Penceramah bebas Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz
Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai ahli majlis
tertinggi Umno.
Pengumuman
tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program
ceramah agama di Taman Ria, di Sungai Petani, malam tadi, lapor Utusan Malaysia.
Harian berbahasa Melayu itu juga melaporkan Kazim (kiri) sebagai berkata, beliau akan mengumumkan secara rasmi keputusannya itu melalui sidang akhbar hari ini.
Pada
Jumaat lalu, Umni mengumumkan pelantikan sembilan anggota majlis
tertingi, antaranya Kazim dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah
(Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Malaysiakini
Tak Islam lagi ke kita bila kita dah tubuh tabung haji..? Tak Islam lagi ke bila bila kita dah buat musabakah ..? Tak Islam lagi ke kita bila kita dah buat jalanraya..? Tak Islam lagi ke kita bila kita dah bina banyak masjid..? Tak Islam ke kita bila kita tak nak laksana hudud..?
ReplyDelete