LagiBerita
Sinar Harian | Malaysiakini | CariGold | Utusan | Mstar | BHarian | HMetro | Kosmo | Astro Awani | Harakahdaily | Bernama | Malaysian Digest | Keadilan | Mynewshub | SemasaPost (V) | Malaysiakini (Vid) | MediaRakyat (Vid) | Google | E-mail | Video | Blogger
eXTReMe Tracker

04 September 2015

Selepas bersendirian, PAS mahu bertanding 40 kerusi DUN Johor

Admin | 10:07 AM |
Selepas bersendirian dalam politik tanpa DAP dan PKR, PAS merancang untuk menambah calon sehingga 40 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang di Johor, kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Pesuruhjaya Johor itu dilapor akhbar Sinar Harian sebagai berkata, walaupun parti Islam itu kini bersendirian, PAS tetap akan bertanding di mana-mana kerusi yang dirasakannya boleh mendapat sokongan rakyat terutamanya di Johor.

"Kalau dulu kita hanya bertanding 29 kawasan (di Johor), akan datang mungkin lebih... mungkin sampai maksimum... mungkin 40.

"Kita akan bertanding di mana-mana mereka (musuh PAS) bertanding. Walaupun tidak ada komponen (parti) daripada bangsa lain, tetapi PAS akan memberikan peluang kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk bersama bertanding pada PRU akan datang," katanya.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). - TMI

2 comments :

  1. Bodoh betul ustaz PAS zmn pasca TGNA. Tukar jadi badan dakwah sudah la. X lyk la korang nk main politik kt Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Bodoh betul ustaz PAS zmn pasca TGNA. Tukar jadi badan dakwah sudah la. X lyk la korang nk main politik kt Malaysia..

    ReplyDelete