04 September 2015

Bai’ah: Ramai wakil rakyat Pas tangguh hasrat

KOTA BHARU - Ramai wakil rakyat dan pemimpin Pas berhasrat untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia walaupun  terpaksa menangguhkan seketika penghijrahan tersebut kerana Bai'ah yang dilafazkan masing-masing.


Pengerusi Parti Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengakui perkara itu dan wakil-wakil rakyat Pas terutamanya dari Kelantan akan merujuk pakar-pakar agama terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia melibatkan lafaz talak tiga tersebut.

"Ramai wakil rakyat Pas berminat menyertai Parti Pekerja tetapi masih takut untuk keluar parti kerana terikat dengan bai'ah dan taklik talak tiga bagi mereka di Kelantan," katanya selepas menyampaikan ceramah parti itu di Kampung Belimbing, Tanah Merah, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Ahli Jawantankuasa Parti Pekerja, Dr. Mohd. Hatta Ramli, Naib Pengerusinya, Hasanuddin Mohd. Yunus dan Pengerusi Parti Pekerja negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ketika ditanya mengenai jumlah sebenar wakil rakyat yang didakwa bakal berhijrah itu, Mat Sabu hanya menegaskan, jumlahnya cukup besar.

"Saya tak boleh sebutlah berapa ramai wakil rakyat Pas akan sertai Parti Pekerja, tetapi ramailah. Cuma menunggu sikit 'clearance' (pencerahan) pasal bai'ah.

"Apabila sudah jelas (bai'ah) nanti ramailah yang akan sertai. Mereka juga sudah nilai pandangan ulama Mesir, Yusuf al-Qaradawi dan beberapa ulama lain mengenai soal itu,"katanya.

Harapan Baru yang merupakan serpihan Pas telah mengambil alih Parti Pekerja untuk bergerak sebagai sebuah parti politik seterusnya membentuk pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan PKR.

Dengan pengambilalihan tersebut, 10 wakil rakyat Pas iaitu masing-masing lima ahli Parlimen dan Adun yang berada dalam senarai kepemimpinan Parti Pekerja, secara automatik terbatal keahlian dalam Pas.

Antara pemimpin serta wakil rakyat Pas yang menyertai parti itu ialah Mohd. Hatta, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yussof Rawa.

Dalam perkembangan yang sama, Mat Sabu mengulangi harapannya untuk memastikan hasrat 50,000 ahli menjelang 16 September ini, akan tercapai.

"Kita tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menyertai Parti Pekerja dan ia dilakukan secara sukarela. Sesiapa sahaja, Pas, Umno pun boleh masuk menyertai parti ini," katanya. - SH

1 comment:

  1. Sahih Muslim: Book of Divorce

    3491: Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them) reported that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allah's Messenger (sallAllahu alayhi wa sallam) and that of Abu Bakr and two years of the caliphate of Umar (Allah be pleased with him) (was treated) as one. But Umar b. Khattab (Allah be pleased with him) said: Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them, and he imposed it upon them.

    3492: Abu Sahba' said to Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them): Do you know that three (divorces) were treated as one during the lifetime of Allah's Prophet (sallAllahu alayhi wa sallam), and that of Abu Bakr, and during three (years) of the caliphate of Umar (Allah be pleased with him)? Ibn Abbas (Allah be pleased with them) said: Yes.

    3493: Abu al-Sahba' said to Ibn 'Abbas: Enlighten us with your information whether the three divorces (pronounced at one and the same time) were not treated as one during the lifetime of Allah's Messenger (sallAllahu alayhi wa sallam) and Abu Bakr. He said: It was in fact so, but when during the caliphate of 'Umar (Allah be pleased with him) people began to pronounce divorce frequently, he allowed them to do so (to treat pronouncements of three divorces in a single breath as one).

    Jelas bhw talaq 3 sekaligus ini adalah sunnah umar; bukan sunnah Rasulullah saw dan juga bukan sunnah abu bakar.

    Allah swt berfirman sekiranya telah ada hukum utk sesuatu perkara, umat tidak boleh mengadakan hukum yg baru.

    "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (a-Ahzab:36)

    “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (an-Nisa': 59)

    Pilihlah – nak ikut sunnah Rasul-Nya atau sunnah orang lain?

    Wallahu ‘a’lam

    ReplyDelete