KUALA LUMPUR: Semakan semula gaji Anggota Parlimen dijangka dibentang pada persidangan Parlimen akan datang, tahun depan.
Bagaimanapun, jumlah kenaikannya masih dalam perbincangan dan
tertakluk kepada kedudukan kewangan negara, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, menteri yang
bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen.
Beliau berkata Jawatankuasa Dewan Rakyat telah mengemukakan
cadangan kepada kerajaan tentang perkara itu baru-baru ini dan "langkah
untuk menaikkan gaji Anggota Parlimen akan dibahas di dewan itu pada
persidangan tahun depan."
Gaji Anggota Parlimen Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ketika ini, setiap Anggota Parlimen menerima gaji pokok
RM6,508.59 sebulan, di samping elaun bulanan RM5,000 bagi menampung
perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.
Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila
menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 kerana
menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.
Pada 2011, kerajaan menarik balik cadangan menaikkan gaji dan
elaun 222 Anggota Parlimen berikutan bantahan Anggota Parlimen
pembangkang. - BERNAM
No comments:
Post a Comment