LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

10 January 2016

PAS tak gentar dengan Pakatan Harapan, kata Hadi

Admin | 4:51 PM |
PAS tidak gentar dengan Pakatan Harapan dan ia bukanlah ancaman kepada parti Islam itu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut presiden PAS itu, partinya paling berpengalaman di Malaysia dan menjadi semakin kuat sejak ditubuhkan.
“PAS parti paling berpengalaman sebelum merdeka dan sejak merdeka,” kata Hadi seperti dilaporkan The Star Online.
 Katanya, PAS pernah menghadapi pelbagai parti sebelum ini termasuk Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) tetapi tidak pernah jatuh.
“Pakatan bukan baharu, Pakatan Harapan dan pelbagai pakatan sejak tahun 1960an ada yang rebah.
“Ada yang rebah tidak bangun-bangun, kita terus bangkit,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini seperti dilaporkan The Star Online.
Kenyataan Hadi itu dikeluarkan sehari selepas Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menandatangani kod tingkah laku baharu pada konvensyen pertama mereka semalam.
Hadi juga dilaporkan sebagai berkata tidak gentar dengan parti serpihan PAS, Amanah.
DAP, PAS dan PKR sebelum ini bersama-sama dalam Pakatan Rakyat sebelum gabungan itu terkubur tahun lalu. - TMI

7 comments :

  1. Masih dengan keangkuhannya.

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullah! tidak pernah aku dengar kenyataan seperti ini keluar dari mulut guru aku TGNA.

    ReplyDelete
  3. Kenapalah terlalu angkuh dan bongkak

    ReplyDelete
  4. Kadang2 yg tak pernah tersungkur pun boleh tersungkur sbb dpt drebar yang tak berkesan... Dapat penasihat yg tak berkesan...

    ReplyDelete
  5. Dgn kehendak ALLAH SWT... tiada yg mustahil utk pas jatuh disebabkan dgn keangkuhan presiden pas dan barisan pengikut presiden tu sendiri...nantikan hukum kebenaran itu muncul....

    ReplyDelete
  6. Dgn kehendak ALLAH SWT... tiada yg mustahil utk pas jatuh disebabkan dgn keangkuhan presiden pas dan barisan pengikut presiden tu sendiri...nantikan hukum kebenaran itu muncul....

    ReplyDelete
  7. Kerana lebai bongkak ni lah..Terengganu kecundang sampai sekarang

    ReplyDelete