Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini membantah kenaikan harga
tarif elektrik 14.89 peratus setiap kilowatt yang akan berkuat kuasa
pada 1 Januari depan.
Menurut beliau, Tenaga Nasional Berhad
(TNB) sebagai agensi berkaitan kerajaan (GLC) sepatutnya menilai semula
kesan itu dan perlu memikirkan tanggungjawab sosial dan khidmat kepada
rakyat.
"Bagi
Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan
api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang
saham, bukan rakyat jelata.
"Kepada TNB dan juga GLC yang lain,
Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata,
tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," kata dalam
ucapannya di perhimpunan agung Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini.
Kenaikan
14.89 peratus itu bersamaan 4.99sen setiap kilowatt, sekali gus
menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen. Harga semasa 33.54 sen
sekilowatt.
Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak
16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52
sen/kWj. - Malaysiakini
Pemuda umno jgn berlakunlah....konon perihatin sgt dng rakyat ! Minta maaf banyak2....saya sudah tak percaya langsung dengan umno haramjadah kerana apa yg dibuat mesti ada kepentingan species2 ini dan bukan kerana rakyat!!!
ReplyDeleteha...ha...ha...!!! siape percaya kira bodoh macam lembu yang tepuk-tepuk tangan tu ..... ha ... ha ... ha ...!!!
ReplyDeleteMasing-masing (UMNO/BN dan TNB) berlakon. Tengoklah lepas ni kenaikan tarif baru akan dikurangkan... namun masih akan tetap berlaku kenaikan cuma kurang dari peningkatan yang dinyatakan sebelum ini. Nak 'cool down' hati rakyatlah kononnya.
ReplyDeletePiraaah... macamlah orang tak tahu 'reverse psychology' untuk menghalalkan PESTA MENAIKAN HARGA tajaan pemimpin UMNO/BN. Apapun rakyat akan menerima akibatnya kerana terus mengekalkan bangsat-bangsat ni menjadi pemimpin negara ini.
Padan muka semua.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete