BUTTERWORTH 9 Jan. – Semua jabatan dan agensi kerajaan diarah menyelesaikan segera sebarang masalah atau isu yang mengakibatkan kelewatan siap projek-projek di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, jabatan dan agensi terlibat diingatkan bahawa mereka tidak mempunyai masa yang banyak kerana RMK-9 akan berakhir pada tahun ini.
"Kita tidak boleh menangguhkan lagi kerana semua projek harus selesai atau sekurang-kurangnya mula dilaksanakan dalam tahun ini juga kerana pada tahun hadapan kita memulakan projek RMK-10,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rope Walk di Taman Selat di sini.
Katanya, sikap sesetengah pegawai yang memegang konsep semua berjalan seperti biasa harus diubah kerana konsep baru kerajaan ialah rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. – Bernama
No comments:
Post a Comment