Lawakla Menteri Pelajaran yang sorang ni. Dia kata pembelajaran Matematik & Sains dalam bahasa Inggeris untuk UPSR tidak gagal sebab 57% pelajar menjawab dalam bahasa Inggeris (soklan subjektif la ni, bukan objektif). Habis baki 43% yang jawab dalam bahasa Melayu ko nak campak mana? Yang 57% tu jawab dalam English, betul semua ke jawapan diorang?
Aku tak ingatla zaman skolah aku dulu, tapi kat universiti ni, dapat 57/100 ni gred dia C+. Kalau C+ tu yang Hishammuddin nak pertahankan sangat maka teruskanlah usaha menjahanamkan anak bangsa Melayu kita khususnya yang kat pedalaman tu, bukan Cina India yang kat rural area tu, Melayu wei, Melayu!
Gerakan apa menatang ntah namanya yang saman kerajaan Pulau Pinang pasal papan tanda pelbagai bahasa tu apsal tak saman Mahathir dulu sebab jadikkan Sains & Matematik dalam English? Era globalisasi menatang hapa, Sheikh Muszaphar & Faiz Khaleed belajar Sains & Matematik dalam English ke dulu? Sheikh Muszaphar melancong ke angkasa guna English ke? Bukan bahasa Rusia ek? Ke bahasa Jepun? - www.sangpenchenta.blog.friendster.com
No comments:
Post a Comment