PETALING JAYA: Pengikut ajaran sesat Tuhan Harun telah
merancang untuk membunuh lebih ramai pemimpin penguatkuasa, kata Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pengikut ajaran sesat bukan
sahaja bertanggungjawab merancang dan menjalankan pembunuhan Ketua
Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad
Rafli Abdul Malek bulan lepas, tetapi juga sedang dalam perancangan
melakukan pembunuhan lain.
"Kita bernasib baik kerana berjaya menangkap pemimpin dan beberapa
pengikut kerana mereka juga merancang untuk membunuh orang lain,"
katanya pada sidang akhbar di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu, Khamis.
"Kita telah menangkap dua daripada 10 mahu pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang dikehendaki...masih mencari lapan lagi."
Ditanya nama-nama yang menjadi sasaran mereka, Khalid enggan mengulas
lanjut tetapi menyatakan bahawa pengikut adalah pelampau yang akan
mengambil jalan keluar dengan membunuh orang-orang yang menghalang
pergerakan mereka. - Mstar
No comments:
Post a Comment