21 March 2010

Peniaga meringkuk dalam penjara Laos tanpa didakwa

ALOR SETAR 21 Mac. — Omar Atan, seorang peniaga, dipercayai menjadi mangsa penganiayaan apabila meringkuk dalam penjara di Laos selama hampir 10 bulan tanpa mengetahui sebabnya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata penahanan Omar, 59, di Penjara Punthong, Vientiane, sejak 13 Mei tahun lalu adalah meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadapnya.

Menurutnya Omar telah dibebaskan sementara selepas isterinya meninggal dunia tiga hari lalu dan pulang ke tanah air semalam.

"Omar sendiri tidak diberitahu menagapa dia ditahan,” kata Muhd Khairun ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dekat sini, hari ini.

Katanya, Omar pergi ke Laos atas dasar menolong kawan dengan menjadi jurubahasa, dipercayai untuk urusan pengambilan pekerja asing, kerana dia fasih berbahasa Thailand tetapi ditahan ketika hendak pulang selepas berada di negara itu selama tiga hari.

"Penahanannya itu sangat meragukan kerana dia telah dibenarkan melepasi pintu keluar Laos dan pasportnya juga telah dicop, namun sejurus selepas itu dia ditahan semula oleh badan berkuasa negara itu,” katanya. — Bernama

* Kerajaan Malaysia bawah UmnoBN buat rakyat lain gitulah juga...

No comments:

Post a Comment