LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

31 December 2011

(Video) Detik Terakhir Wardina Safiyyah di MHI

Admin | 11:09 PM | Be the first to comment!


Chef Wan Tutup Akaun Facebook Elak Berbalah

Admin | 7:57 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) mengambil langkah sempena tahun baru untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Chef Wan berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.

"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu.

Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.

"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu.

Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.

"Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak," ujarnya. - Mstar

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000

Admin | 7:51 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM: Selepas sembilan minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak Mega berjaya menjadi milik kumpulan Osbon apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat.

Kemenangan Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Os) dan Sharizan Ahmad (Abon) itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat.

Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah.

Juri tetap terdiri daripada Datuk Redzuawan Ismail (chef Wan), Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hassan.

Sementara itu mengulas kemenangan mereka Osbon berkata, kemenangan ini adalah rezeki buat mereka berdua dan tidak pernah meletakkan harapan untuk menang.

Bagaimanapun mereka katanya, sentiasa bersedia dengan pelbagai konsep dan idea berbeza setiap kali tampil di pentas.

"Pihak juri sentiasa memberikan komen yang pedas tetapi membina atas sebab itu kita sentiasa perlu bersedia dengan idea dan konsep baru untuk memenangi hati mereka dan penonton," ujar mereka.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 30 Oktober lalu. - Mstar

Tan Sri Ambrin Buang

Admin | 7:41 PM | Be the first to comment!
Ketua Audit Negara (gambar kiri) ini pasti akan terus diingati kerana mengeluarkan Laporan Audit Negara 2010 dengan skandal terbesar untuk tahun ini apabila menyatakan keluarga Datuk Seri Shahrizat telah menimbulkan kekacauan dalam projek penternakan negara. Skandal ini juga membuktikan NFC menggunakan sumber kerajaan melalui pinjaman mudah sebanyak RM250 juta.

Tahun demi tahun sejak 2006 menyaksikan, kakitangan awam ini melakukan tugasnya menyemak akaun kerajaan dan menyaksikan jutaan ringgit duit rakyat dibazirkan kerajaan.

Tahun demi tahun juga menyaksikan pembangkang turun ke padang membawa laporan pembaziran dan penyelewengan dana berkenaan sementara kerajaan berterusan mengabaikan cadangannya supaya menampal kebocoran tersebut.

Dalam temu ramah bersama The Malaysian Insider, Ambrin mengaku dirinya “kecewa”, tapi turut menyatakan penambah baika sedang berlaku.

Pentadbiran Najib jelasnya baru-baru ini telah melantiknya untuk menjadi jawatankuasa eksekutif dalam projek infrastruktur terbesar negara yang bernilai RM56 bilion, Projek Transit Rapid Massa (MRT) Lembah Klang untuk memastikan projek berkenaan akan menjadi lebih telus. ia merupakan Ketua Audit pertama mendapat tawaran tersebut. - TMI

30 December 2011

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC

Admin | 7:57 PM | Be the first to comment!
Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.

Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah.

Tidak bayar jamin

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau.

Ketua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini.

Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari.

Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan.

Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember.

Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember. - Malaysiakini

* Seperti orang buta, lain yang disuruh lain yang dipukul...

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor

Admin | 7:50 PM | Be the first to comment!
Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama. - Malaysiakini

* Harap polis juga siasat jika ada orang Melayu membeli kepala babi baru-baru ini. Orang yang meletakkannya tahu pegang babi itu najis berat itu sebab dia dicampak bersama bungkusan. Tapi ramalannya kes ini akan hilang begitu sahaja...

ASPIRASI kecam demo sokong Anwar, Adam Adli

Admin | 7:42 PM | Be the first to comment!
Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) hari ini menggesa para pelajar supaya menumpukan perhatian kepada peperiksaan dan tidak menyertai satu perhimpunan untuk menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari.

Presiden persatuan pro-BN itu, Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya turut mengecam satu lagi perhimpunan akan diadakan esok untuk menyokong seorang pelajar pro-Mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim.

Adam Adli, seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, berdepan tindakan tatatertib ekoran tindakannya menurunkan satu kain bercetak wajah perdana menteri dalam satu perhimpunan pelajar pro-Mahasiswa sebelum ini.

Mengulas rancangan perhimpunan tersebut, Mohd Shahar berkata tindakan berkenaan merupakan satu "petanda amat teruk kepada demokrasi negara."

"Kita mahu kampus kita menjadi aman, menjadikan mahasiswa berfikiran rasional," katanya yang bimbang jika terdapat pelajar ditahan polis memandangkan peperiksaan di universiti semakin hampir.

Katanya, para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, juga tidak perlu menyertai perhimpunan 9 Januari – tarikh keputusan perbicaraan kes Liwat II terhadap Anwar.

"Bukan isu Anwar menjadi topik dalam peperiksaan. Sekiranya (mereka) terlibat, kita rasa ia tidak perlu berlaku, dan kita mengecamnya," katanya.

Mohd Shahar (kiri) yang turut mengetuai satu demonstrasi pelajar pro-Aspirasi pada 21 Disember lalu juga berkata, persatuan itu tidak menyalahkan mahasiswa tetapi pihak tertentu yang menggunakan pelajar universiti untuk berdemonstrasi.

Katanya lagi, persatuan itu juga akan menganjurkan siri 'Jelajah Aman Kampus' di 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan lima universiti swasta apabila semester baru dibuka pada pertengahan Februari depan.

Jelajah tersebut akan disertai 15 NGO antaranya Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GPMM), Gagasan Pelajar India 1Malaysia dan kumpulan Penggerak Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM).

Jelajah tersebut antara lain bertujuan untuk mempromosi keharmonian dan kedamaian bagi memastikan keamanan setiap kampus dipelihara, katanya.

Selain itu, mereka mahu memastikan pembangunan sahsiah dan akademik dititikberatkan oleh pelajar serta meningkatkan semangat patriotisme dan intelektual di kalangan mahasiswa, katanya lagi.

Mohd Shahar berkata, persatuan itu juga tidak mahu demokrasi kampus disalahertikan dan dipesongkan untuk kepentingan pihak tertentu dan tidak mahu mahasiswa terlibat dengan demonstrasi jalananan sehingga menjejaskan pencapaian akademik.

Selain itu, jelajah ini juga akan mengelakkan mahasiswa dari terlibat dengan masalah soasial dan jenayah seperti menjadi keldai dadah, isu seks seperti lesbian, gay dan perkahwinan sejenis.

Acara kemuncak jelajah tersebut merupakan perhimpunan raksasa yang dijangka akan dihadiri perdana menteri bersama kira-kira 5 ribu anak muda, bekas mahasiswa dan NGO. - Malaysiakini

* Akibat dengki Adam Adli jadi hero...

Rasuah: Bekas pegawai kanan DIGI didenda RM2.075j, 4 tahun penjara

Admin | 7:39 PM | Be the first to comment!
Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2.075 juta oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas 14 pertuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM415,000 daripada sebuah syarikat.

Hakim Asmadi Hussein menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, S. Stanley, 39, dari Bandar Kinrara, Puchong, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh boleh dipenjara selama 14 tahun sekiranya dia gagal membayar denda.

Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan Stanley untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah turut menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM50,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri di balai polis terdekat pada Ahad pertama setiap bulan.

Stanley didakwa memperoleh wang itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn Bhd sebagai dorongan untuk memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada Digi Telecommunication.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini, antara 13 Ogos 2007 dan 22 Okt 2008.

Sepanjang perbicaraan, seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Sinti manakala tertuduh diwakili oleh peguam M.Athimulan.

- Bernama

* Rakyat biasa rasuah rendah hukuman tinggi. Kroni rasuah tinggi hukuman rendah. Rakyat akan 'ajar' dalam pilihanraya nanti...

29 December 2011

Graduan Indonesia digantung

Admin | 11:13 PM | Be the first to comment!
ALOR SETAR 28 Dis. - Seorang graduan dalam jurusan perbankan dari Jakarta, Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 841.63 gram dadah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas Maggie Taissya Olivia, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

‘‘Mahkamah tiada pilihan melainkan menjatuhkan hukuman mati kepada tertuduh memandangkan keterangan pihak pembelaan tidak dapat menyangkal anggapan bahawa kamu membawa dadah di dalam beg yang dibawa.

‘‘Malahan tertuduh sendiri mengetahui ada dadah di dalam begnya,’’ kata Mohd. Zaki.

Wanita itu yang sebelum ini merupakan seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat di Jakarta didakwa mengedar 656.15 gram heroin dan 185.48 gram monoacetylmorphines pada 20 September tahun lalu kira-kira pukul 12.15 tengah hari di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik dilihat menangis teresak-esak setelah hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shuhada Md. Yatim, manakala tertuduh diwakili peguam A.J. Surinarayanan. - Utusan

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail

Admin | 11:08 PM | Be the first to comment!
SEPANG — Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas.

Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.

Bagaimanapun Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes. — BERNAMA

28 December 2011

SBPA: Keputusan Turunkan Markah Suntik Semangat Penjawat Awam

Admin | 9:27 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi suntikan semangat bagi semua penjawat awam.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan berkata langkah itu membuktikan kerajaan tidak pernah membelakangkan keperluan dan kehendak semua penjawat awam di negara ini.

"Ia satu tawaran yang cukup menyeronokkan terutama bagi warga pendidik dan saya bagi pihak 450,000 ahli merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan JPA," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan JPA semalam untuk menurunkan markah penilaian prestasi daripada 75 kepada 65 setelah mengadakan perbincangan hampir lima jam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Putrajaya.

Di bawah SBPA asal, seseorang penjawat yang memperolehi markah prestasi kurang daripada 75 tidak layak untuk menikmati kenaikan gaji.

Keputusan itu turut disambut baik Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia yang menganggap langkah tersebut membuka peluang lebih luas untuk penjawat awam menikmati kenaikan gaji terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Presidennya Hamzah Masri berkata keputusan itu merupakan sesuatu yang dinantikan oleh lebih 3,000 anggota kesatuan yang sebelum ini bimbang tidak dapat menikmati kenaikan gaji jika gagal mencapai markah yang ditetapkan.

"Bukan senang nak capai 75 tapi bila dah turunkan ke 65, memang kita sambut baik," katanya.

Hamzah berharap perkara yang dibangkitkan dalam rundingan semalam dapat diperincikan dan tidak ada yang terlepas pandang demi kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini.

Pendapat sama turut disuarakan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Abdul Rahim Jantan yang menyifatkan langkah itu sebagai menghargai warga perkhidmatan awam.

Beliau turut berterima kasih kepada JPA yang setuju menyelaras semula markah bagi pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) daripada 70 kepada 60.

"Walaupun markah itu diturunkan, namun ia tidak boleh dipandang mudah oleh penjawat awam, sebaliknya tunjukkan prestasi yang baik sebagai tanda terima kasih," katanya.

Dasar Pemisah menetapkan seseorang penjawat awam boleh dibersarakan awal jika memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang rendah iaitu kurang 70 peratus.

Seorang jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor yang mahu dikenali sebagai Zarina, 32, berkata keputusan JPA itu memberi peluang kepada semua penjawat awam untuk mendapat manfaat daripada SBPA.

"Ini memang baguslah, saya suka tapi kalau boleh bagi penjelasan lebih lanjut tentang skim ini sebab masih tak berapa faham," katanya.

Nordin Hamid, 39, seorang Penerbit Rancangan di Radio Televisyen Malaysia juga sependapat dengan Zarina yang mahu penjelasan terperinci mengenai skim itu diberikan.

"Saya sambut baik skim ini banyak kebaikannya tapi kalau boleh nak penjelasan lebih banyak tentang faedah lain yang bakal dinikmati," katanya. - BERNAMA

* Kalau rakyat terutama kakitangan kerajaan tahu berapa kenaikan yang diterima 'Kumpulan Pengurusan Tertinggi'. Dan ini kemungkinan mengapa 'lampiran C' lambat dikeluarkan dan tandatangan borang begitu tergesa-gesa seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu. Pilihanraya ini BN akan tumbang kerana SBPA...

Anwar jelajah semenanjung sebelum keputusan Liwat II

Admin | 7:50 PM | Be the first to comment!
Menjelang keputusan perbicaraan kes Liwat II pada 9 Jan, jadual ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim padat dengan acara ceramah.

Beliau akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Tempoh berkenaan, antara 3 hingga 8 Januari diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Anwar dipetik AFP sebagai berkata, ramai yang mendoakan supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Beliau juga akan menggunakan peluang dalam siri ceramah berkenaan untuk menjelaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Sekiranya didapati bersalah, bekas timbalan perdana menteri itu dijangka akan dihumban ke penjara sedangkan pilihan raya umum dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Walau "optimis" dengan peluangnya untuk dibebaskan, Anwar berkata beliau bersedia untuk menghadapi keadaan yang paling buruk. - Malaysiakini

Kemelut selesai, Hasan Ali temui Nik Aziz

Admin | 5:42 PM | Be the first to comment!
Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telahpun membuat pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau juga telah membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di kediaman rasminya semalam sebagai tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. - Malaysiakini

David Teo terima pangkat Mejar

Admin | 3:15 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Penerbit filem terkenal, David Teo (gambar) semalam menerima anugerah Tauliah Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang membawa gelaran Mejar (Kehormat).

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG) berkata, penganugerahan itu memberikan semangat kepadanya untuk terus melibatkan diri dalam pasukan Askar Wataniah di samping mempromosikan pasukan tersebut kepada orang ramai terutama golongan belia.

"Pada dasarnya saya dijemput oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mempromosikan Askar Wataniah, tetapi dengan penganugerahan ini, saya anggap sebagai bonus untuk saya terus mempromosikan Askar Wataniah kepada orang ramai di luar sana. - Kosmo

Gaji kurang RM5,000 dapat caruman baharu

Admin | 3:13 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Kira-kira 5.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan mendapat kadar caruman majikan lebih tinggi berkuat kuasa Januari ini.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar caruman berkanun majikan dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus sebelum ini sebagai rangsangan dalam simpanan persaraan pekerja.

"Kenaikan tersebut akan memberi faedah kepada 5.3 juta pekerja yang mana 92 peratus daripada mereka ialah ahli aktif KWSP," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, jelas Nik Affendi, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Menurutnya lagi, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji kurang daripada RM5,000 juga layak menikmati faedah itu. - Kosmo

Tiada Lagi Yuran Sekolah, Bantuan Tambahan Diterima

Admin | 2:55 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Kira-kira 457,000 murid Tahun Satu akan memasuki alam persekolahan tahun depan tanpa perlu membayar yuran buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan negara.

Mereka adalah sebahagian daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara yang mendapat faedah daripada dasar pendidikan percuma yang diumumkan baru-baru ini dan juga menikmati bantuan tambahan RM100 sebagai persediaan untuk sesi baru persekolahan akan datang.

Pelajar Tingkatan Enam, bagaimanapun, akan menerima baucar buku bernilai RM200 sebagai gantian kepada bantuan persekolahan itu.

Pengumuman mengenai pendidikan percuma dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lepas dan disambut baik rakyat.

Semasa mencadangkan perkara itu, Najib berkata ia bertujuan memastikan semua kanak-kanak Malaysia tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan mampu.

Sebelum ini, pelajar sekolah rendah dan menengah, masing-masing dikehendaki membayar RM24.50 dan RM33.50 untuk ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan premium perlindungan insurans.

Penghapusan bayaran tersebut melibatkan peruntukan tambahan RM150 juta.

Di bawah Belanjawan 2012, RM50.2 bilion diperuntukkan untuk sektor pendidikan di samping RM1.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus.

Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengarusperdanakan bidang pelajaran dan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik.

Banyak pihak khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional menganggap pemansuhan yuran pelbagai bagi pelajar sekolah rendah dan menengah mulai sesi persekolahan akan datang ini sebagai hadiah sangat bermakna untuk rakyat.

Bantuan RM100 kepada pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima itu bertujuan membantu meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah, lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak.

Bantuan itu yang disambut baik dan dinanti-nantikan oleh orang ramai, telah dipersoalkan oleh pembangkang di Dewan Rakyat, dengan mengatakan pengagihan wang itu yang dilaksanakan sejak November lepas, sebagai " tidak mengikut prosedur kerana peruntukannya hanya diluluskan bagi tahun 2012."

Kementerian Pelajaran bagaimanapun menjelaskan bantuan itu diambil terus daripada Dana Akaun Pembayaran Perbendaharaan Yang Disatukan untuk tahun ini, yang sudah diluluskan oleh Perbendaharaan, jadi kementerian tidak perlu menggunakan peruntukan daripada belanjawan tahun depan bagi tujuan itu.

Ada juga sesetengah sekolah yang tidak menyerahkan kesemua wang RM100 itu kepada pelajar yang telah menyebabkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang kali mengingatkan sekolah-sekolah berkenaan supaya mengembalikan baki wang bantuan itu.

Selain memberi pendidikan percuma dan bantuan kewangan itu, keputusan Kabinet mengenai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) turut menjadi topik hangat perbincangan pada tahun ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan baru-baru ini bahawa program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia akan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah rendah pada tahun 2016 dan di sekolah menengah pada 2021.

Keputusan itu membuktikan kerajaan sedia menyahut dan menimbangkan supaya pelaksanakan dasar-dasar baru itu tidak menyusahkan sehingga boleh menjejaskan prestasi pelajar di sekolah. Pelajar yang sudahpun mengikuti pelajaran di bawah sistem PPSMI boleh meneruskannya sehingga tamat, dan pada waktu yang sama murid-murid yang baru memasuki sekolah dikehendaki mengikut sistem baru dikenali program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

PPSMI diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003 bagi tujuan meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains dan Matematik. Namun implikasi PPSMI ke atas identiti kebudayaan dan keperibadian negara telah dibahaskan sejak ia mula dilaksanakan.

Dalam Belanjawan 2012 yang diluluskan baru-baru ini, sektor pendidikan juga menerima beberapa peruntukan lain termasuk dana khas RM1 bilion bagi pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan sekolah-sekolah serta baucar buku untuk pelajar di institusi pengajian tinggi.

Tanpa melupakan golongan guru, Perdana Menteri juga mengumumkan lima kaedah kenaikan pangkat untuk mereka yang akan berkuat kuasa 1 Jan, 2012.

Lima kaedah itu yang hanya terpakai bagi profesioan perguruan terdiri daripada kenaikan mengisi kekosongan, kenaikan khas untuk penyandang, kenaikan berdasarkan tempoh, kenaikan untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Kaedah baru kenaikan pangkat itu diharapkan dapat menaikkan semangat kira-kira 480,000 orang guru di seluruh negara, untuk memberi perkhidmatan pendidikan yang lebih baik kepada negara.

Muhyiddin berkata insentif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan awam pada keseluruhannya. - BERNAMA

* Hasil daripada pembangkang yang kuat...

Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

Admin | 2:43 PM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA 27 Dis. - Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

"Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

"Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.

"Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

"Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal," katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji secara teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yang timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara.

"Tetapi SBPA mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik," katanya. - Utusan

Pemimpin PKR ditahan berhubung akaun Twitter 'palsu'

Admin | 2:38 PM | Be the first to comment!
Pemimpin popular PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan polis semalam berhubung tulisan yang didakwa berunsur hasutan yang didakwanya adalah akaun twitter "palsu".

Menulis di twitternya malam tadi, beliau yang dikenali sebagai CheguBard berkata, beliau baru sahaja dibebaskan dengan jaminan polis kerana Umno telah membuat laporan polis di Ampang mengenai akaun Twitter dengan nama AMK Rembau yang dikatakan menghina institusi beraja.

Beliau menegaskan bahawa akaun AMK Rembau itu tidak ada sebarang kaitan dengan cabang Pemuda PKR itu tetapi menurutnya,
polis merampas telefon Blackberry miliknya dan cuba mencari komputer ribanya dan komputer cabang tersebut.

Semakan Malaysiakini mendapati tidak terdapat akaun Twitter atas nama AMK Rembau, walaupun carian untuk akaun di laman mikro-blogging itu menunjukkan satu hasil - akaun yang dikenali sebagai Umno Baru.

AMK adalah nama singkatan bagi sayap Pemuda PKR.

CheguBard berkata, akaun "palsu" itu sudah beroperasi semasa pemilihan sengit parti itu tahun lepas dan dia mendakwa ianya dikendalikan oleh mereka yang mahu memburuk-burukkannya.

Chegubard, yang tewas dalam pertandingan jawatan ketua AMK kepada penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin, menambah bahawa terdapat juga akaun palsu di laman rangkaian sosial Facebook.

Dalam satu kenyataan berasingan, ketua AMK Rembau, Md Sani Mohd Shah turut menegaskan bahawa cabangnya tidak ada kaitan dengan akaun AMK Rembau.

Beliau yakin akaun tersebut telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan cabang tersebut.

"Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai," tegasnya.

Sehubungan itu, Md Sani berkata, AMK Rembau memberi amaran kepada mereka di belakang akaun AMK Rembau supaya menghentikan politik kotor tersebut.

"Kamu sudah menang terus bekerja jangan setiap kali kamu gagal melakukan sesuatu maka cheguBard dan kawan-kawan disalahkan," tegasnya.

Md Sani juga menggesa pihak parti menyiasat dakwaan berlaku penipuan dalam pemilihan parti.

"Kami lama menahan sabar, kami pendam demi kepentingan parti. Namun kami terus dilihat jahat. Adakah kerana sesekali bersuara keras terhadap kepincangan pemilihan dalam parti kami dilihat kianat atau merengek?" tegasnya lagi.

Sewaktu pemilihan parti itu, Chegubard pernah menulis kepada presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya dijalankan siasatan terhadap dakwaan berlaku penipuan undi. - Malaysiakini

* Laju je polis...

China bina lapangan terbang tertinggi di dunia

Admin | 7:10 AM | Be the first to comment!
BEIJING 28 Dis. – China bakal membina sebuah lapangan terbang tertinggi di dunia di wilayah Nagqu, Tibet, tahun depan, lapor media hari ini.

Lapangan terbang Nagqu akan dibina pada ketinggian 4,436 meter dari aras laut dan lebih tinggi berbanding lapangan terbang di pekan Qamdo yang memiliki ketinggian 4,334 meter dari aras laut.

Pembinaan lapangan terbang itu akan memakan belanja sebanyak AS$280 juta (RM868 juta) dan dijangka beroperasi dalam tempoh tiga tahun akan datang. – REUTERS

27 December 2011

Mesir arah henti pemeriksaan dara

Admin | 11:02 PM | Be the first to comment!
KAHERAH 28 Dis. – Mahkamah Mesir hari ini mengarahkan tentera kerajaan agar menghentikan pemeriksaan dara terhadap tahanan wanita di penjara-penjara ketenteraan.

Keputusan itu diperoleh selepas Samira Ibrahim mengemukakan kes berikutan beliau dipaksa menjalani pemeriksaan dara ketika ditahan pada April lalu akibat menyertai tunjuk perasaan di Dataran Tahrir.

“Mahkamah Mesir mengarahkan agar pemeriksaan dara terhadap tahanan-tahanan wanita dihentikan,” kata Hakim Aly Fekry. – REUTERS

2 warga Nigeria ditahan, dadah RM50,000 dirampas

Admin | 11:02 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR - Dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lepas, dua lelaki warga Nigeria berjaya diberkas polis yang turut merampas dadah bernilai hampir RM50,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dua lelaki terbabit termasuk seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi swasta ditahan pada 22 Disember lepas.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Mohmad berkata, suspek pertama berusia 27 tahun ditangkap kira-kira 10.30 malam di sebuah restoran di Taman Melati, Wangsa Maju selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 15 ketulan tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja dan satu paket plastik berisi dadah disyaki syabu yang diletakkan di dalam kereta suspek.

"Kita percaya suspek sedang menunggu pelanggan bagi mengedarkan dadah tersebut,” katanya. - BERNAMA

Pegawai polis kena tetak ketika serah saman

Admin | 11:00 PM | Be the first to comment!
ALOR SETAR - Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd. Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.

Beliau berkata, suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.

"Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd. Firdaus. - BERNAMA

* Pelik...

26 December 2011

(Video) Najib VS Sultan Brunei : ISU HUDUD - Malaysianews

Admin | 9:44 PM | Be the first to comment!


(Video) Al-Ustaz UMNO Fathul Bari - Malaysianews

Admin | 9:32 PM | Be the first to comment!


Polis menahan semula lelaki dikaitkan dengan skandal NFC

Admin | 9:23 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 26 Dis – Lelaki yang ditahan pihak polis selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan melakukan cubaan merasuah pegawainya dengan sejumlah RM1.7 juta telah ditahan semula pihak polis.

Ahli Perniagaan berusia 45 tahun itu yang ditahan sejak Rabu lalu dibebaskan selepas reman kali keduanya tamat semalam.

Dia kemudiannya ditahan semula pihak polis atas dakwaan kes berlainan semalam.

Terdapat spekulasi bahawa lelaki berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Eksekutif NFC tersebut menafikan perkara berkenaan.

Menurut pihak polis, lelaki berkenaan ditahan atas dakwaan cubaan merasuah tiga hingga empat orang pegawai atasan polis berkaitan kes jenayah komersial.

Suspek sebelum itu dikehendaki untuk siasatan berhubung kes penipuan yang dilaporkan tiga minggu lalu di Cheras dan juga kes berasingan di Bercham, Ipoh.

SPRM turut menjalankan siasatan terhadap skandal NFC tersebut, bertentangan dengan kenyataan sebelum ini yang menyatakan ia terletak di bawah kuasa polis.

Badan berkenaan sebelum ini menyerahkan kes tersebut kepada polis yang kini menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah.

Namun demikian, SPRM turut mendedahkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas diketuai Pengarah Siasatan SPRM Datuk Haji Mustafar Ali untuk menyiasat penyelewengan dana kerajaan tersebut.

Jumaat lalu, badan berkenaan telah melakukan serbuan terhadap pejabat NFC dan turut merampas satu unit komputer dan empat sampul surat berisi dokumen berkaitan skandal terbabit.

Berikutan siri pendedahan terhadap skandal NFC tersebut, PKR telah membuat permintaan agar SPRM menyiasat skim berkenaan yang telah disalah gunakan.

Wakil parti berkenaan telah membuat laporan polis di pejabat SPRM di Shah Alam dan menyerahkan dokumen lengkap yang didakwa bukti salah laku berkenaan.

PKR mula mengambil tindakan terhadap apabila skandal ini apabila sejumlah RM250 juta dana kerajaan telah diselewengakan seperti yang dilaporkan oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Sejak itu, komponen Pakatan Rakyat berkenaan semakin aktif mengeluarkan bukti-bukti berkaitan skandal terbabit termasuk penggunaan dana berkenaan untuk percutian Datuk Seri Shahrizat dan keluarganya ke luar negara danpembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar. - TMI

Serangan mengejut awal pagi

Admin | 2:11 AM | Be the first to comment!
JOHOR BAHRU – Hajat seorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO) untuk menikmati segelas teh tarik di sebuah restoran berkecai apabila dia mati selepas ditetak tiga lelaki bertopeng di Taman Puteri Wangsa di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu menyebabkan Abbas Abu Bakar (gambar kecil), 45, mati di tempat kejadian dengan beberapa kesan tetakan di badan dan kepala.

Difahamkan, mangsa datang ke restoran berkenaan bersama dua lagi rakannya.

Bagaimanapun, selepas dua rakannya beredar, mangsa tinggal seorang diri kerana ingin menikmati segelas lagi teh tarik sebelum pulang ke rumah.

Ketika itulah, tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang dipercayai muncul lalu menyerang Abbas. Pembunuhan itu dikatakan berkait rapat dengan unsur dendam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang terus menyerang mangsa sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan menurut saksi, mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

“Pada tubuh mangsa terdapat kesan cedera di beberapa anggota badan dan kepala akibat ditetak,” katanya ketika dihubungi semalam. - Kosmo

* Malaysia ini katanya mereka aman dan selamat di bawah pemerintahan Umno...

25 December 2011

Mustafa 'kunci mulut' anggap isu Hasan selesai

Admin | 11:48 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri) berkata, beliau tidak akan lagi membuat sebarang ulasan berhubung exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan 'kunci mulut', sesuai dengan janjinya sebelum ini bahawa jika Hasan tidak lagi menyerang PAS, maka dia juga akan berhenti mengulas tentang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Seperti saya janji sebelum ini bila dia (Hasan Ali) berhenti serang PAS maka saya akan tutup mulut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Hasan pada sidang media di kediamannya semalam.

Pada sidang media tersebut, Hasan menyatakan permohonan maafnya kepada pimpinan dan ahli PAS kerana mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang telahpun dipersetujui dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Hasan juga sebelum ini menyifatkan PAS tergelincir dari perjuangan Negara Islammya apabila memperkenalkan konseb Negara Berkebajikan.

Menyesali pandangannya itu sebagai 'keterlanjuran kata', Hasan juga semalam bertindak menarik balik kritikan tersebut.

"Bagi saya dia dah mintak maaf sungguh-sungguh tu. Pasal dia serang peribadi saya takpe lah saya dah maafkan dia," tegas Mustafa.

Pendekatan Mustafa itu diyakini mampu menutup episod yang dilihat 'pertembungan dalam parti' yang menjadi topik perbincangan hangat sejak dua minggu lalu.

Ditanya jika Hasan tidak mahu berhenti dan masih mahu mengulas isu parti, Mustafa berkata, itu terserah kepada Hasan.

"Kalau dia nak bercakap lagi, biar la dia bercakap sorang, saya tak mahu layan," katanya.

Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat sebelum ini memutuskan akan memanggil Hasan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

Selain Hasan, dua lagi yang akan dipanggil adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungip. - Harakahdaily

* Setakat ini, Mustafa jalankan tugas dengan baik...

Jakim Guna Pelbagai Saluran Siasat Dakwaan Lelaki Kahwin Di Ireland

Admin | 10:24 PM | Be the first to comment!
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggunakan pelbagai saluran untuk menyiasat kesahihan kes seorang pelajar lelaki Malaysia berkahwin dengan seorang lelaki Ireland di luar negara seperti yang dipaparkan dalam media massa dan internet.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata ia termasuk mengadakan kerjasama dengan Kementerian Luar Negeri, sahabat terdekat pelajar terbabit serta agensi lain yang berkaitan termasuk pihak berkuasa negara itu.

"Kita sedang buat siasatan bersama Kementerian Luar dan agensi lain, kita belum dapat maklumat (perkembangan baru). InsyaAllah dalam sedikit masa lagi kita akan ketahui kesahihannya," kata beliau.

Othman berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan berhubung isu pelajar berkenaan yang dikatakan berkahwin dengan pasangannya, seorang lelaki di dalam gereja di Ireland, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata dalam usaha menjalankan siasatan itu, pihaknya perlu mematuhi dan menghormati undang-undang di negara berkenaan sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar terbabit.

Beliau juga tidak menafikan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah itu termasuk usaha membawa balik pelajar terbabit ke Malaysia kerana ia terletak di bawah bidang kuasa dan perundangan negara tersebut.

Othman sebelum itu menghadiri Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan di Primula Beach Resort di sini hari ini yang melibatkan 800 peserta dari seluruh negara.

