27 June 2009

Perilaku seorang ‘ ulama besar ’…

Datuk Nik Aziz Nik Mat mungkin dilihat sebagai seorang ‘ ulama besar’ bagi orang PAS.Cuma yang menjadi tandatanya sekarang apakah seorang ulama ada lesen untuk cakap ikut suka hati.

Kenyataannya ketika berceramah di Padang Awam Laloh,Manek Urai pada 21 Jun yang menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ dikira sudah langgar batas perilaku seorang ulama.

Ini kerana dihati kecil Tok Guru itu beliau sendiri pasti tahu ia tidak benar.

Berpolitik ada batasnya.Cubaan memberi gambaran seolah-olah orang Islam lain tidak berpegang pada anutan Islam adalah petunjuk jelas tahap pemikiran Menteri Besar Kelantan itu dan beliau ulama kategori apa.

Mungkin baginya hanya orang PAS saja yang Islam di dunia ini.

Para pemimpin UMNO sendiri selama ini tidak pernah menuduh orang PAS tidak Islam kecuali mendakwa mereka mengunakan agama untuk tujuan politik.

Ramai orang yang terguris dengan kenyataannya yang keterlaluan itu.

Bagi Nik Aziz mungkin beliau merasai peduli apa kerana orang PAS tetap akan berdiri teguh dibelakangnya walau apa sekalipun karenahnya.

Mungkinkah baginya masjib,surau yang bertaburan disegenap peluduk negara dan begitu juga prasarana agama lain serta entiti yang menunjung agama Islam di negara ini seperti Lembaga Tabung Haji dan sebagainya muncul sekelip mata dari lampu Aladin yang digosok oleh orang PAS.

Jumaat, Mursyidul Am PAS itu cuba untuk melembutkan keceluparannya pada 21 Jun yang mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat, dengan berkata iai hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat," katanya.

Bagi kebanyakan orang maknanya tidak lari jauh dari kenyataan asalnya.

Makanya tidak salah bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menilai kenyataan itu amat bertentangan dengan dasar perjuangan parti itu yang mendakwa bergerak atas landasan Islam.

Menurutnya Nik Aziz semakin keterlaluan dalam berpolitik mungkin kerana terlalu letih lama memimpin negeri ini sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam.

“UMNO yang berjuang untuk menghapuskan komunis di negara ini, UMNO juga yang bermati-matian mempertahankan tanah air ini, kalau tidak kerana UMNO yang mengharamkan komunis Nik Abdul Aziz pun belum tentu lagi hidup di Malaysia.

Katanya Barisan Nasional sama sekali tidak menyokong perjuangan komunis atau Chin Peng dan sebaliknya yang rakan sekutu PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan bekas pemimpin parti itu dibawa masuk ke negara ini.

“Nik Abdul Aziz selalu marah-marah bukan perkara baru, dia marah sejak beberapa tahun lalu dan meluahkan pelbagai kata-kata serta mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.

‘‘Kita rasa ini satu reaksi seorang pemimpin yang lama sangat memimpin di Kelantan dan mungkin beliau sudah terlalu lama dan letih,” katanya di majlis pelancaran jentera Pemuda BN di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru Jumaat.

Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah juga anggap apa yang dikata Nik Aziz tidak wajar dan tidak munasabah.

Katanya kepada wartawan selepas mengadakan satu majlis di Manek Urai Jumaat ini kerana Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa PAS bersama BN.

"PAS pun parti politik seperti UMNO dan kita tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.

"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihanraya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat," katanya.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, Nik Aziz menjatuhkan harga dirinya sendiri dengan membuat tuduhan itu.

Sambil menggesa Nik Aziz segera meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Syed Ali berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar itu telah diperalat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu.

Syed Ali meminta kepimpinan PAS menasihati Nik Aziz agar mengawal percakapannya bagi mengelak berlakunya perpecahan umat Islam.

- Agendadaily

* Orang Islam tidak tolak Islam

3 comments:

  1. saya semakin keliru,semakin bercelaru dgn keadaan org Melayu..org Melayu bergaduh sama org Melayu kerana mahu jadi juara,mereka mahu kuasai politik tetapi dlm masa yg sama mereka lupa mereka beragama Islam..mereka tidak langsung menunjukkan ciri-ciri Islam yg terpancar dalam diri nabi mereka,apatah lagi seperti mana mereka mendakwa tuhan mereka hanya satu...bukan dua..buka tiga atau empat seperti org beragama hindu atau buddha..org hindu tidak pula merebut tuhan mereka walaupun banyak.Bagaimana org lain hendak melihat Islam sebagai agama yg suci jikalau Tuan Guru tidak dihormati..bagaimana Islam hendak disanjungi jika pemimpin seagama dicaci dan dimaki. Saya bimbang,jika keadaan ini berterusan tidak mustahil pergaduhan seagama terjadi seperti di Iran,Iraq,Pakistan dan negara Islam lain dan keamanan yg saya nikmati hari ini tiada lagi.

    ReplyDelete
  2. Mereka x bergaduh. Perbezaan pendapat di mana2 ada di dunia ini. Jika anda masuk universiti perbezaan pendapat sgt dialu-aulukan.

    ReplyDelete
  3. Org Melayu Islam patut ambil aktibar daripada komentar di atas. Org Melayu Islam harus bijak menilai antara tuntutan agama dan tuntutan politik. Usah sampai agama suci yg kita anuti ini menjadi bahan eksperimen politik. Sesekali org Melayu Islam perlu ke selatan Thai untuk melihat sejauhmana berharganya keamanan dan kemakmuran.

    ReplyDelete