27 June 2009

Dibuli kerana tidak basuh baju senior

KUANTAN - Pelajar junior Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin dikatakan sering dibuli kerana enggan mematuhi arahan supaya membasuh baju kumpulan pelajar senior sekolah berkenaan.

Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, yang dibuli sampai pengsan oleh empat pelajar senior mendakwa, kejadian dia dibelasah oleh kumpulan pelajar senior itu berkemungkinan ada kaitan dia tidak mengendahkan arahan tersebut.

"Pelajar senior selalu suruh pelajar junior basuh baju mereka tetapi kami tidak ambil peduli setiap kali disuruh buat demikian.

"Mungkin mereka pukul saya sebab tidak puas hati disebabkan saya tidak pernah ikut arahan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Asraf dilapor dibelasah sehingga pengsan oleh empat pelajar senior di dalam surau SMA Rompin pada pukul 1 pagi 25 Jun lalu menyebabkan beberapa anggota badannya mengalami lebam.

- Kosmo

* Cikgu tidur?

No comments:

Post a Comment