SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
berharap masyarakat tidak mudah membuat sebarang kesimpulan di atas dua
tokoh agama iaitu Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan
Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dasuki sebagai Ahli Majlis
Tertinggi (MT) Umno.
Beliau yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya semalam, berkata,
kedua-duanya adalah tokoh agama dan harus diberikan peluang di dalam
parti politik tersebut.
"Tahniah di atas pelantikan ini, saya berharap mereka akan dapat memberi sumbangan ke arah positif dan membaiki keadaan negara.
"Tahniah juga kepada Umno kerana cuba mendapatkan khidmat golongan
agama, harap benar-benar bertujuan kebaikan bukan sekadar politik
kepartian," katanya.
Beliau turut berkata, jika ada keikhlasan, kedua-dua tokoh ini boleh membantu parti itu ke arah yang lebih baik. - SH
No comments:
Post a Comment