Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak
14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia
dan lima sen bagi Sabah dan Labuan yang akan berkuatkuasa Januari tahun
depan.
Kenaikan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Dr
Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Pengumuman yang bakal mengundangkan kemarahan orang ramai berikutan
rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal
kuasa pada suku pertama tahun 2014.
Setiausaha kementerian Datuk Loo Took Gee dilaporkan berkata
pengurangan subsidi minyak bagi bekalan kuasa diperlukan untuk
kestabilan ekonomi.
Kadar elektrik semasa ketika ini adalah 33.5 sen per kWh, dimana 8.5
sen atau 25.3% di bawah kos asal pada kadar 42 sen kWh. – 2 Disember,
2013.
No comments:
Post a Comment