Barisan Nasional menerusi calonnya Mat Razi Mat Ail berjaya
mempertahankan kerusi Pengkalan Kubur dalam pilihan raya kecil hari ini
dengan majoriti lebih besar berbanding majoriti diraih calon BN dalam
pilihan raya umum lalu 1,736.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat 9,948 undi berbanding
calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim yang memunggut sebanyak 7,322. Majoriti
ialah sebanyak 2,626. Calon bebas hanya mengutik 38 undi dan mampos
deposit.
Daripada 12 peti undi Pas hanya menang di tiga peti undi sahaja, iaitu
Kampung Tebing, Kampung Genting dan Kedai Genting. Kekalahan Pas ini
memberi pengertian besar buat Pas untuk menilai kekuatan dan keupayaan
parti itu bagi mempertahankan Kelantan pada pilihan raya akan datang.
Walaupun kekalahan itu sudah dijangka, tetapi ia mengejutkan kerana
majoriti besar dipunggut calon BN. Keputusan pilihan raya itu juga
memberi kemenangan moral buat Mustapa Mohamed selaku ketua Umno
Kelantan, manakala ia seakan memulakan momentum kemuraman zaman
kehebatan
Pas Kelantan. - www.msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment