07 January 2016

Kos sara hidup takkan turun, kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata hari ini tidak ada kemungkinan kos sara hidup akan turun, sambil menambah ia adalah realiti yang dihadapi seluruh dunia.
The Malay Mail Online melaporkan beliau berkata demikian dalam satu temubual di TV3 menerusi program Wanita Hari Ini.
Menteri yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mencadangkan rakyat Malaysia mengambil 2 pekerjaan, juga menasihati rakyat mengubah sikap dan gaya hidup mereka serta belajar untuk menambah pendapatan mereka.
"Anak saya beli tudung dia online. Anak saya beli kasut dalam talian. Makanan juga kami beli online. Tetapi kenapa kita hanya beli? Sekarang kita perlu menjadi penjual juga," kata beliau dalam wawancara tersebut.
Ahmad juga menggesa orang ramai berhenti memberi alasan dan mencari peluang untuk berniaga.
Rakyat Malaysia juga dinasihati menjadi pengguna bijak dan hanya membeli daripada peniaga beretika dalam menangani kenaikan kos sara hidup.
Pada akhir bulan lalu, timbalan menteri itu mengadu kenyataan beliau diputar belit media mengenai cadangannya agar masyarakat membuat 2 kerja bagi menampung kos sara hidup.
Katanya, beliau berniat baik dan mencadangkan perniagaan online untuk mendapatkan pendapatan tambahan. – TMI

3 comments:

  1. Takpa mat lan...nanti next election rakyat kasi turun lu org....

    ReplyDelete
  2. Takpa mat lan...nanti next election rakyat kasi turun lu org....

    ReplyDelete
  3. Mat Selan nie cakap GST turunkan harga barang...napa plk ckp kos sara hidup tak turun...kepala B*t*h la

    ReplyDelete