27 June 2009

Elok Kalau Najib Tak Layan Nik Aziz

Muzakarah, Muqabalah dan Terbaru Mujadalah... Semua Tak Jadilah...

DALAM tilikan dan renungan makrifah saya ada untungnya juga apabila kedua-dua parti orang Melayu terbesar yang menganut agama Islam, Umno dan Pas diwujudkan Allah s.w.t. atas dunia ini. Banyak yang kedua-dua parti ini sumbangkan untuk orang Melayu; berbagai-bagai dan berpetak-petak!

Paling terasa sekurang-kurangnya dengan adanya Umno dan Pas, rakyat negara ini terdedah dengan berbagai istilah siasah di dalam bahasa Arab yang diperkenalkan atau lahir dari ekoran kemelut kedua-kedua parti itu. Dalam hal ini orang Paslah yang rajin mengemukakan istilah berbahasa Arab yang sedap didengar dan indah disebut tetapi sukar untuk diimplimentasikan!

Saya sangat yakin kalau bukan kerana ada pemimpin Pas ini, perbendaharaan dan istilah Arab itu tidak akan terdengar oleh kita. Mungkin kita akan diisi dengan istilah-istilah atau akronim Inggeris yang menjadi pujaan Umno. Umno begitu jinak dengan istilah barat, manakala Pas pula sinonim dengan istilah Arab.

Saya perhatikan semua bahasa atau istilah Arab itu lahir apabila kedua-dua parti itu dalam keadaan kritikal dan takala ada cetusan usaha untuk mendamaikannya. Gara-gara keadaan itu maka lahirlah berbaga-bagai cadangan dan pendapat menyelesaikannya yang menggunakan pakai istilah Arab. Jarang dipakai istilah Inggeris kerana ia dilihat sebagai unIslamic.

Bahasa Arab atau istilah pertama untuk mendamaikan Umno dengan Pas yang yang didengari sejak lama dulu ialah perkataan MUZAKARAH. Muzakarah ini dicadang oleh pihak Pas. Maksud muzakarah ialah berbincang ataupun berunding dengan Umno bagi mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti itu untuk kebaikan negara dan rakyat.

Muzakarah ini juga sering menjadi rujukan rakyat atau golongan yang mahu kedua-dua parti itu bersepakat dan duduk dalam satu saf. Mereka yang bimbang dengan persengketaan kedua-dua parti itu sangat mengharapkan akan berlaku muzakarah antara Umno dan Pas. Mereka berharap mudah-mudahan dengan muzakarah itu akan menemui idea baru dan mekanisme yang boleh mengurangkan ketegangan politik disebabkan perselisihan faham antara kedua-duanya, di mana kerana perselisihan itu merugikan rakyat dan negara.

Muzakarah ini bermakna duduk berbincang dengan waras, berunding dengan penuh berhemah, terbuka dan penuh semangat ukhwah Islamiyah. Natijah daripada itu akhirnya membuat rumusan bagaimana mencapai jalan penyelesaian untuk kesejahteraan umat dan keamanan negara.

Paling baru istilah muzakarah ini keluar atau menjadi sebutan umum selepas pilihan raya umum ke-13 lalu apabila beberapa pemimpin Pas telah ‘bermuzakarah’ secara sulit dengan pemimpin Umno untuk mengatasi kemelut politik yang dihadapi kedua parti itu kesan pilihan raya umum lalu yang dikatakan mencemaskan!

Malangnya idea itu tidak jadi, dan pemimpin yang bercadang mengadakan muzakarah itu dimarahi dan dituduh dengan pelbagai tuduhan kononnya gilakan pangkat, membelakangkan ahli dan sebagainya. Sebahagian pemimpin Pas yang lain menentang idea berkenaan. Tentangan itu turut melibatkan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap pemimpin bertaraf ulama tertinggi dalam parti itu.

Mulanya Nik Aziz tidak setuju dengan cadangan atas nama muzakarah itu. Beliau lalu mencadangkan supaya Pas tidak mengadakan muzakarah, tetapi hendaklah mengadakan MUQABALAH dengan Umno. Muqabalah juga bemaksud hampir sama denga muzakarah tetapi bezanya ia dibuat tanpa ada syarat dan tanpa ada rumusan atau kata sepakat. Dalam bahasa Melayu berbincang secara lisan saja tanpa ada apa-apa komitment.

Pai mai pai mai, ekoran kemarahan dan tidak setuju Nik Aziz itu kedua-dua idea itu tidak dipakai. Dok tang tu juga! Pas tidak mengadakan muzakarah dan tidak juga mengadakan muqabalah. Orang sudah faham bila Nik Aziz menukar istilah atau term itu bermakna beliau tidak bersetuju dengan menentang cadangan agar Pas berbaik dan berbincang dengan Umno. Ternyata akhirnya bukan saja muzakarah tidak disetujui, muqabalah juga akhirnya tidak disukai.

Maka tertinggallah dua istilah itu MUZAKRAH dan MUQABALAH dalam karung geram buruk yang kemudian dicampak ke laut!

Dan hari ini terkeluar satu lagi perbendaharan baru berbahasa Arab, MUJADALAH. Ianya disebut dan dicadang oleh Nik Aziz. Mujadalah ertinya berdebat atau dalam bahasa mudah berbalas menggunakan ‘keng’ di tempat terbuka. Kalau ikut hati si pencandag itu mahu diadakan dalam televisyen.

