NIBONG TEBAL 9 Jan. – Gara-gara tertekan dengan sikap anak perempuannya yang sering tidak pulang rumah, seorang ibu kepada tujuh anak bertindak nekad membakar diri di hadapan rumahnya di Jalan Hutan Lipur di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu restoran, melecur hampir separuh badan selepas menggunakan petrol dan lilin untuk membakar dirinya.
Siasatan awal polis mendapati, kejadian berpunca akibat tekanan perasaan yang dihadapi mangsa ekoran sikap degil anak keduanya yang enggan mendengar nasihat selain faktor kekangan kemiskinan. – Utusan
No comments:
Post a Comment