SHAH ALAM - 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang
sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran Parlimen
adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am Pas berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat
lima tahun sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan Najib yang juga
Presiden Umno.
"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar Parlimen.
"Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita
tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya dipetik
Harakah Daily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di sini, semalam.
Jumaat lalu, selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai tarik PRU13,
dan desakan tidak henti-henti dari PRt, Najib semalam tampil dengan
kenyataan membayangkan pilihan raya tidak akan berlaku dalam masa
terdekat.
Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan
Najib menggunakan mandat penuh untuk menunaikan segala janji dan
program.
Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar
Kelantan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan kebangkitan rakyat
yang kini semakin ramai menyokong PR.
"Semalam (kelmarin) di Johor, tak pernah lagi sebegitu ramai. Ini
membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," katanya
merujuk kepada majlis Perhimpunan Hijau yang diadakan di Johor Bahru
kelmarin. - SH
No comments:
Post a Comment