Perkataan atau istilah itu diterbitkan apabila Nik Aziz mengajak untuk bermujadalah dengan Najib Razak selalu presiden Umno. Tujuannya sama bagi menyelesaikan kemelut Pas – Umno yang berlarutan sejak tahun 50-an dulu. Menurut Nik Aziz idea ini dicadangan ekoran Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap kenyataanya yang menuduh atau mengumpamakan Umno sebagai komunis dan sesat, seperti ajaran sesat ajaran Ayah Pin. Ternyata kenyataan Nik Aziz itu melukai hati orang Umno.

Menurut Nik Aziz mujadalah diajar oleh para Nabi dan bukan pandai-pandainya. Katanya Nabi agar berdepan dengan musuh secara bersemuka. Ia bukan baru. Beliau mendomankan kepada Musa yang berdepan dengan Firaun, Nabi Ibrahim dengan Namrud dan Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Bagi orang yang faham tektikal politik dan arif dengan sepak terang politik Menteri Besar Kelantan itu tahu ke mana dan mengapa beliau tidak semena-mena ingin berdebat pula dengan Najib.

Apa yang menimbulkan kemusyilan di sini berhubung kata-kata Nik Aziz itu apakah para Nabi tidak mengajar ummahnya berbincang dan berunding secara baik jika berhadapan dengan masalahan. Apakah Nabi tidak mengangjurkan supaya bermuzakarah atau bermuqabalah? Dan kalau Nabi juga ada menganjurkan begitu kenapa mujadalah yang menjadi pilihan?

Bagi saya cadangan Nik Aziz itu agak sonsang dan terlewat yang tidak perlu dilayan oleh Najib. Ia juga seperti anti klimeks dalam mencari pedamaian antara Pas dengan Umno. Ini kerana baru beberapa hari saja Pas telah memansuhkan cadangan untuk membincang idea unity goverment dengan Umno yang dlihat lebih ideal. Alih-alih hari ini hendak ajak Umno berdebat pula. Bukankah kegagalan itu juga disebabkan Nik Aziz dan yang mempelawa berdebat itu juga Nik Aziz?

Apa lagi sakit dan rasa pedih Umno atas penolakan cadangan itu masih terasa tiba-tiba mereka ingin menyahut ajakan Nik Aziz itu? Cara Nik Aziz itu jelas sangat ianya bukan ikhlas dan tidak lebih daripada menjelaskan lagi kebenciannya kepada Umno.

Justeru, sekiranya Najib tidak bersedia memenuhi pelawaan itu sesuatu yang bijak. Biarlah kalaupun Nik Aziz dan penyokongnya menuduh dan memperlikan Najib pengacut tidak mengapa. Biarlah dikatakan penakut yang penting orang ramai sudah mula memahami siapakah yang melampau dan sengaja bermain dengan kata-kata untuk kepentingan politik dalam konteks ini.

Muzakarah ke, muqabalah ke atau terbaru mujadalah ke... semuanya tidak jadiLAH..

- Msomelayu

* Mengapa penulis biarkan Umno tidak tahu 'maksud kesesatan' ?

3 comments:

  1. Msomelayu,

    Ramai diantara rakyat Malaysia bersangka baik bahawa anda adalah salah seorang yang terlibat dalam kempen pembentukan "kerajaan perpaduan" yang dikaitkan antara PAS dengan UMNO.

    Apa yang tak kena dengan istilah Muzakarah/Muqabalah yang digunakan oleh PAS terhadap UMNO...? Oleh kerana impian tidak jadi kenyataan maka anda begitu terpukul sehingga mengungkit dan menyalahkan Nik Aziz adalah punca kegagalan itu...?

    Sila beri keterangan yang jelas mengapa PAS dan UMNO perlu berdamai...? Apakah orang melayu seperti anda sudah berpecah yang perlu disatukan melalui pertolongan PAS...?

    Dulu kita beranggapan bahawa anda adalah salah seorang penulis yang berpendirian seorang pejuang untuk parti PAS tapi hari ini kita anggap anda sebagai pengkhianat yang mempunyai tipu muslihat yang perlu dipantau setiap masa.

    Untuk pengetahuan anda, apa pun istilah yang diucapkan oleh Nik Aziz menunjukkan bahawa PAS dan UMNO tidak akan bergabong yang dilihat hanya untuk menjaga periuk nasi orang melayu UMNO saja. Mungkin termasuk Msomelayu ..?

    ReplyDelete
  2. salam MSO..siapa tu nik aziz?presiden parti mana tu..nik aziz sepatutnya bermuhasabah tentang keceluparannya..bukannya ajak UMNO bermujadalah..DS najib tak yah dok layan org tua yg makin nyanyok..dan kalau benar PAS nak bermujadalah,org yg paling tepat Tuan Hj.Hadi..kalau nik aziz nak juga, UMNO perlu diwakili oleh sdr Ezam.. buat anon 11.49,memang pun UMNO berjuang utk Melayu UMNO shj..tolong PAS bukannya dapat pahala pun...ikan..ikan..ikan..sape nak percuma jom pegi manik urai

    ReplyDelete
  3. aik nik aziz celupar ker? mahathir lagi celupar..siap kate tkde razor blade zaman nabi..yg sebenor nyer rakyat tau pemimpin umno tkleh berdebat..tu hari menteri penerangan pun tergagap2 sampai terkeluar mayonis kt bibiaq..haha..nk ckp pasal minyak konon..ni najib confirm takut nk debatnyer..kalo atas kepentingan rakyat debat ler..kalo rase umno betoi sgt debat ler..hahaha..rakyat menilai..tkyah ler umno duk syok sendiri

    ReplyDelete