KEPALA BATAS - Parti Pas sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik
masih kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan
Presiden Pas Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata penubuhan
Gerakan Harapan Baru merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap
parti Islam itu supaya kekal relevan.
Pas masih menggunakan kaedah lama dalam berpolitik sedangkan rakyat
berbilang kaum turut terlibat dalam proses membuat keputusan, katanya
kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
anjuran DAP negeri di sini hari ini.
Beliau berkata Gerakan Harapan Baru akan membuat penerangan di seluruh
negara sebelum meneruskan proses pendaftaran dengan Pendaftaran
Pertubuhan dalam tempoh lebih sebulan lagi.
Isnin lepas, beberapa bekas pemimpin kanan Pas termasuk Mat Sabu
melancarkan sebuah pergerakan, dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru,
yang dikatakan bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau
mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru sebagai sebuah parti
politik namun menafikan gerakan itu adalah proksi DAP.
"Parti yang baru ditubuhkan itu harus memperjuangkan nasib rakyat
Malaysia dan perlu fokus peningkatan ekonomi dan mampu mentadbir
kerajaan dengan baik," katanya. - Bernama
GHB perlu tunjukkan akhlak yang baik (tidak menyerang) terhadap PAS walaupun sebaliknya.
No comments:
Post a Comment