Isu kenaikan harga, terutamanya tarif elektrik baru-baru ini, menjadi
perhatian dalam perbahasan ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung
Umno 2013 hari ini.
Perwakilan Perak Datuk Ahmad Salimin
berkata, kenaikan tarif elektrik, harga barang dan petrol sebelum ini
dirasakan terlalu drastik serta tidak bertepatan dengan masa dan
keadaan.
Tambahnya, ia sekaligus membebankan rakyat.
"Saya ingin menegur berkaitan pengumuman kenaikan harga barang, petrol dan baru-baru ini tarif elektrik.
"Kenaikan ini amat tidak tepat sekali melihat pada keadaan ekonomi rakyat," katanya.
Ahmad juga berkata, keadaan itu juga mempengaruhi persepsi rakyat
ekoran ia pengumumannya dibuat selepas pilihan raya umum dan dalam
keadaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat keuntungan.
"Sudahlah untung, naikkan tarif pula," komen rakyat.
Menurutnya lagi, kerajaan hari ini dibentuk atas sokongan rakyat, maka
tidak wajar mereka dibebani dengan masalah kewangan sebegitu. - Mkini
No comments:
Post a Comment