Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan
yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi
Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.
Beliau
memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan
dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN -
menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin
rakan-rakannya dari MIC atau PPP.
Mohamad telah diarahkan menarik balik kenyataannya itu oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar.
Ianya
selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan
berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya telah "keterlaluan". - Mkini
No comments:
Post a Comment