Ketika berucap di majlis berkenaan Othman yang mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim meminta pihak agama berkuasa negeri menjaga kebajikan saudara Muslim baru untuk mengelakkan mereka terlibat dengan isu bertentangan agama Islam khususnya murtad.

Katanya sejarah Islam di zaman Saidina Abu Bakar telah bertindak memerangi golongan yang terkeluar daripada Islam dan sehubungan itu semua pihak harus bersama-sama berusaha menjaga akidah saudara Muslim baru ini supaya terus terpelihara.

Beliau berkata, kerajaan sedar dengan pada masa kini terdapat beberapa ancaman yang dihadapi oleh umat Islam dalam bentuk penghakisan akidah dan iman oleh musuh Islam menerusi pelbagai cara termasuk ajaran, hiburan dan makanan. - BERNAMA

* Hanya hukum Islam dapat jaga Islam...

Isu Mykad: JPN Mohon Maaf Kepada Mufti Perlis

Admin | 10:23 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis Dr Juanda Jaya atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.

Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said dalam satu kenyataan hari ini berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

"JPN telah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan telah diambil supaya kesemua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam seperti yang dilaporkan semalam.

Jumaat lepas, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN setelah dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

Jariah berkata kad pengenalan pemohon telah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya. - BERNAMA

* Kalau perkara yang sama berlaku pada rakyat bawahan, agaknya JPN akan mohon maaf...

Perkasa selar paderi pertikai fasal 153 Perlembagaan ketika ucapan Krismas di gereja

Admin | 10:18 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 25 Dis — Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyelar tindakan seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Rev. Dr Eu Hong Eng yang mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat sempena sambutan perayaan Krismas hari ini.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menjelaskan, perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam khutbah Imam-Imam masjid di negara ini sama ada ketika sambutan perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha.

“Perkasa melahirkan rasa kecewa dan mengutuk bila mana ada seorang pemimpin tertinggi gereja mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat. Hal sebegini tidak pernah berlaku dalam ucapan dan khutbah yang disampaikan Imam-Imam umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Jelas Syed Hassan, perihal berkaitan Perlembagaan Negara tidak pernah disentuh oleh golongan Imam masyarakat Muslim.

“Nampaknya serangan terhadap Perlembagaan 153 sudah ditahap kemuncak bila ketua agama lain juga mempersoalkannya,” tegasnya.

“Lebih menyedihkan, ia dipersoalkan di dalam gereja oleh ketua agama, Perkasa berpendapat Paderi tersebut tidak faham Fasal 153 Perlembagaan Negara itu atau sengaja mahu timbul ketegangan,” tegasnya lagi.

Tambahnya, Fasal 153 ada menyebut kaum Bumiputera yang ada juga keturunan lain selain orang Melayu beragama bukan Islam termasuk juga Kristian. - TMI

* Perkasa akan dihormati jika bertindak lebih dari hanya menyalak...

Menyorok sebelum samun RM380,000

Admin | 8:53 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Sekumpulan penjenayah sanggup menyorok dalam pasar raya Mydin sejak tengah malam tadi untuk menyamun wang hasil jualan berjumlah RM380,000 di dalam premis itu di Jalan Masjid India di sini.

Mereka yang dipercayai lebih daripada seorang, menyorok dalam bangunan pasar raya ketika pengawal keselamatan menutup premis itu pada pukul 12.30 tengah malam.

Selepas pasar raya itu ditutup, suspek dikatakan mula bertindak menggerudi dinding pintu sebuah bilik di tingkat tiga bangunan itu yang menyimpan wang tunai hasil perniagaan.

Dengan menggunakan beberapa peralatan yang sudah dirancang, penjenayah kemudian membuka peti simpanan yang disimpan dalam bilik itu dan melarikan kesemua wang tunai berjumlah RM380,000 serta meninggalkan wang syiling sahaja di dalam peti itu.

Bilik berkenaan tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan tanpa kawalan pengawal dilihat satu peluang bagi suspek melakukan jenayah itu serta dipercayai melarikan diri melalui bumbung di tingkat lima pasar raya berkenaan.

Difahamkan, kumpulan penjenayah itu menggunakan sarung tangan kerana tiada kesan cap jari ditemui ketika melakukan jenayah serta meninggalkan pemutar skru dan gerudi di lokasi kejadian.

Hasil siasatan awal, beberapa suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.

Beliau tidak menolak kemungkinan, suspek yang terlibat dalam kejadian itu mahir selok-belok bangunan pasar raya tersebut. - Utusan

Bergaduh untuk dapatkan kasut Nike

Admin | 7:13 AM | Be the first to comment!
SEATTLE, Amerika Syarikat(AS) - Kekecohan berlaku di banyak kedai di seluruh AS kelmarin ketika orang ramai berebut untuk mendapatkan kasut bola keranjang Air Jordan terbaharu keluaran Nike.

Di beberapa buah tempat di AS, polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan pergaduhan yang hampir membawa kepada kekacauan.

Orang ramai beratur panjang sejak semalam untuk mendapatkan kasut Air Jordan retro yang merupakan versi Air Jordan paling popular pernah dikeluarkan oleh Nike.

Di pinggir bandar raya ini, polis menggunakan semburan lada untuk meleraikan 20 pelanggan yang bergaduh di pusat beli-belah di Westfield Southcenter.

Orang ramai mula berkumpul di empat kedai di pasar raya berkenaan sekitar tengah malam dengan jumlah mereka mencecah 1,000 orang menjelang pukul pukul 4 pagi (waktu AS), apabila kedai-kedai mula dibuka.

"Pada pukul 3 pagi, terdapat insiden pergaduhan dan tolak menolak antara mereka," kata seorang pegawai polis, Mike Murphy.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden tersebut.

Kekecohan untuk mendapatkan kasut Air Jordan yang dijual pada harga sekitar $180 (RM567.90) untuk sepasang kerap mencetuskan situasi merbahaya sebelum ini.

Beberapa orang pernah disamun malah, dibunuh kerana versi awal kasut itu yang mula dicipta oleh syarikat Nike Inc. pada tahun 1984. - Agensi

Mati selepas jemput isteri muda

Admin | 7:11 AM | Be the first to comment!
MELAKA - Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam sebuah kereta dengan keadaannya berbogel di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil di sini selepas menjemput isteri muda pulang dari tempat kerjanya awal pagi semalam.

Abd. Rahman Adam(gambar kecil), 56, ditemui mati di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Perodua Viva dengan pakaiannya berlonggok di atas lantai tempat duduk pemandu.

Menurut sumber, sebelum dijumpai pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa menjemput isteri keduanya yang dikenali sebagai Norliza Saidon, 47, dari tempat dia bekerja di Taman Melaka Raya. - Kosmo

24 December 2011

Permohonan MyKad Sumaiyah Syahidah Anak Mufti Perlis Telah Siap Untuk Dikutip

Admin | 11:24 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) - Permohonan MyKad Sumaiyah Syahidah, yang dilapor dikritik bapanya, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, setelah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendakwa kanak-kanak perempuan itu bukan warganegara Malaysia, telah siap dan sedia untuk dikutip.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata siasatan di JPN Kuching mendapati ia merupakan masalah komunikasi di kalangan kakitangan kaunter.

"Selepas disiasat, masalah yang berlaku di pejabat JPN Sarawak seperti dibangkitkan Dr Juanda adalah lebih kepada masalah komunikasi kakitangan kaunter yang kurang cekap untuk memberikan penjelasan terperinci berhubung mengapa pengemaskinian rekod peribadi perlu dibuat untuk permohonan dokuman berstatus tertentu," katanya dalam satu kenyataan.

Hal tersebut berkaitan dengan arahan berhubung Tatacara Pengendalian Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun Yang Mempunyai Masalah Berkaitan Dengan Taraf Warganegara, yang dikuatkuasakan mulai 11 Jun 2009 bagi perkahwinan antara lelaki warganegara Malaysia dengan wanita rakyat asing, katanya.

