09 January 2010

2 maut, 1 cedera 2 kereta bertembung

MARAN 9 Jan. – Dua terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki bertembung di sebuah selekoh di Kilometer 38.7, Jalan Kampung Awah-Bandar Jengka dekat sini semalam.

Kemalangan pada pukul 5.30 petang itu meragut nyawa seorang pemandu kereta Proton Saga, Sharulniza Mohamad Shafie, 32; dan Kamsani Muhamad, 36, yang memandu kereta jenis Honda Accord.

Rakan Kamsani iaitu Khairul Kamaruddin, 30, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jengka. – Utusan

No comments:

Post a Comment