Penolakan Mohammad Kazim Elias (gambar) atau lebih mesra dipanggil
Ustaz Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno disifatkan sebagai
satu dosa kepada agama, kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang juga ahli MT Umno berkata, cadangan pelantikan Ustaz Kazim
adalah penting kerana parti terbesar Melayu itu memerlukan ahli agama
selain menggesa pendakwah bebas itu agar jangan terlalu memikirkan
kritikan masyarakat.
“Sewajarnya beliau perlu menerima tawaran tersebut memandangkan Umno memerlukan orang agama untuk membantu mereka.
“Jika kita berada di luar dan tidak sama-sama di arus perdana, kita
pasti tidak dapat membantu, nescaya kita akan melakukan sesuatu yang
saya anggap dosa kepada agama ini,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar
Harian hari ini.
Media semalam melaporkan Ustaz Kazim menolak pelantikan sebagai ahli MT
Umno kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam
usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.
Beliau kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog
yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi,
gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.
Dr Asyraf Wajdi berkata, apa yang paling penting adalah Ustaz Kazim
dapat terus memberikan sumbangan kepada masyarakat menerusi ilmu agama
yang dimilikinya dan menyerahkan sepenuhnya kejayaan dakwah hanya kepada
Allah.
“Lebih mustahak Allah akan menilai apakah sumbangan kita bukannya
natijah. Soal berjaya atau tidak bukan kerja kita, itu kerja Allah.
“Paling penting kita sumbang apa yang kita mampu berasaskan ilmu yang kita ada,” katanya.
Minggu lalu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor mengumumkan Ustaz Kazim adalah antara sembilan Ahli MT Umno yang
dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengikut Perlembagaan Umno.
Lapan lagi yang dilantik dalam MT adalah Menteri Pelancongan, Datuk
Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah
Zainudin; Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin;
Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor
UiTM, Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah; Yang Dipertua Yayasan Dakwah
Islamiah (Yadim), Dr Asyraf Wajdi dan Ahli Parlimen Kuala Selangor,
Datuk Irmohanizam Ibrahim.
Tengku Adnan berkata, pelantikan mereka adalah berdasarkan pengalaman
yang boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak
bersama 25 ahli MT dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lalu. –
5 Disember, 2013.
Bukan berdosa kepada agama tetapi dapat elak tanggung dosa Umno.
No comments:
Post a Comment