Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias yang dilantik ke jawatan
anggota Majlis Tertinggi Umno menegaskan bahawa beliau masih ahli PAS
kawasan Tambun dan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.
Mohammad
Kazim dalam kenyataannya yang disiarkan dalam video oleh laman
Agendadaily.com menyebut, beliau tidak pernah keluar dari parti dan
tidak menerima sebarang surat pemecatan.
"Ya,
memang saya ahli PAS saya tidak pernah keluar dari PAS walaupun dulu
ada ura-ura kata saya dipecat daripada PAS tapi tak ada surat pemecatan
atau jawatankuasa displin kepada saya.
"Sepatutnya PAS merasa
sikit malu dengan Umno kerana booleh menjemput orang di luar Umno untuk
berada dalam Majlis Tertinggi Umno dan PAS tidak pernah menjemput saya
apatah lagi menjadi teman yang mesra," kata beliau dalam rakaman video
sidang media itu semalam.
Katanya, beliau masih belum memutuskan
untuk menerima pelantikan ke jawatankuasa tersebut dan akan menerima
presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk mengetahui rancangan sebenar
berhubung pelantikan berkaan.
Tambahnya, beliau ingin mendapatkan jaminan agar pelantikan tersebut tidak menghalang kerja-kerja dakwahnya.
"Buat
masa ini, saya masih berfikir sama ada untuk menerima atau sebaliknya
pelantikan tersebut, tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu.
"Saya
tak mahu kerja kerja dakwah saya dalam Internet, Youtube, dan
televisyen terhalang disebabkan persepsi orang ramai bila seorang ustaz
masuk Umno akan dihalang dan tertutup (kerja dakwah).
"Saya nak
tengok jaminan apakah tangan saya terikat mulut saya terkunci untuk
menegur apa-apa kesalahan tanpa terikat seperti sekarang," katanya yang
mengakui “terkejut” dengan pelantikan tersebut.
Masalah berhubung
sikap Kazim ke atas PAS mula dikesan sejak Mei 2011 apabila beliau
didapati sering mengkritik parti Islam tersebut dalam soal kerjasama
dalam Pakatan Rakyat.
Satu tulisan di blog kelolaan Dewan Ulamak
PAS Perak pada 28 Mei 2011 menyebut, Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri
Perak pada 14 Mei 2011 meluluskan usul memecat Kazim kerana menjadi
"duri dalam daging" atas kritikannya ke atas parti itu.
Menurut
usul yang dimuatkan dalam blog tersebut, langkah tersebut bagi
mengelakkan Kazim "tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk
sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya
berpidato".
"Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan
hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambil kira dasar
Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.
"Beliau
juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir
Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin (pentafsir
al-Quran).
"Adalah diharapkan agar semua kawasan dan cawangan
PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam
semua program anjuran parti," tulisan itu dipetik. - Mkini
No comments:
Post a Comment