KOTA BAHARU 21 Mac. — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan meminta orang ramai yang memiliki telefon bimbit berkamera atau kamera biasa agar merakamkan gambar pengguna yang melakukan kesalahan trafik.
Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata kesalahan trafik yang dirakamkan itu boleh dihantar melalui laman web JPJ, aduantrafik@jpj.gov.my.
Laman web itu disediakan sejak Operasi Sikap ke-XXI sempena Tahun Baru Cina yang diadakan awal tahun ini, katanya.
"Kita mahu mereka (pengguna jalan raya) merasa cuak dengan keadaan sekeliling. Mereka akan rasa diperhatikan dan berfikir beberapa kali jika berhasrat melakukan kesalahan trafik, ini akan membantu mengurangkan kesalahan yang selalu mereka lakukan,” katanya.
Sehingga kini JPJ Kelantan ada menerima banyak kesalahan bergambar yang dirakamkan orang awam, bagaimanapun pihaknya menyifatkan sambutannya masih kurang.
"Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui cara untuk menghantar gambar kesalahan tersebut, jadi pihak kami berharap selepas ini kerjasama daripada mereka (orang awam) mampu membantu kami menjalankan tugas dan membolehkan bukti kesalahan dikenal pasti,” katanya.
Selain itu beliau berkata, pihak JPJ juga masih meneruskan Operasi Penyamaran di kawasan tumpuan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan. — Bernama
* Sudah hantar jangan pula buat tidak tahu pula...
No comments:
Post a Comment