Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia secara aman di rumahnya di
Johannesberg selepas menderitai penyakit jangkitan paru-paru kata
Presiden Jacob Zuma dalam kenyataan secara langsung disiarkan stesen
televisyen negara itu.
Mandela, 95, yang merupakan bekas presiden kulit presiden kulit hitam
pertama Afrika Selatan itu memimpin perlawanan terhadap dasar Apartheid
dan pernah dipenjarakan selama 27 tahun.
Beliau menerima rawatan di rumahnya selepas tiga bulan terlantar di hospital.
“Negara kita kehilangan besar,” kata Zuma.
"Rakyat kita kehilangan bapa mereka." Menurut Zuma, Mandela akan dikebumikan dalam upacara negara dan bendera
Afrika Selatan akan dikibarkan separuh tiang. – TMI
No comments:
Post a Comment