Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa polis sekali lagi gagal
melindunginya daripada aktivis PERKASA yang sering menjejakinya di
kawasan awam.
Mengulas kejadian di pasar Teluk Bahang, Pulau
Pinang semalam, Lim mendakwa tindakan polis terlalu lambat dan memberi
peluang kepada anggota PERKASA untuk melontar objek kepadanya.
Katanya,
beliau selamat dalam insiden tersebut kerana tindakan seorang pemimpin
Pakatan Rakyat tempatan yang membawa seorang individu didakwa sebagai
anggota PERKASA itu jauh daripadanya dalam.
Lim berkata beliau juga kecewa kerana polis tidak menahan anggota PERKASA yang dimaksudkannya itu.
"Bayangkan
betapa keras reaksi polis jika ini melibatkan perdana menteri dan
bukannya seorang ketua menteri Cina Pakatan Rakyat," katanya. - Malaysiakini
* Ini namanya tidak profesional...
No comments:
Post a Comment