SHAH ALAM – Program Himpunan Hijau Pas Johor yang akan diadakan di
Kempas, Johor Bahru esok bakal menerima seorang lagi artis - Hairie
Othman, yang akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.
Dia akan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, antara pemimpin parti
yang akan hadir adalah Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Husam
Musa; Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr
Mahfoz Muhammad.
“Pihak jawatankuasa program menjangkakan kehadiran lebih daripada
10,000 peserta himpunan dari seluruh negeri Johor bagi menjayakan
himpunan ini.
“Kehadiran Hairie Othman bakal menarik lebih ramai anak muda hadir
dalam himpunan ini. Ahli-ahli dan penyokong Pas di luar Johor juga
dijemput sama untuk menjayakan himpunan ini,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Hairie yang juga pelakon utama filem Leftenan Adnan sebelum ini
dilaporkan akan menyertai Pas bersama-sama beberapa lagi artis dan juga
beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan. - SH
No comments:
Post a Comment