Berdasarkan arahan itu, status anak hasil perkahwinan lelaki warganegara Malaysia dengan wanita rakyat asing perlu dikemas kini untuk tujuan permohonan kad pengenalan kali pertama.

Mahmood berkata ibu atau bapa perlu mengemukakan salinan sijil nikah atau sijil kahwin bagi pengesahan sebelum kad pengenalan dikeluarkan.

Dalam kes ini, beliau berkata isteri Dr Juanda adalah warganegara Indonesia dan pasangan itu mempunyai enam anak yang lahir pada 1997,1999,2000,2004,2006 dan 2010.

"Berdasarkan semakan JPN, semua rekod kelahiran mereka kecuali Sumaiyah telah dikemas kini sebelum surat arahan berhubung tatacara tersebut dikuatkuasakan.

"Manakala pengemaskinian rekod kelahiran Sumaiyah (anak ke-2) yang lahir pada 14 Jun 1999, dibuat pada 12 Jun 2009 sehari selepas arahan itu berkuat kuasa," katanya. - BERNAMA

Prof. Sahol Hamid dilantik semula NC UiTM semalam 2 tahun

Admin | 7:25 PM | Be the first to comment!
SHAH ALAM 24 Dis. — Datuk Prof. Sahol Hamid Abu Bakar dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

Pelantikan semula Prof. Sahol yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 21(1) Akta Universiti Teknologi MARA, demikian menurut kenyataan UiTM yang dikeluarkan hari ini.

Beliau pertama kalinya dilantik ke jawatan itu pada 1 Jan 2010 sehingga 31 Disember 2011. — BERNAMA

Kemelut selesai, tarikh akhir terima opsyen SBPA dilanjut

Admin | 5:23 PM | Be the first to comment!
PUTRAJAYA 23 Dis. – Kemelut mengenai pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akhirnya selesai dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) diberi hak berunding dalam isu berbangkit serta menjadi pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Perbincangan lebih tiga jam antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membawa hasil positif apabila masing-masing bersetuju supaya tarikh akhir untuk menerima opsyen SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012, manakala tarikh akhir untuk penerimaan opsyen umur persaraan 60 tahun dikekalkan pada 30 Disember ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA pada masa yang sama turut bersetuju supaya perkara-perkara mengenai pelaksanaan SBPA dirundingkan setiap tiga bulan sehingga hal-hal yang berbangkit dapat diselaraskan secara bersama.

“Mengenai penambahbaikan gred yang tertinggal dalam SBPA, semua gred 17 dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) akan dibuat semakan semula dalam tempoh tiga bulan. CUEPACS berharap akan mendapat gambaran lebih lanjut mengenai perkara ini pada rundingan seterusnya.

“Pada masa sama, satu taklimat yang teliti mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus akan dibuat antara ahli majlis kongres bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah pada minggu depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan rundingan dijalankan hari ini antara JPA dan CUEPACS bagi menentukan sama ada pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.

Dalam pada itu, isu dasar pemisah yang menjadi kebimbangan penjawat awam turut diselesaikan pada hari ini apabila wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar tersebut.

Omar berkata, CUEPACS melihat dasar pemisah itu dari sudut yang positif kerana ia dapat mengelakkan masalah kewujudan penjawat awam yang tidak produktif.

“Wakil CUEPACS boleh memberi pandangan sebelum seseorang itu dikeluarkan dari jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun. Ini bagi mengelakkan terdapat penjawat awam yang teraniaya.

“Jabatan dan agensi di mana penjawat awam berkenaan berkhidmat juga tidak dibenarkan untuk mengambil tindakan memberhentikan seseorang penjawat awam di bawah dasar pemisah, keputusan itu mesti dibuat oleh JPA dengan kehadiran wakil CUEPACS,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias berkata, JPA dan CUEPACS secara keseluruhannya bersepakat untuk melaksanakan SBPA .

“Kita telah menyelesaikan semua isu. JPA amat gembira dan menghargai pandangan dan keputusan daripada pihak CUEPACS,” katanya. - Utusan

* Siapa rasa ditipu CUEPACS. Sila angkat tangan...

Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali

Admin | 3:09 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?” kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

“Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah),” katanya. - TMI

Pelajar tunggu SPM jadi GRO

Admin | 1:48 PM | Be the first to comment!
PETALING JAYA - Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam. - Kosmo

* Cuba sebat seorang dengan satu sebatan...

Hasan Nafi Dakwaan Mustafa Ali

Admin | 1:44 PM | Be the first to comment!


KUALA LUMPUR: Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menafikan mengenai dakwaan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mengenai pertemuan beliau bersama tiga individu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Mustafa pada Khamis mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan Umno yang merujuk kepada satu pertemuan dengan individu-individu terbabit di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lalu.

Dr Hasan bagaimanapun berkata: “Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan Umno di peringkat bawahan, pertengahan atau atasan pada masa dan tempat yang dinyatakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.

Hasan yang juga merupakan Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tiga individu yang temuinya.

“Saya tidak dapat menjelaskan sebab saya berasa mereka juga tidak selesa untuk dijelaskan. Cukup saya menafikan sekeras-kerasnya.

“Tiada pertemuan dengan mana-mana orang Umno dan tiada langsung berkaitan dengan Pas dan Umno,” katanya.

Hasan berkata, Mustafa sekali lagi terperangkap dengan prasangka buruk dan fitnah sesama muslim.

Menurut beliau, Mustafa sebagai setiausaha agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang yang berwibawa.

“Setahu saya yang ada ialah pertemuan yang sebahagiannya berulang kali antara setiausaha agung dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.

“Bahkan terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin Umno yang sehingga kini setakat yang saya maklum belum dapat diadakan,” katanya lagi.

Dr Hasan meminta pemimpin tertingi parti untuk membuat siasatan secara terperinci berhubung perkara tersebut termasuk dakwaan pertemuan beliau dengan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Dalam pada itu, Hasan mempersoalkan tindakan Mustafa sambil meminta pengesahan daripada setiausaha agung parti berhubung dakwaan berkenaan.

“Sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung Pas? Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugas merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti,” katanya. - Mstar

* Nafi sahaja sudahlah, tak usah nak tambah api lagi. Kata pejuang Islam sebenar...

Hasan tarik balik kritik negara kebajikan

Admin | 1:39 PM | Be the first to comment!
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau
mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Hasan (kiri) sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam. - Malaysiakini

* Lepas ni fokus pada pilihanraya ke-13...

UM setuju potong caj WiFi

Admin | 1:37 PM | Be the first to comment!
Pihak pentadbiran Universiti Malaya (UM) bersetuju mengurangkan yuran WiFi sebanyak RM40 daripada jumlah asalnya RM100, ekoran perkhidmatan internet yang tidak memuaskan di dalam kawasan kampus.

Bagaimanapun, kira-kira 50 pelajar yang diketuai oleh anggota Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia (MPPUM), meneruskan juga protes petang semalam.

Isu tersebut telah berterusan selama 15 minggu dan masih tiada perubahan, kata naib presiden MPPUM, Tan Tiong Yi ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, selepas pihaknya berkata mahu mengadakan protes, pihak pentadbiran mengurangkan kadar yuran sehari sebelum ia diadakan.

"Bagaimanapun, kami mahu yuran tersebut dihapuskan," katanya.

Sejurus selepas kompromi dicapai, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UM telah mengumumkan pengharaman protes tersebut di Facebook.

Pihak pentadbiran kampus mengenakan yuran ICT sebanyak RM100, yang meliputi perkhidmatan WiFi dan aplikasi perisian, pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, para pelajar mengadu bahawa perkhidmatan WiFi
telah semakin merosot.

Selain membantah yuran ICT, Tan berkata, pelajar juga berkumpul menyokong Adam Adli Abdul Halim dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adam menghadapi tindakan disiplin daripada pihak universiti kerana didakwa menurunkan bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno semasa protes kebebasan akademik minggu lepas. - Malaysiakini

Hasan: Saya sedia temu kepimpinan parti bila-bila masa

Admin | 12:33 PM | Be the first to comment!


KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau bersedia bertemu dengan kepimpinan tertinggi parti itu pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan berhubung polemik yang berlaku sejak dua minggu lalu.

Bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Hasan (gambar) juga menjelaskan sehingga kini belum menerima sebarang surat rasmi daripada parti.

“Saya belum menerima surat lagi tapi apa pun untuk mencari kedamaian, demi mengelakkan polemik dan demi mengelakkan kegusaran di kepala dan hati saya bersedia (bertemu) pada bila-bila masa.

“Kalau panggil selepas Subuh saya datang, kalau panggil selepas tengah malam juga saya datang kerana saya akur kepada kepimpinan parti,” katanya.

Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat memutuskan untuk memanggil Hasan, Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit baru-baru ini. - TMI

* Elok panggil lepas dia 'makan ubat'...

23 December 2011

Jurujual 18 tahun kena tahan

Admin | 6:59 PM | Be the first to comment!
KUCHING: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan polis tengah hari semalam, bagi membantu siasatan bayi perempuan yang ditemui di dalam tong sampah di sebuah stesen minyak di Jalan Astana, Selasa lalu.

Suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di sini, ditahan di kediamannya di Petra Jaya oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching selepas mendapat maklumat orang ramai. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, berkata pihaknya masih belum dapat mengesahkan remaja berkenaan sebagai ibu kepada bayi malang berkenaan.

"Soal siasat masih dilakukan ke atas suspek dengan ujian klinikal mungkin dibuat bagi mendapatkan pengesahan bahawa dia adalah ibu bayi yang ditemui itu," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Selasa lalu, seorang wanita menemui bayi perempuan di dalam tong sampah di tandas stesen minyak sebelum siasatan polis berjaya mendapatkan rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV). - Bharian

Hasan Ali Dipelawa Sertai Perkasa Perjuangkan Islam Dan Melayu

Admin | 6:36 PM | Be the first to comment!
KOTA BAHARU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) secara terbuka mempelawa Anggota Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika merasakan perjuangannya dalam Pas tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.

"Beliau kini sudah dipinggirkan oleh Pas," kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di sini hari ini.

Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas, berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dilaporkan berkata parti itu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan mengubah pendirian untuk membentuk sebuah "negara berkebajikan".

Kenyataan beliau itu mendapatkan kritikan bebarapa pemimpin atasan Pas. - BERNAMA

Hasan Ali Jawab Dakwaan Setiausaha Agung PAS Esok

Admin | 6:35 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan menjawab tuduhan Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda Umno, esok.

Beliau berkata semua penjelasan terhadap tuduhan itu akan dibuat dalam satu sidang akhbar di kediamannya dekat sini.

"Nanti saya akan jelaskan. Esoklah. Saya akan buat sidang akhbar esok di rumah saya pukul 11 pagi," kata Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Mustafa mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Nasharuddin tidak berjaya. - BERNAMA

SPRM rampas komputer, dokumen dalam serbuan terhadap pejabat NFC

Admin | 6:31 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) merampas dokumen dan satu unit CPU komputer dalam serbuan di ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional, National Feedlot Corporation (NFC) di Solaris Mont Kiara hari ini yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan untuk projek ternakan lembu berkenaan.

Anggota SPRM yang diketuai oleh Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Supritendan Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh, dilihat memasuki pejabat berkenaan kira-kira jam 2.55 petang hari ini dan meninggalkan pejabat berkenaan pada jam 5 petang.

Menurut Wan Abdul Rahman, pihaknya telah mengambil keterangan daripada kesemua pekerja NFC dan mereka telah memberikan kerjasama yang baik.

“Kami telah mengambil keterangan daripada pekerja di syarikat ini (NFC) dan mereka memberikan kerjasama yang baik,” katanya yang juga merupakan ketua siasatan untuk NFC.

Dalam serbuan tersebut, SPRM telah merampas satu unit CPU dan empat sampul surat putih berisi dokumen penting yang berkaitan dengan siasatan skandal NFC.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dokumen yang dirampas pihaknya.

NFC merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu NFC yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.

Skandal NFC tercetus apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mengesahkan terdapat penyelewengan dalam dana kerajaan sejumlah RM250 juta berhubung projek berkenaan.

Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar), turut dikaitkan dengan skandal tersebut.

Serbuan hari ini dikaitkan dengan pengumuman SPRM semalam bahawa pihaknya akan menyiasat kes penyelewengan dana kerajaan oleh NFC, bertentangan dengan kenyataan badan tersebut sebelum ini yang menyerahkan siasatan kepada pihak polis atas dakwaan terdapat kes pecah amanah.

SPRM turut mengesahkan pihaknya telah menahan reman seorang individu berpangkat “Datuk” semalam untuk disoal siasat berkaitan skandal tersebut.

Pakatan Rakyat telah menggunakan isu ini dan pemimpinnya menuntut Shahrizat untuk meletak jawatan atas penyelewengan yang berlaku.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menggesa Shahrizat mepaskan jawatan sebagai menteri dan Ketua Wanita Umno demi menjaga nama baik wanita ketika Kongres PKR di Johor bulan lalu.

Selain itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan pemimpin daripada Umno termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar dan beberapa ketua cawangan Umno turut membuat gesaan yang sama terhadap Shahrizat demi menjaga nama baik parti. - TMI

Dr Juanda selar JPN kata anak perempuan bukan warganegara

Admin | 6:26 PM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini menyelar kualiti perkhidmatan awam dan Putrajaya selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu beliau bahawa anak perempuannya bukan warganegara Malaysia.

Kata Juanda kejadian itu berlaku pada pagi ini semasa beliau, dari keturunan Melanau, mahu membuat kad pengenalan anak perempuannya yang berusia 12 tahun di pejabat JPN Kuching.

Tambah beliau, sistem JPN mengatakan anak perempuannya bukan warganegara Malaysia dan ia amat mengejutkan sambil menambah tidak pernah mendapat “pengalaman baik” sebagai anak kelahiran Sarawak di negeri itu.

“Betul, tertulis status di skrin situ nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara tetapi bangsa masih tertulis berbangsa Melanau.

“Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya?,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Juanda (gambar), anak perempuannya Sumaiyah Syahidah yang dilahirkan pada 1999 di Kuching dan kini belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Indera, Kangar mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bangsa asal dan warganegara tulen negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini tetapi tiba-tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu.

“Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak-anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja,” katanya.

Tambahnya, walaupun isterinya merupakan rakyat Indonesia namun ia bukan alasan menjadikan anak perempuannya mangsa terutamanya sejak JPN memiliki rekod kelahiran anak-anak berketurunan Melanau.

“Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keluarga di sana menggunakan passport Malaysia.

“Tetapi kenapa bila saya hendak membuat kad pengenalannya dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Persekutuan dijamin hak warganegaranya tiba-tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia,” katanya. - TMI

* Cuba melenting sama bila kena batang hidung orang lain. Baru nak sedar?

Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun

Admin | 3:49 PM | Be the first to comment!
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.

Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.

Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut. - Malaysiakini

Khir Toyo umum masa depan politik 9 Jan

Admin | 3:47 PM | Be the first to comment!
Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya pada 9 Januari depan.

Mohd Khir yang dihurung wartawan selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah, bagaimanapun tidak memberikan sebab beliau memilih tarikh berkenaan.

Khir berkata beliau akan merayu keputusan mahkamah hari ini yang menjatuhi hukuman penjara setahun ke atasnya seleas mendapatinya bersalah atas tuduhan rasuah.

Peguamnya, M Athimulan memberi gambaran bahawa notis rayuan itu akan difailkan petang ini.

