14 November 2008

Ayah Pin bukan ancaman

KUALA TERENGGANU - Ayah Pin tidak perlu ditahan kerana pihak berkuasa sudah berjaya melumpuhkan kegiatan ajaran sesat 'Kerajaan Langit' yang diasaskan lelaki tersebut.

Demikian menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhamad Ramli Nuh yang menjelaskan keutamaan kerajaan negeri ialah menghapuskan ajaran itu dan bukan mengheret Ayah Pin ke mahkamah.

Katanya, walaupun Ayah Pin dibiarkan bebas, pergerakannya dalam kawalan pihak berkuasa dan tindak-tanduknya termasuk kemungkinan menghidupkan semula ajaran sesat itu sentiasa dipantau.

"Yang paling penting tindakan kita 'menghalau' Ayah Pin (ke Selatan Thailand) sudah berjaya.

"Ini kerana perkampungan kumpulan itu di Besut sudah tidak aktif lagi. Para pengikutnya juga sudah tidak berjumpa seperti dahulu.

"Kalau kita tangkap dan bawa ke mahkamah, ia ambil masa yang panjang dan mungkin dia boleh terlepas kalau tidak ada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

* Syabas, Umno Terengganu

No comments:

Post a Comment