14 November 2008

UPSR 2008 lebih baik - Ramai pelajar pilih jawab soalan dalam bahasa Inggeris

PUTRAJAYA - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini lebih baik berbanding lima tahun kebelakangan ini dengan jumlah yang mendapat semua A meningkat.

Malah, satu perkembangan yang menarik ialah lebih ramai memilih untuk menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada 518,616 calon UPSR seramai 46,641 orang atau 9.2 peratus mendapat semua A dalam mata pelajaran yang mereka ambil, berbanding 7.8 peratus lima tahun sebelumnya.

"Peningkatan juga jelas berlaku pada bilangan calon yang menjawab sepenuhnya soalan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris meningkat dengan seramai 159,234 pelajar menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris berbanding hanya 1,324 orang tahun sebelumnya," katanya semalam.

Beliau berkata, bagi soalan Matematik, seramai 238,153 pelajar menjawab sepenuhnya di dalam bahasa Inggeris berbanding 1,075 pelajar pada tahun 2007. - Kosmo

* Keputusan UPSR diragui

2 comments:

  1. Soalan Sains dan Matematik baru tahun ni lah dalam Bahasa Inggeris. Tahun lepas masih masih dalam Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  2. Anon 9;20, cuba check balik soalan matematik dan sains upsr tahun lepas. dwi bahasa ka bahasa melayu saja ka. Rasanya dwibahasa, cuma tak diwajibkan jawab dalam bahasa inggeris.Jangan dok nak menghentam saja.

    ReplyDelete