Tarikh 9 Januari dijadualkan untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khir didapati bersalah oleh Hakim Datuk Mohtaruddin Baki hari ini atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada Mei 2007. - Malaysiakini

Mufti Perlis hadapi masalah daftar IC anak

Admin | 3:37 PM | Be the first to comment!
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mempertikaikan proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching yang didakwa menyusahkan pengguna dalam prosedur mendaftar kad pengenalan.

Katanya, beliau sendiri mengalami perkara itu ketika cuba mendaftarkan seorang anak perempuannya awal pagi ini di pejabat berkenaan di Wisma Persekutuan Sarawak, Kuching.

Jelasnya, anak keduanya yang berusia 12 tahun itu telah pun mempunyai pasport dan surat beranak berstatus warganegara Malaysia berbangsa Melanau, namun dinyatakan sebaliknya dalam sistem JPN.

Malah, beliau juga diminta untuk menyerahkan bukti perkahwinannya dengan isteri beliau, seorang warga Indonesia untuk pendaftaran berkenaan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Petugas kaunter kata ini prosedur baru tapi kenapa tidak dimaklumkan prosedur ini di papan kenyataan?

"(Petugas kaunter) kata dalam ketetapan (prosedur standard) SOP dia, siapa kahwin warganegara asing kena bawa surat nikah. Tapi dalam panduan (kepada pengguna) tak disebut perkara itu.

"Bila dia telefon bahagian surat beranak, dia kata tak ada salinan surat nikah," katanya.

Katanya lagi, petugas berkenaan memberi alasan bahawa bahagian surat beranak jabatan itu tidak mempunyai salinan sijil perkahwinannya dengan isteri beliau.

"Macam mana boleh berlaku sedangkan anak saya dah ada surat beranak, ada pasport tapi nak buat IC tak boleh?," soalnya.

"Surat nikah itu ada, tapi pada prosedur dia tak sebut. Kalau ada keperluan dia kena maklumkan dan ada sebab kenapa.

"Perkara ini menyusahkan orang yang datang jauh dari luar bandar dan tak ada maklumat, kena minta cuti dan sebagainya, dan ditambah lagi dengan kesesakan di kaunter," katanya lagi.

Beliau turut mempertikaikan mengapa jabatan itu tidak dapat berkongsi maklumat daripada jabatan imigresen yang mengeluarkan pasport anaknya.

"Kenapa tak boleh rangkaikan maklumat (antara jabatan) sedangkan semuanya guna sistem berkomputer?," soalnya lagi.

Beliau menjangkakan akan berdepan masalah yang sama apabila mendaftarkan empat orang lagi anaknya untuk mendapatkan kad pengenalan, walau mereka telah mempunyai sijil kelahiran dan juga pasport warganegara Malaysia.

"Pihak kerajaan sepatutnya permudahkanlah. Kita dah ada surat beranak dan kad pengenalan itu untuk memudahkan proses seterusnya.

"Bukannya bila dah ada kad pengenalan, bermakna surat beranak dan pasport tak ada faedah lagi," tambahnya. - Malaysiakini

* Apa bising-bising ni, beri sahajalah surat nikah tu. Satu lagi, tak boleh buat di semenanjung ke?

60 Artis Jana Pendapatan Menerusi 'Mface'

Admin | 8:46 AM | Be the first to comment!
KUALA LUMPUR: Pengerusi jaringan sosial pertama Malaysia, mface iaitu Datuk AC Mizal yakin bahawa penyertaan 60 artis tanah air menerusi laman itu akan turut menjana pendapatan kepada mereka.

AC Mizal berkata pengaruh dan aura yang dimiliki golongan artis mampu menarik perhatian masyarakat untuk sama-sama menyertai laman berkenaan yang menyasarkan jumlah pengguna seramai 1 juta orang dalam tempoh enam bulan.

Katanya, jika sebelum ini golongan artis kerap mengemas kini status dan perkembangan mereka di laman sosial seperti Facebook dan Twitter secara percuma tanpa mendapat sebarang pulangan, penyertaan dalam mface ini sebaliknya akan memberikan pendapatan apabila syer mereka dilaburkan ke dalam pasaran saham kelak.

“Laman mface ini tidak memerlukan sebarang modal atau bayaran. Fungsinya adalah sama seperti Facebook di mana pengguna boleh mengemas kini dan berkongsi perkembangan dan maklumat mereka dengan orang ramai.

“Saya memilih 60 artis untuk menyertai mface kerana mereka adalah golongan berpengaruh yang mempunyai pengikut dan peminat. Setiap artis ini akan diberikan 100,000 unit syer dalam akaun masing-masing.

“Kami menyasarkan untuk mencapai 1 juta pengguna bagi melayakkan laman ini disenaraikan dalam bursa saham. Apabila ia disenaraikan dalam bursa saham kelak, insya-Allah semua artis akan menerima pendapatan daripada syer mereka,” katanya.

AC Mizal berkata sebagai bentuk promosi dalam tempoh enam bulan, setiap pemilik akaun mface yang mengumpul mata tertinggi menerusi kemas kini status mereka pada setiap minggu berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2.

“Pada setiap minggu, pemilik akaun mface tidak kira golongan artis atau orang awam akan berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2 menerusi mata terkumpul tertinggi yang diperoleh daripada kemas kini status mereka.

“Untuk berlaku adil, pemenang mingguan tidak akan berulang walaupun kita sedar artis-artis tertentu mungkin akan memiliki mata yang tinggi secara berterusan pada setiap minggu ekoran populariti dan pengikut mereka yang ramai,” katanya.

Menjawab tentang pemilihan jenama mface yang kedengaran seakan Facebook, AC Mizal berkata jenama itu dipilih bukan bertujuan untuk meniru populariti Facebook.

Sebaliknya, ia dipilih kerana ingin menumpang sebahagian kecil populariti laman Facebook yang sememangnya sudah terkenal di seluruh dunia.

“Nama mface bukan tiru Facebook, cuma saya akui kami memilih nama yang seakan sama ini untuk menumpang sedikit bahagian atau syer populariti Facebook yang sedia terkenal itu bagi melonjakkan laman mface.

“Saya yakin mface akan diterima ramai dan mampu untuk mencapai sasaran 1 juta pengguna dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang,” katanya yang merancang untuk meluaskan jaringan mface ke negara-negara serantau dalam masa terdekat.

Untuk menyertai laman ini, pengguna boleh layari www.mface.me.

mface dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.

Antara barisan artis yang hadir pada malam pelancaran itu adalah Afdlin Shauki, Zizan Razak, Aril AF7, Linda dan Diana Rafar, Sathiya dan ramai lagi. - Mstar

22 December 2011

Berjuta-juta penduduk ratapi kematian Jong-il

Admin | 11:38 PM | Be the first to comment!
SEOUL, Korea Selatan - Korea Utara semalam menyatakan jutaan penduduk meratapi kematian bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il.

Stesen televisyen pemerintah menunjukkan imej orang ramai bersedih dan menangis di hadapan potret Jong-il, lelaki yang memimpin Korea Utara semasa negara berkenaan mengalami krisis kebuluran yang membunuh ratusan ribu penduduknya.

"Tempat-tempat awam bertukar menjadi lautan orang ramai yang menangis semasa mereka melihat potret Kim Jong-il yang tersenyum," kata sebuah agensi berita rasmi Korea Utara.

Menurut agensi berita berkenaan, sekurang-kurangnya lima juta orang melawat potret dan patung Jong-il di sekitar ibu kota Korea Utara, Pyongyang, untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Angka tersebut mewakili lebih satu perlima daripada keseluruhan penduduk Korea Utara.

Mayat bekas pemimpin itu berada di dalam sebuah keranda kaca selepas beliau mati pada Sabtu lepas akibat serangan jantung semasa beliau berusia 69 tahun.

Jong-il menjadi pemerintah tertinggi Korea Utara selama 17 tahun dari 1994 hingga 2011 selepas kematian bapanya.

Beliau digantikan oleh anak bongsunya, Kim Jong-un yang baru berusia lewat 20-an sekali gus menjadi antara pemimpin negara termuda di dunia. - Agensi