KOTA BHARU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan
lima sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas didapati
bersalah terhadap lima tuduhan memperdaya lima individu dengan menyamar
sebagai ustaz.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh,
Muhammad Munir Abdullah, 27, mengaku salah terhadap pertuduhan terbabit
yang didakwa berlaku antara 14 hingga 19 Oktober lalu.
Menurut pertuduhan pertama, dia didakwa memperdaya Md. Mizan Md.
Khahiruddin untuk mempercayai semua kos sewa 20 bilik untuk satu majlis
akan ditanggung seorang kenamaan berstatus Tan Sri pada pukul 1.15
petang, 14 Oktober lalu di K DE Impiana Villa Hotel Sdn. Bhd., Jalan
Pengkalan Chepa di sini. - Kosmo
No comments:
Post a Comment