16 July 2015

Hadi: Harapan Baru tak akan lebih 2 tahun

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak melihat parti Islam baru yang sedang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya akan mempunyai hayat panjang.

“Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.

Sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini mengumumkan menggerakkan sebuah kumpalan dinamakan Gerakan Harapan Baru.

Ia antaranya bertujuan merintis usaha penubuhan parti Islam baru yang lebih terbuka serta membentuk gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.

Pakatan Rakyat kini berpecah susulan pertelingkahan berterusan PAS-DAP, terutamanya dalam isu hudud.

Muktamar PAS sebelum ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, sebuah parti berasaskan fahaman sekular.

Hadi bagaimanapun tidak melihat gerakan baru itu sebagai ancaman.

Katanya, berdasarkan sokongan dalam pemilihan lalu, mereka cuma disokong oleh 20 peratus perwakilan.

“Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat,” kata Hadi. - Mkini

 Kalau begitu janganlah peduli kumpulan ini. Apa perkembangan hudud di Kelantan?


9 comments:

  1. PAS Parti Menegakkan Syiar Islam & Pertahankan Ketuanan Melayu.

    PAS selepas keluar dari kepompong DAP adalah harapan org Melayu.

    UMNO sudah tidak releven lagi kerana diketuai oleh kelompok elit yang gilakan kuasa dan wang.

    Semoga Melayu & Malaysia lebih dapat mendapat Rahmat Allah dibawah kepimpinan PAS.

    #asalbukandap
    #ahliumnohilangkepercayaan

    ReplyDelete
  2. komen,komen jangan tak komen! kah3

    ReplyDelete
  3. so tuang presidenti...lpas tahun ni klu kito keno kencing gak ngan umno pasai hudud kito mcmno...nk kita lawan pkai platform lain pulak ker..bg la pencerahan sikit,,,nk riot low yat ka..atau cmno...jgn plak p cakap masih npakai saluran pilihanraya...klu cmtu samo lah ngan dio orang...strategi jebon...huk3.

    ReplyDelete
  4. UMNO kata Kerajaan PAS Kelantan hanya bertahan 3 bulan selepas PAS menguasai Kelantan.... tapi PAS kekal memerintah selepas TGNA menghembus nafas terakhir.... tak tahulah selepas ini.

    Gerakan Harapan Baru dikatakan akan kekal 2 tahun oleh peminat UMNO.... 2 bulan jadi lebih 20 tahun.... 2 tahun jadi berapa agaknya?

    ReplyDelete
  5. Tuang ponteng presideng masih angkuh , bongkat, sombong, takabur.......

    ReplyDelete
  6. jg parti sendiri tuang presideng! tgk pru 14 takut pas lingkup klu najib tak bantu...

    ReplyDelete
  7. sebenarnya hadi mungkin tersilap congkak. dua tahun tu hayat dia. bukan hayat ghb.

    ReplyDelete
  8. Maharaja Lawak...kalau PAS dah KUAT? Kalau G18 tak tahan lama, buat apa PAS GILA MEROYAN dok hentam G18, biarkan lah....masalah kami di Kedah, PRU depan semua kerusi PAS akan lingkup, inilah yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan PAS. Tak kurang dari 50 rantung PAS akan "ditutup"...

    ReplyDelete
  9. Mengambil kata2 UAI ni species baru kena pil kuda kut. Hormat kepada ulamak bertempat. Ni statement oleh seorang politikus. Sekali pengkhianatan dibuat selama-lamanya ia diingat.

    ReplyDelete