politik Selangor dan akhirnya membawa kepada penyelesaian konflik.

"Walaupun pada asalnya sokongan itu dibuat untuk Wan Azizah, tetapi akhirnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipilih.
"Mereka ini bukan pengkhianat, mereka ini perwira rakyat. Disebabkan mereka, cubaan Umno untuk bergabung dengan Pas dan membentuk kerajaan di Selangor tidak berjaya," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam DAP di sini, malam ini.

Katanya lagi, tindakan dua Adun tersebut dianggap wira kerana menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR).


Hasnul dan Shaari adalah dua ahli Pas masing-masing Adun mewakili kawasan Morib dan Hulu Kelang yang menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.

Tindakan dua Adun tersebut jelas tidak diketahui pimpinan Pas dan mereka kini berhadapan dengan tindakan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Pas Pusat.

Turut hadir dalan majlis tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Adun Morib,  Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Klang, Shaari Sungib. - SH


Berita Terdahulu

4 comments:

  1. Pkr dialu2kan utk mengambil mereka berdua...but then sape nak? If u could fuck ur current boss..u will do the same to your new boss. So...jdlah useful idiots. So ckpla pujian tinggi langit...tgk sejarah msia sudahla...those that betrayed party struggle...biasanya xkemana. Ask this two idiots...how it felt bila tgk org2 pas yg istiqomah dan bendera pas...muka rasa tebal ke...atau muka rasa bangga. Disitu dh tau samada ada barakoh atau tdk.

    Di dunia dh hina...di akhirat lbh dahsyat hina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka berdua ni adalah hero kpd pakatan. klu bertanding parti apa sekalipun mereka ttp akn menang. Mereka ttp akan dikenang.

      Delete
  2. Allah bless hasnul n shaari aamiin.

    ReplyDelete